W V D 2 7 4 9

Lupa kan sekejap hal Ahmad.

Inche Iman :)


Dengan rasminya Iman saya dah diberi Nafas.

Iman? Nur Iman..  FL Saya.

Tak sabar nak Beri Salam Pertemuan dengan Inche Iman. Harap-harap Dalam 2, 3 hari lagi.

Dealer Proton tu kata, tunggu pusat pembiayaan Automobil  (PPA) keluarkan cek. 

Tone suara agak tinggi bila bercakap dengan En Yus semalam. Mana taknya.. dia macam main-main dan sengaja melengah-lengahkan proses.

Sempat lagi "bersayang2" dengan saya.
Mengadu dengan kakak di Ofis setelah disapa kerana terdengar suaraku yang agak tinggi di ruang pejabat yang semestinya sunyi kerana ketiadaan Bos serta Musim cuti beberapa orang staff.

Kak Mimah : Tirah, kenapa?
Ath : Tah la kak, Agent dealer Proton ni.. saya cakap serius2 dia boleh gelak-gelak lagi.
Kak Mimah : Tirah marah ke dia?
Ath : Yelahh..
Kak Mimah : Kalau Tirah marah macamtu memang la dia tak takut. Cuba belajar marah betul-betul. Kalau akak pun tak takut tirah marah camtu.

Eh kak Mimah ni, sempat lagi kenakan orang.

Bukan tak nak marah betul-betul. Tapi dah habis Betul betul la tu . Tak reti la . Kalau depan-depan boleh la tunjuk reaksi.

I prefer to silent in Anger.

So, Just wait and see.
Rasa nak ambil cuti bila pergi date pertama dengan Iman.

Iman in Cafe Late... 
Saya harap, ia boleh menjadi pencetus, penggerak saya untuk memanfaatkan masa dengan lebih berkualiti.

Berangan-rangan sambil memangku dagu
Senyum
Alhamdulillah

Nota Kaki 

W V D 2 7 4 9  - Janggal kah? Kawan kata, ok la tu dari WVF lagi bebelit lidah nak sebut,...

1 comment:

zuE said...

woit kete baru 2,,,

jgn lupe bw aku g jejalan gak k...

nk naik saga gak... heheheh