Pernah suatu petang selepas solat Asar, bersama kawan-kawan saya menyatakan
“Kadang-kadang rasa penat dan tak larat nak hold status ‘single’ ni… Yang lain hanya tersenyum dan mengangguk tanda mengiyakan rasa yang sama.
Bagi yang telah Selamat bergelar Isteri pula berkata “ Sabar ye, insyaAllah ! pasti suatu hari nanti dia akan ditemui”
Ya, memang jawapannya sabar.
Saya manusia, ada jiwa.
Sejauh mana saya boleh kuat dengan sendiri?
Ada masa, saya perlukan orang lain untuk berikan pelukan erat,
Ada masa, saya perlukan orang lain untuk berikan sokongan dan bantuan.
Ada masa, saya perlukan orang yang benar-benar berani untuk berikan saya perlindungan dan backup saya masa saya memerlukan.
Kerana saya manusia biasa. Ada kemungkinan untuk tersungkur juga.
Ada kalanya, rahsia jiwa ni sukar nak gambarkan. Tapi saya tengok orang lain rileks je..
I Should or shouldn’t think about it?
Jiwa dan hati kita banyak menyimpankan rahsia. Rahsia yang sukar untuk diungkapkan, dituturkan dan dibicarakan. Namun, saya percaya C I N T A itu letaknya didalam jiwa.
It’s a big word.
Saya tak pernah faham maksud sebenar selain dari CINTA ALLAH.
Jauh di kolam hati, merenungi ayat-ayat cinta-Nya dengan khusyuk, dan penuh teliti. Ternyata, setiap hembusan nafas yang melantunkan ayatnya : menembusi sehingga ke pangkal hati. Ia mengalir laju ke setiap saluran dan sudut nadi sehingga menggetarkan jiwa-jiwa hamba .
MasyaAllah.
Yang saya faham melalui Pembacaan dan mendengar penyampaian dalam majlis-majlis ilmu..Cinta itu begini..
C i n t a – harus 100 %
Cinta 100 % kepada Allah
Cinta 100 % untuk Rasullullah
Cinta 100 % terhadap Ibu Ayah
Cinta 100 % buat pasangan dengan penuh mahabbah
Cinta 100 % dalam ukhuwah
Cinta sebeginilah yang akan memberikan kenikmatan, ketenangan, keindahan, keasyikan dan keberuntungan.
Inilah bicara cinta kita yang sepatutnya.
Namun saya manusia biasa. Yang diberikan fitrah untuk memiliki teman, memiliki kekasih, mahu itu dan ini…
Saya akan berusia 24 Tahun pada Jun 2012 ni. Saya tak tahu apa perancangan Allah buat saya. Adakah ini satu rungutan? Tidak, bagi saya ini merupakan ekspresi diri dalam menapak menuju illahi. Motivasi Hati.
Nota Kaki :
Ketahuilah
Bukan Allah tak tahu derita rindumu…
retaknya hatimu
sengsaranya hatimu
Mungkin ..itulah yang Dia mahukan
kerana
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih baik dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya
Ya Allah.
Titipkan ketenangan buat diri yang sedang keresahan...
Ya Allah,
kembalikan keceriaan buat diri yang kedukaan...
Ya Allah,
gantikan tangisan dengan senyuman...
Ya Allah,
jika ini ujian buat diri ini , berikanlah kekuatan...
agar aku tabah di sepanjang perjalanan menggapai RedhaMu.
Ameen
Kalau kita terasa dengan seseorang, itu tandanya kita sayang dekat dia. #Teori sendiri
No comments:
Post a Comment