Kesibukan melanda sampai menulis pun macam melepaskan batuk di tangga. Perlu diingatkan, batuk yang menganggu sistem kesihatan itu. Kof kof kof (serupa huruf jawi pula bunyinya). Jaga kesihatan ya pembaca sekalian, musim cuaca di Malaysia ni tak menentu, kalah pasaran saham dan harga minyak dunia. Eh.
Lately sibuk dengan sukan.
Rasa terisi masa dengan orang-orang positif . Being Part of the team membuatkan aku rasa Hidup.
Semangat ..
Banyak nak cerita tapi hilang kata-kata. (Ayat Cliche)
Sungguh.
Biar becerita bila bersua.
Nak Gambar mase Team HQ atas Stage Kat camera kak Farah.
Sekarang
Kita semua ada benda yang kita ambil kisah, ambil peduli dalam dunia ini. Kalau tak ada dua atau tiga, mesti ada satu, betul tidak? Ah, sebab itu kadangkala boleh terperanjat kalau ada orang kata dia tak kisah dengan semua benda dalam dunia ini kecuali diri dia sendiri. Dia lupa satu benda tu, tapi tak mengapa, manusia memang selalu lupa. Adatlah kata orang tua. Pelupa sebelum usia memang dah jadi lumrah dalam kehidupan sekarang. Siapa suruh makan banyak perasa tambahan yang ada MSG tu kan?
Pertama agama tentunya (tapi ini pun kadangkala tergelincir, aku akui kelemahan diri).Ibu Bapa, Pada aku, kalau aku buat sesuatu, kalau benda baik, bolehlah dibanggakan oleh ibu bapa dan keluarga. Sudah tentu keluarga aku tidak pernah cakap yang mereka bangga dengan aku, tapi sekurang-kurangnya kalau mereka senyum dan bagi komen tu pun dah cukup buat aku.
Bila tersalah kata dengan Ibu, mesti dalam perjalanan akan rasa aneh. Cepat-cepat SMS ayat manis.
Dengan Harapan Keadaan Jernih kembali.
Hey. Ibu Bapa punca Keberkatan Hidup OK.
Jadi, sampai sekarang pun dan insyaALLAH sampai bila-bila pun aku akan ambil kisah dengan ibu bapa dan keluarga. Mungkin aku tak pandai nak tunjukkan, tapi kalau dapat lihat senyuman mereka gembira dengan apa yang aku buat dah cukup.
Kedua Kawan-kawan. Aku bertuah sebab dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik. Definisi baik itu luas tentunya, tetapi aku kenal dengan siapa yang aku kawan.
Ye ke? Macam biasalah, bukan semua orang akan baik dengan kita dan itu yang mewujudkan satu istilah teman, sahabat dan sebagainya. Ya, aku ada sahabat. Orang yang bersama aku masa aku susah dan senang. Orang yang akan heret aku naik kalau aku jatuh. Orang yang akan ucapkan tahniah kalau aku berjaya. Orang yang kalau aku susah, akan cuba sedaya upaya untuk berikan sokongan agar aku tinggalkan kesakitan dan bangkit menebus kelemahan. Ya, aku ada orang macam tu dalam hidup.
Jadi, aku sangat kisah kalau apa-apa terjadi pada manusia yang begitu. Ada orang dia akan bersama kawan dia masa senang sahaja. Masa susah boleh jahanam sendiri. Ya, ada kawan begitu dalam dunia, bukan aku tak pernah jumpa. Sebab itu aku percaya dengan konsep simbiosis. Saling bantu membantu. Orang yang ada sikap parasit, adalah menyakitkan. Tetapi lebih baik kalau kita dapat jadikan parasit itu sebagai rakan simbiosis. Itu memerlukan usaha berterusan. Biarlah mereka. Munkin silapnya aku.
Komunikasi tak telus..
Lebih-lebih sejak ada roda 4 sekarang. Banyak sangkaan yang bukan-bukan..
Apa yang perlu aku buat? Nak di ajak jumpa dan beriadah semuanya ada komitmen lain dan alasan lain.
Takpelah . Ya aku tak comel :)
Ini sangat penting juga sebenarnya. Kita hidup dalam masyarakat dan sesibuk mana pun kita, masyarakat tetap perlu diambil kira. Kita boleh kata kita tak perlukan masyarakat, tapi nak tanya satu benda, kalau mati nanti, bukankah masyarakat kita juga akan membantu menguruskan kita? Ada sesiapa di sini yang kalau dia mati suatu hari nanti, dia sendiri yang akan mandikan, kafankan, solatkan dan juga kebumikan diri sendiri? Kalau ada, tolong beritahu aku. Nak juga aku tahu benda ajaib begini. Boleh masuk dalam televisyen dan jadi bahan berita hangat satu dunia apabila mayat buat semua perkara untuk diri sendiri.
Selain itu, Masyarakat penting,termasuklah semua orang dalam sekeliling kita. Jiran, rakan sekolah, rakan sekerja dan sesiapa yang mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dalam hidup kita. Mereka sedikit sebanyak mempengaruhi betapa kita kisah atau tak kisah dengan dunia ini sebenarnya. Betul tidak? Ya betul, tahniah kepada diri sendiri.
Tapi, tidaklah semua benda kita ambil kira kan?
Kita perlu berfikir baik buruk sesuatu benda sebelum kita terlampau mengambil kisah sehingga menyusahkan diri sendiri yang akan mengakibatkan orang lain juga terbeban disebabkan kita. Sebagai contoh, ada seorang kawan aku, sangat dan terlampau mengambil berat apa orang sekeliling dia rasa. Semua benda orang cakap, semua dia ambil pusing, sampai tiada pendirian sendiri.
Kita tidak akan dapat menjadi diri kita sendiri jika kita terlampau sibuk menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi dalam hidup kita. Hidup kita, kita yang tentukan.
Ada benda yang kita perlu kisah dalam hidup ini.
Jadi jangan asyik kata, ada aku kisah dengan benda lain dalam dunia ni?
Itu sahaja.
Nota Kaki
1) Dah lama tak tulis nota Kaki. sebab kaki asik berlari dan melompat kejar bola.
2) Sekarang dah bulan Rejab. Mari Mantapkan Diri. MARiiiii.... Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan
3) May we be blessed with the awareness, health, morale and high himmah in the shadow of the right guidance to meet their daily bestowed by God to us. May the month of Rajab, Sha’ban and Ramadan as we know we are better than the previous year.
No comments:
Post a Comment