Deactivated for a while

Bismillahirahmanirahim
Hai.. saya dah deactivated account FB siang tadi.

Tiada alasan yang specific.. lebih kepada Hati Patah ..Patah Hati ..well both the same..

No one involved. only me , myself & i
Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi..
Sejauh mana ku mengenang kisah semalam,
Setinggi mana harapan ku sasarkan


Maybe saya terlalu sibuk membuat list permintaan kepada Allah.. Sehingga terlupa buat list apa yang harus kita syukuri dari Allah..
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala merindu.. menitis air mata tatkala merasakan ia semakin menjauh..
Dalam kita melangkah, terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..peritnya terasa..Tapi ketahuilah dan renungilah kembali dlm diri kerana mungkin airmata tika itu hadir kerana DIA mahu kita jahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasa
Be a hand that reaches out,
Be a smile for those who have no reason to smile,
Be a light for those who live in darkness,
Show them what it means to truly love
Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
Dan Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah.
Kadangkala lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang HATI kita padaNYA daripada KEGEMBIRAAN yang ‘melarikan’ kita JAUH dariNYA..mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang MENDEKATKAN kita pada Allah..dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang MENGINGATKAN bahawa Allah sentiasa ADA, saat kita SUSAH dan SENANG..saat kita GEMBIRA dan BERDUKA.
 

No comments: