Orang yang tahu bersyukur itu hatinya begitu sensitif dengan nikmat yang Allah telah berikan kepadanya, lidahnya sentiasa mengucapkan alhamdulillah walaupun nikmat itu mungkin kecil sahaja. Segala nikmat yang Allah berikan kepadanya seperti tubuh badan yang sihat, dia gunakan ia ke jalan Allah. Ketika musibah datang, dirinya sabar dan menganggapnya sebagai suatu nikmat juga dari Allah. SubhanAllah. Mari kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.
Muhasabah diri di pagi Sabtu penuh berkah. InsyaAllah
Saya seorang yang:
Sensitif,
jiwang,
tajam
saya hanya mampu berkata memujuk diri:
Apabila kita senyum dan ketawa, kita tidak pernah berasa sedih. Sewaktu kita senyum, kita tidak ingat pada perkara silam dan sedih. Kemurungan kita juga hilang. Sewaktu kita ketawa, kita tidak terfikir apa yang terjadi esok, minggu depan. Sewaktu kita senyum, hati tetiba terasa riang. Apabila kita melihat org senyum pd kita, kita terikut gembira dan senyum bersama.
Ini kerana senyum dan ketawa akan menghasilkan penawar di air liur yang mengubatkan duka, menenangkan minda dan membawa manusia kembali ke saat ini, bahawa saat ini sahajalah apa yang kita ada.
Penawar ini begitu kuat dan ajaib, sehinggakan org yang melihat kita senyum dan ketawa turut menghasilkan penawar yang sama. Inilah sebabnya mengapa senyuman itu adalah satu sedekah yang mulia.
Quran 27:19 Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
Oleh itu, senyumlah selalu. Semasa memandu, semasa mandi, semasa bercakap , semasa di pejabat dan di mana-mana - namun harus diingatkan semuanya harus dilakukan dalam keadaan kesederhanaan.
No comments:
Post a Comment