Jumaat yang Hijau

Sometimes you hurt yourself more than anyone could hurt you, only for keeping your feelings hidden...

Assalamualaikum Blog..

Hari Jumaat memang hari kegemaran aku. Harini aku pakai baju kurung kosong Hijau dan tudung bawal 3 tone Hijau .

Aku suka hijau. Tapi ada sorang staff ni cakap aku macam orang baru balik Marhaban. Aku gelak je.

Pagi-pagi dah senyum besar as kak Shima & Eida, Fiza breakfast sama-sama. Semua orang cantik Hari Jumaat.
Yang paling ketara, Orang baru bertunang tu... Berseri-seri..

Ath : Eida tunang dapat dua cincin ea? (Saje menyakat)
Eida : Tak la, ni memang dah pakai dulu, mak bagi

Semua melayan makanan tiba-tiba Eida bersuara

Eida : Athirah nampak dah besar la.
Ath : Besar ? ye.. memang besar pun
Eida : Bukan tu la, nampak dewasa. Matang..

Hmm... berfikir panjang aku sambil menyuapkan makanan ke mulut pagi tu.

Ya, kita semua dah besar. Ada sesetengah perkara kita boleh hadapi dengan tenang.

Ketepikan dulu soal Hati untuk urusan yang satu tu (Kahwin). Bukan nak ketepikan, cuma belum ada tanda-tanda aku akan terjebak dengan soal tu. Siapa tak nak. Lagi2 tengok member kiri kanan dah sarung cincin dah dukung baby. Ape perasaan korang?

Nak focus pada nilai-nilai persahabatan yang ada dan sangat dirasai sejak dua tahun ni.

Aku boleh jadi siapa-siapa saje bila bersama diorang. Especially Kak Shima.

Kalau time aku nak jiwang-jiwang pun dia ok je. Paling tak pun dia senyum sambil cakap "SubahanaAllah"
Kalau time nak jadi budak-budak menyakat/noty pun dia gelak sambil tutup mulut.

Boleh terbayang dia gelak dengan Hidung dia akan berkerut sikit..comel :)

Dialog Kasual dia kalau terserempak kat mana-mana

" Assalamualaikum, hai Athirah. Athirah Sihat?"

Speachless la. Bila kat Ofis banyak benda dalam otak nak tulis, tapi dah sampai rumah, semua dah Hadam, Telan... jadi treatment. :)

Kawan-kawan dari sekolah, kolej, Uni & Kerja.. and kawan atas kawan.. kawan kat stesen KTM, kawan main senyum-senyum and say Bye..

huhu Thank You

Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian..

Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan
PERANGSANG kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU..

Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya.
 
Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..

Dia sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH dan yang pasti dia MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain..

SEJUJURNYA, siapa dirimu masih aku TIDAK MENGETAHUI..sehingga tiba waktunya bila Allah mengizinkan nanti, untuk ku tahu siapa dirimu..moga berkesempatan, diberi RUANG DAN PELUANG untukku bertemu denganmu..tidak akan aku sia-siakan waktu itu, InsyaAllah..

Dalam BISIKAN DOA, belum ada SEGARIS NAMA yang boleh ku sebut, ku mohon pada Allah..


No comments: