tetapi AKU..

Aneh.
Emosi dia sendiri bercampur baur. Selalunya, ketabahan dia akan bergerak tinggi selaras dengan pertambahan hari. Ketawa riang dia akan menutup celahan yang boleh bawa kecelakaan pada diri. 
 
Tidak, dia menolak untuk menjadi lemah kerana kelemahan bakal membunuh dia dalam diam. Adrenalin laju dan dia senang dengan kepayahan untuk mencapai impian dan mengukir ikhlas senyuman.
 
Emel dari seorang teman membuatkan dia sebenarnya tersenyum dalam menahan tangisan di tubir mata yang entah bagaimana mahu terbit tatkala dia sedang kepenatan. Ah, jiwanya masih lagi mudah tersentuh kalau ada sesiapa yang mengambil berat. Pertanyaan kawan itu tentang emosi dia membuatkan jawapan yang dilontarkan entah apa-apa. 
 
Dia sendiri bahkan pening dan celaru dengan apa yang dia rasa. Cuba meletakkan diri sendiri dalam kasut orang lain kadangkala tidak seindah yang dia cuba terjemahkan. Cuma, mungkin benar, apa yang diluahkan adalah coretan rasa dia sendiri - saat yang paling dalam.

Rungutan demi rungutan dia terima setiap hari membuatkan dia sungguh mengiyakan bahawa manusia tidak akan pernah puas.

Dia membaca dan memberikan pandangan walaupun yang bertanya seperti tidak tahu apa itu penghargaan nilai diri ini. Bahkan menjawab dan menyatakan dia salah pula. Dia ketawa sahaja bila dapat tindak balas sedemikian. 
Dia percaya, manusia tidak layak merungut apabila mereka tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kan lebih enak kalau berikan yang terbaik dan berusaha demi kebaikan diri?
 
Salahkah?

Kasih sayang itu perlu ikhlas dari dalam. You know u mean alot to me.
Bila kasih sayang diragui.. Kini diri tampil menegakkan diri.

Speak No Evil, See No Evil, Hear No Evil. Aku sayang Adik aku...Sebab dia sayang aku  walau aku marah dia .

Diri sendiri sudah jadi yang paling utama, tatkala dia sedar, membiarkan diri diinjak adalah merupakan perbuatan paling curang dan tidak setia yang pernah dia buat pada diri sendiri. Kasihan, hati yang penuh calar dan duka, dia biarkan sakit lagi demi manusia lain.

Diri mengalah bukan kerana dia kalah tetapi lebih kepada menghormati mereka yang dia sayang. 

Baiklah.
Ketepikan segala macam perasaan yang membunuh aku dalam penulisan sebelum ini.

Ya,
bukan anda yang bersalah.
Bukan mereka semua.
Tetapi aku.
Aku yang mencorakkan perkara sebegitu hadir dalam hidup aku

Kamu kata kamu takut aku hilang pada dia.
Tapi kamu perlu tahu, dalam hati aku ada kamu.

Kamu takut aku menoleh pada kenangan lalu.
Kamu perlu tahu, kalau pun aku menoleh ke belakang, aku hanya mahu mempelajari sesuatu.

Ath : If you're expecting to get through life without any trials or hardships then you seriously need a wake-up call! For this world is a test and Jannah is for rest
Keep yourself busy in remembering your faults, so that you have no time to remember the faults of others.
Nota kaki
# Sejak kebelakangan ini dan mungkin sejak azali, diri tak suka kekasaran Yang Melampau
# Friendship is giving to others without thinking. Bila hal kita diceritakan pada orang yang tak tahu apa-apa, dan cerita itu salah pulak tu..ia akan membuatkan orang tu pandang serong pada orang Lain. so carefull.. Fitnah namanya.

# kita semua perlu bezakan yang mana betul dan yang mana salah. Fikir banyak kali.. Diri kita tak selalu betul dan orang lain pun ada betulnya..kan ini positif. ini pesanan ikhlas. jaga Lidah agar tak potong hati orang lain.

“ Kehidupan ini harus dilalui dengan perasaan cinta. Dengan cinta inilah manusia hidup, bangun dan membina kehidupan. Tanpanya, kita bagaikan bangkai yang bergerak melata di dunia tanpa ruh dan jiwa!.



eh eh sebelum sign out FB Tadi ada kawan yang akan balik selayang.. katanya tak sabar nak ketemu diri ni.
Gembira nya.. ada jugak orang yang rindu diri ni .. haha gewdixs ^_^

No comments: