kehendak mereka

Dalam hidup kita, sentiasa ada sahaja cabaran, dugaan serta pelbagai rintangan yang menghalang, tetapi bagaimana cara mahu mengatasinya, itu yang perlu difikirkan. Duduk diam sejenak. Berfikir. Memerhati. Mencari jawapan persoalan. 

Dalam mencari jawapan pada asakan yang diterima akhir-akhir ini. Bagaimana untuk mengatakan YA pada semua. Orang lain hanya tahu kehendak mereka tanpa memikirkan situasi kita.

Kuatkan Volume Headphone untuk mendapat konsentrasi.

BREATHLESS by Shayne Ward

Dengan keadaan kesihatan diri yang agak terganggu sejak 3 4 harini menjadikan aku malas hendak meletakkan satu-satu perkara pada tempat yang sepatutnya. 

Ingin Perhatian barangkali

Ketawa kecil

Terkadang aku merasakan hidup ini bagaikan sebiji bola.
Ya, walaupun sentiasa ditendang, dibaling dan dicampak ke sana sini, tujuan dia cuma satu, dia mahu sampai kepada sasaran.
 
Memenuhi impian.

Dengan mengakui bahawa hidup di dunia nyata sebenarnya sukar.
Ini hidup sebenar.
Sebab itu dia mengerti dia selayaknya memerhatikan sahaja.
Sudah terang dan jelas, dia tahu manusia dapat apa yang pernah mereka berikan sahaja.
Hidup dia sudah ditentukan sejak ditiup nyawa.
Cuma adakah dia cukup berusaha?
Ya, dia ada mimpi yang dia pilih sendiri untuk bahagia.
Dan dia sendiri sudah membuat keputusan apa yang dia mahukan untuk gembira.
Hidup disulami gelak ketawa.
 
Nobody want to be Lonely by Ricky Martin & Christina Aguilera bergema di gegendang..
 
Volume dikuatkan lagi pada aras 80%

Argh rasa ingin lari dari sini. Bukan kemana-mana tapi entah la. Inginkan sesuatu yang nyata memberi kesan dalam diri seperti kau wujud dan penting dalam hidup mereka.

Dia mahu terus perhatikan segala benda yang terlepas daripada genggaman.
Bukan, langsung tiada rasa rindu pada kenangan.
Cuma dia mahukan itu sebagai penguat dia teruskan perjalanan.
Ya, mengejar harapan.
Membajai impian.
Sebab dia mengerti bahawa hidup ini - dia yang tentukan.
Tidak salah menongkah arus sekali sekala.
 
Baiklah begini aku ingin lepaskan semua keserabutan hal-hal remeh yang mereka lontarkan.
Cuba lihat air. air boleh digunakan untuk mengambil wuduk bukan? Ya tetapi bukan semua air yang suci itu menyucikan. Faham? 
Begini.. air sirap itu suci atau tidak? suci bukan.. malah sedap untuk diminum lagi-lagi jika ditambahkan perahan limau kedalamnya. 
Ketawa
Tetapi air itu tidak boleh digunakan untuk mengambil wuduk atau mandi. ia tidak menyucikan.

sama la jugak dengan situasi diri yang ada kereta. tetapi tidak bermakna dengan adanya kereta membolehkan aku dengan bila-bila masa sahaja bergerak kesana- kemari.

ada hal-hal lain yang membataskan pergerakkan. Komitmen lain, pada keluarga Khususnya.

Boleh tak kamu diluar sana fikir sedikit demi aku untuk pertama kalinya.

Malas ingin memanjangkan rasa tidak enak ini. Lebih-lebih lagi apabile mendengar cerita yang bukan-bukan tentang keburukan aku dari orang lain.

Not fair!
Unspoken thought gets you no where. Speak it out. Silence isn't always golden, sometimes it can be a burden

Insan yang paling lemah dan menyedihkan adalah manusia yang menyimpan dendam, marah, sakit hati serta tidak mampu memaafkan masa lalu.