Make it clear

Assalamualaikum,

as usual, waktu malam baru ada peluang "di atas talian". Beria nak update sebab nak menjelaskan previous post.

Ok, kalau cakap dengan orang tak tahu, sejauh mana pun kita explain, dia tetap tak tahu melainkan dia tahu apa yang kita cakap. Oleh itu lebih baik diam je dari argue .

Kita bercakap berkenaan hubungan Silaturahim sesame manusia. Pelik ke kalau kita cakap pasal orang yang kita selalu jumpe, orang yang Halal untuk diperkatakan. plus perkara baik yang kita katakan..

Biar riwayat ni je la explain
Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ok look, i've mentioning this before,waa cakap omputeh,haha  aku tak ada kakak.. coz i'm the elders. So, sangat la nak ada sorang. Tapi bila dah kerja ni, ramai la pulak kakak yang dapat. Alhamdulillah.. :)

Jadi, dalam ruangan aku ni, selagi saya belum ada Hubungan Halal dengan "Imam" hati, aku akan memperkatakan orang-orang yang ada disekeliling. Semua-semua yang aku sempat capture dengan Lense & minda kurniaan Allah ni.

Clear? good!

Soal kenapa aku tak nak publish Blog aku ni di FB? sebab aku tak cukup yakin..akutak rasa perlu pun sebenarnya. Tapi aku suka orang lain share blog dekat FB. Serius. Bagi aku, diorang ni orang yang berani dan mempunyai keyakinan & bakat yang tinggi. I just don't discover mine... huhu

Haiya, Petang tadi sikit je lagi yaya hampir pecaya cakap kak Shima pasal Blog aku ni. 
Boleh pulak tiba-tiba bukak topik blog.. ape kes?

Yaya : Siapa ada Blog ek? Best ape , jom nak kite buat sorang satu pastu masing-masing follow.
K.shima : SubhanaAllah, yaya, bagus nye cadangan
Farah : Saya tak kreatif & tak pandai tulis ( Sopan je)
K.shima : Athirah ada...dia suka meja bulat
Ath : (Ya Allah, K.shimaaaaa)
Yaya : eh ada ek? apa nama blog? nak bace...
K.shima : cuba cari..
Yaya : Kat mana? FB
Ath : Tak ada la, mana ada. (Kalau diorang tahu, malunyee...)

Cukup la kantoi dengan kak Shima dulu, sudah cukup malu ...Tah macamane dia boleh tengok info kat FB aku.. tak expect pon. Tau-tau je dia post kat wall " cuba teka, akak tengah baca apa". Masa tu , dalam hati kata, "takkan la baca buku or baca paper pun nak bagi soalan teka teki kat aku"...

Terus teringat Blog ni.. dah la cerita pasal dia. Malunyee!

Ni pulak nak bagi tahu semua kawan-kawan? oh Tidakkk..

Just imagine ye, kalau diorang tahu , lepas tu setiap kali jumpe akan cakap pasal blog aku? Wah wah wah jadi bahan masak kurma ayam la camni.. hahahha... mahunye aku pakai niqab tutup muka lepas ni. Haha..

Hmm kalau korang dah terjumpe blog aku ni, ok baca senyap-senyap. SENYAP-SENYAP...

perlu ke ulang lagi sekali.. or nak kena buat papan tanda. hehehe.. Bukan apa, malu la. Tak kisah nak baca, baca la.. dipersilakan... cuma bila jumpa saya, buat-buat tak tahu sudah. Boleh kan? hehe.

Ath : yaya, K.Shima pun ada blog
Yaya : Yeke? 
K.Shima : tu private, untuk sadiq & Walid je..dah block orang lain
Ath : Oh, kak Shima Block the Blog??

Shuhada : Nak cari la Blog athirah sampai jumpe

Hahaha...

Minum cool blog je la yaya.. :)

I tell u what, if u nak try buat blog, most recommended. and kamu akan ketagih.. tapi kena ada minat jugak..

Temanku,
ketahuilah akan satu hakikat,Aku juga tidak sempurna. 
Langkahku pincang di mana-mana.
Terkadang aku jatuh dan tersungkur.
Terkadang mengalir laju titis jernih airmata.
Lantas aku terpandang kamu.
Dan aku menjadi kuat.
Terus aku tersedar,mungkin dikaulah yang dikirim Tuhan buatku.
Beriringan berjalan dalam mengapai redhaNYA Ilahi.
Salam sayang kerana Allah...


Nota Kaki

1) Yes! dah Delete website info kat FB siang tadi.. Selamat kan diri.


2) Ya Allah bantulah Hambamu ini untuk istiqomah dalam kebaikan.

3) Esok ada orang nak belanja breakfast. Alhamdulillah :) Thanks Hamba Allah

No comments: