di suatu sudut

Assalamualaikum Blog.

Huii sana sini dengar orang terjerit-jerit, termasuklah rumahku ni.. adik-adik , Abah & Ibu..
Aku?? 
Lepas 40 Minit terus masuk bilik, Tak Kuasa nak tengok. Bukan tak minat..
Kalau terus menonton perlawanan bola sepak antara M'sia & Indon ni, mau naik darah. Terkeluar jantung.

Tak kuasa!

Diatas talian, selak-selak album Pertunangan member skolah baru-baru ni.
Tahniah Nik.
Nak jumpe & Hugging2 ^_^
Sorry can't make time for you Big Day. 
U're so beautiful like always.

Dan masa minum pagi tadi, kawan ofis bagi tahu, Fadilla juga dah bertunang dengan Rakan Ofis nya.
Diam-diam je.

By the way, flash back on Saiful face dengan Nur Fadilla.. pertama kali jumpa dulu, terdetik di otak ni,
"eh, muka diorang ni seakan-akan"

Bila dah Confirmed mereka "Bertunang".. Terkejut + Happy =No Wonder.

Kepada semua sahabat, kawan saya yang dah bertunang, Kahwin.. semoga B A H A G I A sentiasa.

Bahagia bukan ada dihujung jalan, tapi disepanjang perjalanan.

Oh Allah, when will It come  my way? :)

Di suatu sudut,
Ath : Kak Su ok tak?
Kak Su : Sakit la, tak bawak pump..Lupa nak cepat pagi tadi.
Ath : Oh, so camane tu? ( eager )
Kak Su : Tahan je laa..
Ath : Boleh ke? tak bole ke pinjam siapa-siapa punya or gune cara manual.. ermm Tah, sy agak je..
Kak Su : ^^ tak pe lagi ni.. Risau athirah ye
Ath : yelah, mesti la, orang-orang disekeliling saya yang sweet2 ni, mesti la saya risau.
Fiza : Nanti tirah pun rasa jugak
Ath : hehe, ermm one things at one time ok. Kahwin pun belum.
Kak Su : InsyaAllah , nak cari yang terbaik, bukan senang. (sambil menunjukkan jari )
Ath : Kak su doakan saya ye.
Fiza : saya jugak.
Ath : Nak jugak eh. hehe
Kak Su : Kak Su doakan

*Tersenyum depan Laptop sorang-sorang dek kerana terdengar rentak jeritan dari pelbagai sudut.
Macam-macam versi ada. 
Biarlah mereka begitu. Gembira depan TV sekali sekala.



Semasa turun bus di KL Sentral petang tadi, terpacul " I miss You"
Eida : Haa?
Ath : erm.. dengar ke?
Eida : Miss you?
Ath : emm Yup Rindu.
Eida : Mr A. ke?
Ath : No & Yes. Maybe..
Eida : Nampak Athirah Happy sangat harini.
Ath : Ye ke? Yesss!! berjaya berpura-pura.. Lakonan mantap ^^
Eida : Hehe.. Ok.
Ath : Eida eida..

Sukar nak gambarkan hati yang sekeping ni..... 

Nota Kaki

1) ada yang tanye, kenapa tak promote blog kt FB or mana2..
2) sy silent reader & amature je dalam ber"blog" ni.. malu la, tulisan campur-campur.. Dikire blog peribadi untuk peringatan diri barangkali..
3) Blog anda-anda yang di luar sana lagi gempaq berbanding saya., alahai.. segan la..

Feel free to read ! :)


No comments: