Isnin yang biasanya Biru dirasakan Unggu.

Aku Tunggu Hujan. Rahmat Allah Yang Melimpah.
Kerja dan kesibukan sudah bermula semula. Dan itu amat perlu bagi seorang yang perlu habiskan kerja selagi ada.
Aku bukan siapa-siapa di Bangunan itu. Tapi selagi dinamakan kerja. Aku di posisi itu, itu kerja aku.

Panggilan telefon seawal 9 : 15 pagi waktu Malaysia meragut fokus. Mata sempat melirik jam di Desktop . Antara percaya dengan tidak rakan di hujung talian menangis tersedu-sedu. Fikiran ligat mentafsir Punca tangisan itu. Fikiran yang bukan-bukan. Yang paling tidak Perlu pun di Sangka. Tapi telinga masih ingin mendengar sendiri Punca tangisan dia.

Kenapa ni?? Kau ok tak? sambil langkah laju diatur keluar ruang pejabat yang sunyi. Malu hendak bercakap bebas bila Kawan-kawan dan Bos ada.

Selepas Talian dimatikan. Lega. 
Syukur kerana semua anggapan yang bukan-bukan itu Bukanlah punca tangisan dia. External Factor.
U can handle it.

Don't cry my Friend Coz i pun gugup bila begitu. Tapi terharu. I reserved my Comment.

Macam-macam berlaku Isnin ni. Sehingga kan Isnin yang biasanya Biru dirasakan Unggu

Hanida Ellias, satu-satunya kawan dari sekolah rendah semasa di Sarawak dulu ingin membuat temujanji mendadak. Kelakar betul. Jumpa di Tep Jalan Duta antara Kompleks Sukan Hoki dan Perhentian Bus Jalan Duta. Setelah hampir 10 tahun Lebih tak jumpa. kami hanya bertemu di Tepi Jalan????!! Yes. Itu Fakta.

I'm so so sorry Nida. Sepatutnya kita duduk di satu meja yang elok walau tanpa cahaya lilin atau bunga ros. Tapi setidaknya ada Sepinggan Spagethi atau Ice-Cream Vanilla Strawberry.
Harapannya, next time kita buat gathering yang Proper. London KL London Penang. hmmm Jalan Duta jugak tempat pertemuan kita. Bergaya betul.

Harini sangat simple ke tempat kerja. Selekeh pun Ya jugak. erm bukan hari-hari ke? tanya diri sendiri haha
Nanti lah. Penatla nak bersiap kalah puteri Raja. Biasa-biasa sudah. Janji Bersih dan Kemas.
Langit mendung

Ada satu sahaja alasan orang yang kecewa ketika Uzur. What she expect turn out and didn't work.
Kelakar pun ada.
Nasib diri ni Bijak mentafsir "Frust" tu.

Betapa melihatkan dia, aku inginkan senyuman yang sedang terukir di wajah manis itu akan kekal buat selamanya. Aku mahu dia bahagia.


Hidup ini ternyata suatu mukim yang aneh.
Manusia sering tidak dapat menerima siapa kita disebalik kekurangan kita, kelemahan kita tanpa mengetahui apa perasaannya jika bersama kita di waktu gembira dan bahagia. Ya, karenah manusia normal, mereka melihat yang buruk terlebih dahulu sebelum mahu menoleh ke arah kebaikan yang mungkin bakal mereka perolehi jika bersama. 
Senyum.
Itu benda yang selalu terjadi bukan?
 
Tawa dan tangis bergaul dalam minda.
Pilih satu sudut terpuruk dan lepaskan segala.
Amarah dikeluarkan dalam bentuk air mata.
 
Kau tidak kalah bisik hatinya.
Kau cuma bertarung dengan jiwa.
Jangan pernah kalah dengan manusia yang penuh sifat cela.
Walaupun dia mengerti dia masih lagi seorang manusia biasa.
 
Alhamdulillah walau macamana sekalipun. Ingat :)
senyum Tawar dipaksa letak Gula

Tahukah kamu bahawa setiap daripada kita melalui jalan yang unik dan istimewa dalam hidup? Tiada orang lain yang lebih bagus daripada kita yang melalui jalan kepunyaan kita. Bukankah hidup kita, kita yang tentukan

Ath : Mahu meneruskan urusan duniawi seperti biasa tanpa meninggalkan urusan akhirat.

Allah, guide my step don't let me go astray.



No comments: