Unreasonable person, but demand people to be Reasonable to them

Assalamualaikum ,

Kalau kita tidak dapat menjadi pensel untuk menulis kegembiraan dan kebahagiaan orang lain, jadilah pemadam untuk menghilangkan kesengsaraan dan kesedihan mereka. Bukan sebaliknya kita menjadi pensel mencoretkan kesakitan dan menjadi pemadam menghapuskan kegembiraan mereka.

Kehidupan dan dugaan itu hakikatnya adalah kembar.
Dilahirkan bersama dan takkan terpisah melainkan dengan kematian semata-mata.

Dan antara dugaan yang sentiasa mengiringi manusia, adalah dugaan berhubungan sesama manusia. Jangan kecilkan skop ini kepada pasangan lelaki perempuan.

Hal ini boleh juga terjadi bersama rakan-rakan dan mereka yang punya tali persaudaraan. Tidak terkecuali ayah dan anak, guru dan pelajar, boss dan pekerja dan sebagainya.
Manusia dengan manusia, itu kesimpulannya.

Antara yang menjamin hubungan yang baik, adalah kefahaman antara satu sama lain.
Tetapi biasanya yang menimbulkan kerosakan dalam perhubungan, adalah keengganan diri untuk memahami dan mendalami orang lain.


Ke"aku"an
Ini adalah punca kepada permasalahan dalam perhubungan. Apabila ‘aku’ adalah utama, dan kita tidak mahu memasukkan ‘dia’ atau ‘mereka’ dalam perkiraan, maka hubungan itu akan retak.


Namun kebanyakan orang tidak akan mahu mengakui akan wujudnya sikap ke’aku’an ini di dalam diri. Kerana bersama sikap ke’aku’an ini, wujud kembarnya juga yang bernama ‘ego’ diri.


Dan manusia yang mempunyai ke’ego’an ini, memang tidak akan memahami.
Boleh dikatakan, mereka ini adalah “unreasonable person, but demand people to be reasonable to them.”

Mereka akan rasa bahawa mereka tidak silap. Mereka tidak akan meneliti pandangan dan cadangan. Mereka tidak akan merendahkan diri untuk mendalami dan memahami. Usaha mereka yang sikit dirasakan tinggi. Mereka akan sering menyalahkan orang lain, dan berlagak.

Kejadian Di kantor siang tadi. Amat dikesali.

Monolog
Athirah, dah berapa kali pesan, jangan letakkan Emosi semasa berbual dengan golongan yang sakit Organ itu. Terutama Hati

Relevan. 
Sekarang, mari kita tengok, apa antara perkara yang boleh membuatkan lelaki juga berkecil hati dengan keadaan sekeliling mereka. Mahu diingatkan, berkecil hati bukan petanda mereka pondan atau apa. Habis kalau perempuan tabah hati kau nak kata dia jantan? 
(sambil pusing-pusingkan mata)

Eh, sederhana sahaja dalam semua perkara apa salahnya? Bercakap, berjalan, atau membuat apa sahaja. Tidak perlu untuk mendabik dada dan menyatakan mahu menunjukkan kejantanan dalam semua perkara. Tengok muka pun sudah tahu anda adalah lelaki kan? Tidak tahulah kalau ada buat pembedahan plastik bagi mengubah rupa.
Senyum.

Baiklah. Itu sahaja


Oh ya,
Allah SWT berfirman:
“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. (tidak memperpanjangkan pergaduhan dan perdebatan).” 
Surah Al-Furqan ayat 63. - Copy from Tafsir

Biarkan mereka. Kalau tidak mampu bersama mereka, tinggalkan mereka. Takut bersama mereka hanya menambah keburukan dan keegoan mereka. Takut kita pula terjerumus dalam lembah yang hina kerana bersengketa dengan mereka. Jika mampu kekal bersama mereka, teruslah berbuat baik dengan mereka.


Nota Kaki
1) Salah ke kalau aku yang bernama Manusia ni terasa dengan Kata-kata Sinis tidak bertapis itu?
2) Akhlak yang baik itu digambarkan melalui Percakapan dan Perbuatan yang seiring. Mulut Jahat Hati Baik???? Kau ni Pergi sekolah mana? --Nak beri Penampar 8 Kali boleh?
3) 2 More Assignment to go + 1 Test

No comments: