Tepi tingkap dalam Bus

Assalamualaikum blog,

Dah lebih 2 tahun pergi dan balik kerja, Bus dah setia menunggu di hadapan pejabat. Terasa diri ni manja sangat-sangat dalam tempoh itu. Syukur yang teramat sangat kerana pihak majikan menyediakan kemudahan pengangkutan. 

Daripada tak kenal boleh kenal. Terutama staff2 dari department lain. Macam nak gi sekolah je rasa hehe

haa aku jumpa zarith pn dalam bus. Banyak sesi sharing dalam bus

Dah jadi rutin, kalau naik bus je nak duduk tepi tingkap..

Banyak sangat kisah dalam bus yang akan jadi kenangan nanti bila Head Quarters akan berpindah ke Menara di KL. Sedih dan bimbang bila memikirkannya. Nak cerita kisah didalam bus ..
 

Last week
Ath : Lapar la.
Eida : Tak makan ke Lunch?
Ath : Lewat tadi, lepas Zohor gi cafe tapi makanan dah habis.
Eida : Eida ada keropok. Beli kat kak Eita tadi... nak?
Ath : emm malu la haha
Eida : Nah

Aku makan sampai habis keropok tu.

Semalam teringat masa pergi kedai roti dengan kak Shima. Makan berdua je. Masa beli roti tu cakap kat Kak Shima, "saya nak beli roti ni, nak bagi Eida la.. aritu saya makan keropok dia sampai habis...lagipun dia selalu lapar dalam bus"

Eida : tadi makan berdua je dengan kak Shima?
Ath : Yup, dah orang lain tak nak ikut.. eida pulak makan tak ajak..
Eida : alaa sori laa..
Ath : gurau je la. Tak pe
Eida : tirah kalau duduk berdua je dengan kak Shima selalu borak pasal apa?
Ath : emm macam eida selalu borak dengan kak shu, Eida borak pasal apa?
Eida : hehe tirah ni tak menjawap soalan la..soalan dengan soalan.
Ath : emm Kalau orang tanya eida, apa yang eida & Tirah borak kalau duduk berdua.. eida jawap apa?

Eida berkira-kira nak bagi jawapan. dia menghalakan pandangan ke atas lalu tersenyum..

Aku yang melihat reaksi dia tanya

Ath : Cari jawapan kat atas siling bus ek?

dua-dua ketawa (Kami memang suka ketawa dengan perkara-perkara kecil yang tak ada makna pun sebenarnya)

dah puas kelak, eida jawap

Eida : eida kata la isu-isu semasa.
Ath : waa macam serius je "isu semasa".. ooh kita borak pasal kadar jenayah di negara, isu kenaikan harga minyak.. macam tu ey?

HAHA dua-dua tergelak..

Tak lama lagi dia akan bertunang. Tahniah kepada dia.

Persepsi & Gambaran

Orangnya kecil je.
mudah tertawa jika ada perkara yang mencuit hati.
Kreatif.. aku suka borak dengan dia. Sebab nanti dia akan bagi jawapan yang diluar tekaan.. dia akan komen bila aku cakap kalau terlebih mengeluarkan fakta atau ayat aku macam ayat novel ke dia akan cakap 
"pandai la athirah, minum susu apa"

dia tinggal dengan keluarga di Serdang. err ke bangi ? tah la..hehe

cuba bayangkan dia ke tempat kerja..Tak ada rungutan pun... paling tidak pun yang keluar 

" alaa, train delay.."
"..tadi dalam train , eida mengantuk, nasib dapat duduk :D"
"..alamak , tak bawak buku/earphone la arini, tak ada hiburan la dalam train nanti "

Pernah satu hari berjalan di KL Sentral. dia mendahului didepan.. aku cakap kat dia
" eida, eida tahu tak.. eida jalan ada tempo"

pastu dia buat gaya macam orang mengajar nyanyi ikut tempo guna kiraan tangan.. tap tap tap..

Eida : tempo macam tu ke? (Ketawa)

cepat-cepat dia tukar gaya..

Lepas seketika, dia jalan laju lagi didepan.. Aku ingat dia nak cepat kejar train.. tiba-tiba dia pusing..

Eida : tirah, ada tempo lagi tak eida jalan tadi?
Ath : Hahaha.. ingatkan apa la tadi.. tadi tu bukan tempo dah..

Hmm selalu dalam bus dengan dia je.. sebab tu banyak cerita pasal dia.

Dia selalu rasa telinga aku, bila duduk dalam bus, nak tahu samada aku pakai EarPhone atau tak sebelum bercakap.

Pantang aku jawap " haa?" dia dah senyum-senyum sambil membawa jari telunjuk ke telinga aku..

Kalau aku tutup mulut bila batuk atau cover gelak.. dia cakap
 " kenapa tutup mulut gaya pegang microphone?"

ada je benda yang buatkan kami tertawa..

sakit rahang bila turun dari bus.

aku rasa post aku kali ni memang cerita pasal kami berdua.. dah konfius, samada subject utama, tepi tingkap dalam bus atau perbualan antara aku dan Eida.

Aku sedang belajar daripada dia sebenarnya ..cara dia berbual dengan orang, dia akan bagi tumpuan yang sepenuhnya. 

Ath : Kalau kita bercakap dengan orang, kita kena pandang muka dia ke, mata ke? 
Eida : Wajah dia la. err
Ath : Yela..kita mesti fokus, takkan la pandangan nak merayap ke setiap penjuru..
Eida: Pandang hidung dia

(kami tergelak sebab dia jawap Hidung kerana masa tu aku sedang pegang hidung)

Mata dia akan memandang wajah orang yang bercakap dengan dia. so kita akan rasa dihargai.

berlainan dengan Aku. Masalah aku ialah, aku malu nak menatap wajah orang bila berbual.. tak lebih dari 5 saat. 

So sekarang aku nak cuba sebab ini pun sunnah Nabi kesayangan kita. InsyaAllah.


Jom doa.
 
Ya Allah,
Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah
yang TEBAIK dikalangan kamu...
Bukan juga yang paling SOLEHA dalam kalangan kamu,
kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri...

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan NASIHAT apabila
dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada peringatan iaitu Da'wah..

Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN...
" - Imam Hasan al-Basri"

No comments: