Saya Bangun awal pagi seperti biasa. Sabtu
Sedang leka telinga disumbat Baby HeadPhone di Lappie yang baru sihat setelah 3 4 hari terlantar di Ward. Kini Pulih sepenuhnya.
Fikiran dan Minda melayang pada detik Jumaat semalam. Santapan tengahari persis raja. Jemaah yang ramai. Sampai 3 meja disambungkan. Meriah. Tak ada siapa buat begitu. hanya Kami.
Pasti ada mata yang melihat. Cemburu akan kemesraan kami? Hanya Allah yang tahu. Kalau saya? Pasti. Perkara baik sebegitu. Anugerah dari Allah.
Syukur.
Satu satu wajah sahabat saya tatap.
Mereka sedar atau tidak. Saya tak pasti. Kebersamaan sebegini.
Banyak kali dah saya takankan didalam blog ni. Ukhuwah... Semua yang terlibat didalam hidup saya.
Yang menyapa saya, walau dengan pandangan. Apatah lagi teguran.
Its really SOMETHING.
Dari Tempat Kerja hingga keRumah. Dari rumah dan sepanjang perjalanan..
Bahkan dua tiga orang yang selalu menegur saya dengan senyuman di Stesen KTM itu pun.. memberi kesan di dalam perjalanan bernama Kehidupan ni.
"Athirah, kamu mengambil terlalu berat perkara ni". Akal saya menegur ..
Salahkah ??
Keseorangan |
Ath : melepaskan semua kasih sayang yang ada dalam diri, membiarkan kebahagiaan diri sendiri dirampas, menahan air mata tidak mengalir dengan mendongakkan kepala ke atas langit, hati akan cedera.. ya, pasti..Sakit sedih melihat mereka akan pergi dan meninggalkan aku keseorangan..
Senyum
Kamu tidak akan tahu, apa maknanya kamu didalam hidupku. Sangat bermakna.
Kamu tidak akan faham. Selagi kamu tidak ingin merasainya. Melihat perkara seperti aku melihat kalian.
Aneh, Allah menemukan kita. Membiarkan kita Gembira, Tenang bersama.. Kemudian dipisahkan.
Allah, aku tak kuat untuk menjalani hari-hariku tanpa mereka.
Seka air mata.
Menarik nafas kemudian dihelakan untuk apa? mencari Bahagia yang Bagaimana tanpa Mereka?
No comments:
Post a Comment