1:42 a.m Rabu
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
Kehidupan terlampau singkat. Menitinya tanpa henti dengan menerima dan memberi kasih sayang, membuang segala kemarahan, menghadapi segala ketakutan dan menghargai segala kenangan indah - menjadikan kita lebih manusia daripada sekadar insan biasa.
Dalam diam, dalam senyuman, kita tahu dan perhatikan yang kita sedang dikhianati lagi. Betapa susah kita mahu menjadi insan tabah, sahabat baik, dan kembali sedar, dan mengerti, manusia akan sentiasa menyakiti walaupun hakikat sebenar tidak pernah dikhabarkan kepada sesiapa.
saya, kita bahkan mereka membakar segala keyakinan ke dalam ruang hati paling dalam, membaling sisa kesakitan ke lautan seluas mata memandang supaya tidak ada satu yang akan kembali .
Bila kita pertaruhkan hidup kita yang kita sayang pada tempat yang salah, kesakitan yang kita terima sungguhlah memeritkan.
Hidup bukan sekali.. yup selepas mati kita akan dihidupkan kembali..
Sebab itu kita harus fikir lebih dari sekali bila nak buat sesuatu.
Jika nak marah atau fikir yang buruk-buruk tu, macam ada penapis automatik dalam diri ni.
Bila pasang??
Entah..
Reminder
Tidak ada satu pun daun yang gugur dibumi ni tanpa pengetahuan Allah.
Maka, jika apa yang terdetik dalam hati pun Allah lagi tahu.
Kawan : Ath, ko selalu tulis tak direct..
Ath : aha, mungkin kot
Kawan : bole tulis terus terang tak.. bikin orang pikior
Ath : hehe yela den torai.
Terjaga lepas dengar ibu masuk bilik, "banyak nye nyamuk mlm ni"
Terus terbangun teringat Kena siapkan baki Esaimen. tapi until now, belum mula lagi. Idea tak datang alasan baik punya kan? :P
Baca status FB kawan-kawan , dah 3 hari tak online.. tak tahu kenapa, lately berat sangat tangan ni nak pegang Lappie.
Fokus kat Iman lebih.
Telinga disumbat dengan headphone lagu Anuar zain sedetik Lebih..
fuyooo layan la tengah-tengah malam ni kn.
Teringat pesan adik masa dengan Iman malam Sebelum dia Balik USM.
Adik : Long ko drive elok-elok, lagu tengah feeling tu
Kakak : haha memang pun, nak-nak tengah-tengah hujan renyai-renyai ni..
Adik : ko tu bukan boleh.
Kakak : Bukan Boleh ape?? ape yang cuba anda perkatakan ni. Amboi..
oh ini ke gaya penulisan Direct??
Hentam jela ye kawan. :)
Ath : Sentiasa rasa kurang dalam segala segi bila berkumpul . Why should i count every liltle things that i dont have rather to look for what i've got.
Istighfar banyak-banyak. Dosa tu.
Last sunday meeting dua orang kawan.
Sorang yang sentiasa serabut. Bila tanya, Tak ada apa-apa..
Sorang lagi riang-ria macam hari-hari Hari Raya ^_^.
sorang cakap aku drive ok je. sorang lagi dari 5 Markah dia bagi 2.5
Eleh ye la dia drive mmg hebat, siap bole sms lagi.
Korang i will always miss you. walau ada kata yang menikam, walau ada tingkah yang kurang senang, walau tiada SMS yang berulang.. Thank You.
Poyo nyeeee ayat. tp kiut.. hak3
now 2:40 a.m
Nota Kaki
1) tak sabar nak ke riadah erat Ukhuwah
2) Serabut. tp tak reti nak tunjuk
3) Nak beli almari baru..ibu nak beli..plish
4) Sabtu ni kelas terakhir untuk semester ni. Cepat masa berlalu. Percaya la
Jom Sujud
No comments:
Post a Comment