Sukanya bila dia Ceria
[Baca sambil nyanyi macam iklan susu Nestle Dugro ok..eh btul ke iklan tu]
Kelakar sebenarnya apabila melihatkan diri yang pernah jatuh dan rapuh boleh bangun kembali atas dasar kasih sayang kepada diri. Kasihan melihatkan diri yang tidak akan dijaga oleh makhluk bernama manusia menyebabkan diri menarik dan memungut sisa kekuatan terakhir untuk membina sesuatu yang baru, lebih kental, lebih jitu daripada apa yang didendangkan oleh manusia lain seluruhnya.
Thanks sahabaat :)
Nak senarai kan semua nama-nama manusia yang ada disekeliling yang memberi impak secara langsung atau tidak didalam kehidupan manusia Rapuh ini.
Ramai. Tapi yang Present hanya Kamu-kamu.
I Love you For being..
1. Someone who be your friend to please Allah
2. Someone who will jump to save you when you jump.
3. Someone who is responsible.
4. Someone who is your friend for better or for worst.
5. Someone who you can share your problems, fun and excitement with, and give advices, because sharing is caring.
6. Someone who is too good to be true.
7. True friend is a friend that exists. The opposite is imaginary friend.
8. Friend in need is a friend indeed.
9. A true friend is a person that will say your face is dirty.
10. Someone who is there for you.
So, be a true friend, and together seek for Allah's pleasure.
Manusia itu selalunya ketawa dengan gembira dan ukir senyuman bahagia setiap kali lensa menghala ke arahnya. Tidak pernah masalah ataupun garisan wajahnya menunjukkan duka. Tidak ada. Kalaupun terakam dek kelajuan cahaya, mungkin wajah muram sahaja yang pernah kelihatan. Itupun disebabkan kedukaan sepintas lalu yang tidak berjaya disembunyikan.
Sekejap, jangan khuatir, dia masih ingat dengan janji Tuhan.
Maaf dipanjatkan kepada mereka yang mendapati diri ini sedikit kurang ceria pada satu-satu ketika.
Kaki sukar untuk bergerak kepada mereka untuk lebih mesra,
Tangan susah nak hulur walau ada ketika,
Mulut berat nak bersuara biarpun banyak masa bersama.
Lebih rela melihat semua senyuman dan mendengar gurauan.
Kerana hati berat memikirkan kelak. Bagaimana kelak bila semuanya tiada.
Hei, kenapa aku rasa lemah ha kebelakangan ni? Belajar malas, bangkit Subuh pun lewat, rasa nak baca Al-Quran pun kurang. Kenapa ha?”
Soalan yang kalau pun tak keluar dari mulut kawan anda kepada anda, atau anda kepada kawan anda, soalan ini akan keluar daripada diri anda kepada diri anda sendiri. Benar atau tidak?
Lebih kepada diri sendiri...
Ya. Kenapa tiba-tiba lemah datang. Seakan mendodoi tubuh untuk berhenti. Cukup-cukuplah, seakan itu yang berbunyi. Kadangkala, ada yang lebih menakutkan.Tidak berbunyi apa-apa. Tiba-tiba sahaja sudah berada dalam keadaan lemah.
Mengapa dan mengapa?
Lemah and less motivated.
Rindu Hujan Lebat.
No comments:
Post a Comment