Segan

Pukul 6
Berjalan menuju ke tempat letak kereta jauh diatas bukit, Exercise petang balik kerja, seperti sudah biasa, namun jauh dalam fikiran, kalau lah ada org hantar lagi best.. hendak cepat sampai.
 
Tiba-tiba satu kereta silver INSPIRA berhenti. Kak Shuhana 
Ni bukan kali pertama dia pelawa aku naik. Tapi dia pakai kereta lain masa tu. Bahkan dia siap pesan, kalau nak tumpang, call je. Aku je segan. Hmm Segan laa tumpang org..
 
Perjalanan yang seminit tu terasa lama..
 
K.shu : Parking kat mane? Macam sedih je.. takut kena saman ye?
Ath : hehe kat atas tu..yela k.shu, smua tempat dah kena saman. Tak aci la.
K.shu : susah la kan. Kesian smua org. tu la dah xde tempat parking
 
Suasana diam.. aku pandang k.shu sekilas
 
Ath : ..err ni kereta husband k.shu ke?
 
Kereta berhenti
 
K.shu : Ni kereta k.shu
Ath : Wow.. (Salam ) Thank You k.su, jimat tenaga saya hehe
K.shu : Meh sayang sikit
 
Haha that was kicking for me.. 
 
Segan .tak tau camana nak react. Tengok muka k.shu, bersahaja.. mungkin dia dah biasa… aku?? Superrrr luar biasa. Ni baru “kakak” yang cakap camtu…
 
Cuba bayangkan nanti husband kau? Wo wow wo… melayang!!
 
Masuk kereta pun tak habis lagi senyum.. what a day!
 
Dari pagi sampai petang, suram je.. as semua orang tak de. Hari Isnin pulak tu. Tambahan gigi aku sakit. Memang TAKK laa nak ceria…
 
Ye! Kalau lepas solat, salam & kiss kiss tu biasa la kan.. entah la tetibe macam awkward. Darn ~
 
Thank for being such a wonder sister..all of u.
I learnt how to be nice , sweet, soft ..day by day…
 
Hmm
 
Korang pernah tak mengalami situasi dimana, korang rasa seram sejuk je bila dengan seseorang.. Bukan macam dalam cerita hantu tu, tapi lebih kepada berhati-hati ketika bercakap, teruja kalau dapat tengok dia..Pernah?
 
Aku pernah. Masa kat sekolah dulu, Cikgu Bahasa Melaysia . Nama cikgu kesayangan aku tu, Norliza Brahim. Tak tahu kenapa, 1st time dia masuk kelas masa form 4, dia berdiri dan bercakap di depan kelas membuatkan aku terpaku.. I mean, the way she sound, the style she brought , hmm mungkin aku kagum dengan dia sebab dia berkarisma, cantik pada mata aku.. dia tak la putih, biasa-biasa je… tah la, Cuma dia menjadi trigger point untuk belajar sungguh-sunguh.. :)
 
Hmm setiap kali subjek dia,  aku jadi semangat. Bila time dia, aku rasa Macam dia mengajar aku sorang-sorang. Kalau exam subjek BM tu aku akan pastikan A.
 
Pernah satu kali tu, semua pelajar dapat markah rendah, kalau tak silap masa tu markah aku 78. Serius rasa bersalah. Masa tu dia dengan tegas suruh kami satu kelas pusing court badminton. & Cakap kuat-kuat.
 
KAMI AKAN BELAJAR SUNGGUH-SUNGGUH UNTUK DAPAT A DALAM BM.
 
And finally SPM aku A1
 
That was bitter sweet memory.
 Korang pun mesti ada kan. Itulah cikgu kesayangan aku. FB dia pun dapat aku jejaki. Hehe Alhamdulillah dia masih ingat aku. Yelah, sorang cikgu tah mcamane nak ingat beratus2 orang murid. Kalau dia ingat tu, 
Lucky you!

No comments: