"sekelumit"

saya sedang malas.. malas bermaksud.. saya tiada motivasi untuk menulis..
Motivasi bermaksud.. kekuatan minda berada pada tahap rendah.. ini kerana, saya tidak mencari masa untuk menaikkan motivasi itu sendiri. sebenarnya hanya rasa. rasa rasa rasa rasa ...sekelumit rasa...

Rasa susah?
Rasa sendiri?
Rasa ditinggalkan?
Rasa lemas di dalam dosa dan tidak rasa akan diampunkan?

Pernah rasa ditinggalkan? Pernah rasa tertekan sehingga kadangkala terasa seperti terkorban? 
Kita rasa seakan sendirian. Tiada siapa mahu mendengar cerita kita. Kita rasa tiada bantuan. Tiada siapa mahu menghulurkan tangan.

susah kan?

Kesusahan yang menyentuh kita, pasti akan berakhir. Namun sejauh mana kekuatan kita untuk sabar? Di sinilah kita perlu letakkan titik muhasabah kita.
Allah SWT berfirman:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” 
 Surah Asy-Syarh ayat 5-6.

Dan lihatlah apa firman Allah SWT dalam surah sebelumnya:

“Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi, (Bahawa) Tuhanmu  tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)”
 Surah Ad-Dhuha ayat 1-3.

Ya, Allah tidak membenci kita. Jauh sekali meninggalkan kita.

Ayat ini turun semasa Rasulullah SAW dalam kesukaran. Wahyu terputus agak lama. Sehingga Rasulullah SAW merasakan yang Allah meninggalkan baginda. Maka Allah menurunkan ayat ini, sebagai penenang jiwa baginda.

Penenang, untuk jiwa kita juga.
Yang menyatakan bahawa kita beriman kepada-Nya
"Tenanglah Tenang."

Marilah kita tenangkan diri, dan melihat harapan yang diberikan Ilahi.

Dah lame tak tulis macamni...
Hari demi hari, melihat perubahan sekeliling membuatkan jiwa goyang.. 
Kesedaran saya sekejap ON sekejap OFF..
Tak mahu bicara panjang untuk sekelumit rasa ini..
Nota Kaki
1) Demam membantutkan hasrat ke walimatus kawan sekolah (Raja Nur Fatiha) .
2) Having unplanned dinner with sayla dan mendengar cerita dia seperti novel /telenovela. Perasaan bercampur . She's lucky. Harap yang terbaik buat sahabat seorang tu. Ameen
3) Where is my Ukhwuwah. i dont wanna lose them.
4) farhana macam sedih je lately . hope die can bring herself up as she the type "reserve" person for herself.. InsyaAllah ada pengganti yang lebih baik untuk dia.

No comments: