Ada waktu kita sedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya
Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.
sedih dengan perlakuan manusia yang kasar, yang keras dan menjatuhkan semngat.
Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.
Kenapa saya cakap begini?
Entah.
Kadangkala hingga pernah diri ini berkata kepada Allah SWT, “Ya Rabb, apakah Engkau tidak lagi melihat hambaMu ini? Bukankah semua ini di luar kemampuanku?”
“ Saya adalah manusia dan insan yang lemah. Tiada upaya melainkan Allah SWT yang memberikannya.”
Insan dan manusia yang sangat kerdil, hina lagi dhaif. Saya sedar bahawa sebelum ini yang memberikan kekuatan adalah Allah SWT
yang saya mahu lain.
” Ya Allah, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami dan halaulah keresahan dari jiwa kami.”
....Tersenyumlah kata hati kecil yang ingin melihat diri tersenyum
” Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan.”
No comments:
Post a Comment