sabar

 
Alhamdulillah,
 
Letih Letih Letih… Tapi SABAR itu Indah.
 
Apa yang aku perlukan saat ini ialah Rahmat & Segala Kebaikan Yang Allah Kurniakan.
 
Apa yang aku perlukan ialah semangat dalam meneruskan Langkah. Jauhkan dari rasa resah. Bisikan yang perlu diabaikan..
Syaitan selalu ingin melihat Umat Adam ini berputus asa dan Berburuk Sangka.
Astaghfirullahalazim.
 
Jika semakin hari semakin banyak kita cuba mengingatiNya dalam duduk mahupun berdiri. Musuh Allah itu semakin Hebat usahanya memesongkan hati dari KiblatNya.
 
SABAR itu ada 3 peringkat
 
1)     Dalam kita cuba membuat kebaikan
2)     Semasa kita meninggalkan larangan
3)     Dalam menghadapi Musibah


Allah menyebut tentang SABAR lebih 90 kali di dalam Kalamnya.
Ianya bukan semudah dengan berkata " Aku sabar "

ianya perlulah diikuti dengan perbuatan dan Ketenagan Hati

Lawan kepada SABAR ialah Keluh kesah

Prophet said : Sabar itu umpama sinar matahari.

Walaupun ia panas membahang tetapi dialah sumber tenaga menyinari Alam.
Allah maha Sempurna itu Bersabar dengan Hambanya yang selalu melakukan kemungkaran. Jadi mengapa kita tidak boleh sabar?

Bahaya
Memandu pulang tadi semasa matahari sedang terbenam FL meluncur membelah hujan , boleh rasa nak nangis. Entah kenapa.
Orang lain yang sedih. Orang lain pulak yang tumpahkan air mata.

Lagu di radio Hamba-Mu by Mawi & Akhil Hayy.. bait-bait lirik yang sempurna dengan Alunan bersemangat menggoncangkan kekuatan yang hampir rapuh.
Only Allah all knowing.

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

DI MANA KETENANGAN?

 

Lepas ni dah tahu, kalau rasa nak nangis. Lets Drive..Vroommm

Ath : sampai sekarang tak dapat nak comment kalau orang tanya, imam muda siri ke2 ni yang mana pilihan? haha macam la boleh pilih eh..

Ada sesuatu yang tak dapat di luahkan. Pikir banyak sangat. Deymm~

 


No comments: