“Jika Allah mencintai seorang hamba maka Allah akan berkata, “Wahai Jibrail, Aku mencintai seorang hamba maka cintailah dia. Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata, “sesungguhnya Allah mencintai sifulan maka cintailah dia.” (musnad Imam Ahmad dari Abu Hurairah).
Saya bukan lah penghafal Hadith.. tapi ada dua tiga yang lekat dikepala.
Orang kata, kalau kita tak tahu sesuatu perkara tu, jangan sampai kita tak tahu semua.
dah lama saya fikir, kenapa ada "jika" dalam ayat diatas.
Ayat seperti ugutan.
Maksud saya camni.
Contoh,
1)Kalau kau nak pandai, kena belajar dulu..
2)Jika tak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya..
3)Jika nak duit, kena Kerja.
begitulah..
Jika nak Allah Sayang kat kita, kita perlu buat sesuatu. Bukan mudah.
Jujur
Sebagai gadis diusia yang boleh dikatakan muda ni..Bukan mudah.
Pasti ada yang tergelincir.
Nak rebut perhatian dan Kasih Sayang Dia. Bagaimana?
Sedang leka siap-siap betul kan tudung selepas solat Asar seorang kakak yang pernah duduk 1 bilik denganku semasa Training Hijrah to Excel menegurku.
Kak Ya : Awak, dah lama akak cari awak.
Ath ; (Kebingungan) yeke? Kenapa kak?
Kak Ya : Ada benda akk nak cakap. Akak nak kenalkan awak kat sorang ni. Ni no telefon dia.
Dia ni dari keluarga baik-baik. Tak nak main-main
Sambil menunjukkan pada Tag. Tapi kertas tu tak ada.
Ath : (takut). Akak cari dulu sampai jumpa ye. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi.
Kak Ya : Awak E-mail akak ye. Akak nak forwardkan gambar.
Ath : Ok InsyaAllah.
Takut yang teramat.
Manakan tidak, selama ni saya doa supaya Allah permudahkan urusan Jodoh pertemuan saya. Dan tiba-tiba seperti angin akak ni datang nak kenalkan saya dengan seseorang.
Macam Allah cakap kat saya, Tadi kau mintak Jodoh, Sekarang Aku bagi.
Sumpah Seram.
Cerita hal ni dengan Kak Shima dan Farah.
Mereka cakap, bagus la macamtu. Kawan dulu dengan dia. Mana tahu sesuai
BIMBANG
Apa yang dibimbangkan bila perkara ni terjadi pada diri sendiri..
Diri ni tak cukup sempurna untuk Dia yang bakal begelar Suami.
Diri ni yang masih Malas menguruskan Hal-hal rumah
Diri ni yang serba serbi kurang dari segi fizikal
Diri ni yang masih Jahil dalam ilmu Keluarga dan Agama
Hati yang belum tetap dalam Perkara Serius seperti ni.
Esoknya. Dah harap jangan la jumpa Kak Ya ni kat surau.
Tapi Lepas Solat Zohor, Jumpa jugak. Dia bagi No Telefon
Nama Tertera
Ahmad Junaidi
019 *********
Emel dihantar kepada Kak Ya bertujuan untuk tidak mungkir janji selepas beberapa kali elak untuk berkomunikasi.
Umur 26 Tahun. Yang sebelah tu Kakak Dia ya Jangan Salah Faham.
Kenal- Kenal la dulu. Anggap yang dia ada niat yang baik je.
*Beserta dengan Lampiran Gambar
KacaK.
SubhanaAllah. Satu perkataan tu yang terpacul bila satu Click pada Attachment dibuat.
Menggeletar
Secara Zahirnya
Kalau orang tanya, Nak kawin Bila?
Jawapan saya : Secepat Mungkin
Jawapan Konfiden begitu sebenarnya kosong jika benda dah ada terhidang depan mata.
Solat Asar petang tadi, Nazira, Kak Shima, Fiza, Farah semua bekumpul di Surau. Nak soLat berjemaah.
Kak Shima : Ath, Akak Nak basuh awak skit nanti
Ath : Ha??? basuh apa?
Kak Shima : Adalaa.. jumpa disurau
Sudahnya, cuci pun tidak. Dry cleaning je laa.
Siapa yang faham. Faham-faham je la ok.
Takut, kecut perut hanya Allah yang tahu.
SUAMI
Big Word
I have no idea.
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
2 comments:
yunk na twu!:)
hehe wait wait... sure i will story.. u kn my fren. i lebiu
Post a Comment