Dear Blog,
Blog personal tempat curah rasa yang ada de'minda..ke nak kena buat de'hearty?? hehe
Tah kenapa, Hari Isnin 16 April aku tak ada semangat nak gi kerja. Bagun tetap bangun.. tapi, momentum tu tak ada.
Ya Allah, tolong lah hambaMu ini dalam menjalani hari-hari dengan penuh semangat.
Takut rasanya nak melalui hari-hari tanpa semangat yang selalunya ada. Perasaan yang biasanya ada untuk ke tempat kerja. Sesungguhnya segala rasa itu, kurniaan Allah.
Dia beri, dan Dia boleh ambil..
Tapi aku tak mampu jika Allah tak izinkan aku untuk gembira, ceria dan bersemangat menjalani hari-hari di dunia ini tanpa kekuatan dari Allah.
Naik Train KTM, telinga disumbat EarPhone, Mata menatap buku.
Selepas stesen pertama, gerabak dah mulai penuh, aku beri tempat duduk pada sorang wanita yang ada anak kecil.. tanpa sepatah kata dari wanita tu, aku tahu dia berterima Kasih.
Wanita tu nampak kuat, dia melayani 2 orang anak kecilnya dengan sabar. Membawa mereka pagi-pagi pada waktu orang sibuk ke tempat kerja.. entah kemana arah agaknya. Aku doakan dia Selamat.
Naik Bus di Sogo, Alhamdulillah, muka sahabat dah menyapa dengan senyuman. Siti Nur Farhana.
Gadis putih bercermin mata old skool. Kurus langsing sangat manis tak jemu mata memandang..
Ath : Assalamualaikum wbt (sambil tersenyum memandang tepat ke arahnya).. awalnye..
Siti : Wslm cik Athirah, hai tadi tak jem sangat..hmm rasa malasnya bangun pagi tadi…
Ath : ha.. ingatkan orang je rasa camtu. Kenapa ek.. tak best la
Siti : Tah la.. penat.
Ath : awk tu bukan penat, lesu je
Siti : buat apa weekend?
Soalan lazim hari Isnin… nak tahu aktiviti sahabat
Ath : apa lagi, kelas la.. packed betul weekend. Rasa singkat sangat. Every class ada presentation. Stress! hehe
Siti : ok la tu, penuh jugak masa anda dari x buat ape2
Ath : Fana gi wedding ke?
Saje mengusik, sebab selalu dengar dia cakap ada wedding bile nak weekend.
Siti : tak ada la.. saje je ek. Haha
Ath : hahh hari Ahad aritu gi melawat kawan baru balik umrah
Macam bagi laporan je gaya..
Siti : Best?
Ath : Best la.. kita yang dengar cerita ni pun dah best, dia yang pergi lagi best. Semalam dia macam buat presentation, guna Gambar Kaabah yang lekat kat dinding umah dia sebab kami paksa. Hehe kelakar
Siti : Ooo tau tau yang selalu kat umah orang ada kain besar tu.. hehe
Ath :Hmm..eh tengok tak DP FB yaya? Dia letak muka artis, tapi pakai tudung..
Siti : Tak pun..
Ath : haha kelakar, ingat nak usik dia, “orang dapat Vit B, beli Handphone, Ipad, dia gi buat plastic surgery..” tp bila tengok Wall, Hamzah dah tulis. Kita Like je la. Kikiki.. kelakar. Yaya tu cun.. pakai apa pun ok, even tudung senget2.. :D
Siti : La ye ke? nk tgok la nanti. Yaya tu kelakar la.. aritu pun dia macam blur..bizi sangat la tu. Sampai tudung pun x betul.. baju x gosok .. hehehehe
Sampai je Ofis, niat hati nak turun breakfast, tapi demi memadang meja yang penuh dengan file & kertas yang nak dibentangkan oleh Bos Next week. Terus mati selera.
On Desktop Computer, terus menaip apa yang tak sudah Jumaat lepas.
Kalau ada Meeting, memang sibuk sikit. Sebab bos ni orang yang details. Terutama bab Grammar. Fuhh tak yah cakap la, bahasa dia. US Style.
Tiba-tiba Farhana F2 datang. Hantar Valuation Request.
Tanpa menunggu dia bagi salam, aku bagi salam kat dia dulu.. SubahanaAllah cantiknya dia..(macam ayat k.shima selalu) baju kurung kosong biru torqoise + tudung corak bunga.
Aku pelawa dia macaroon yg Hafiz bagi.. dia bawak sebab balance wedding adik dia last Sunday.
Hmm dua2 farhana dah jumpa pagi Isnin yang lesu ni..
Harini memang macam2 benda yang mengguris hati berlaku.. semua ni mesti sebab aku banyak wat dosa.. huhu sedey.. Allah marah.
Kenapa la sorang hamba Allah tu naik je cuti dia mesti ada “angin”. Pandang orang macam jijik je… kita senyum dia masam. Kita tanya dia tak jawap. Susah nye ada orang macam ni. Yela aku tahu diri ni kalau nak bandingkan dia yang dah berpangkat tu, orang lain pun ada pangkat jugak tak de pun berangin satu badan.
Semoga Allah buka hati dia untuk lebihkan gula dalam senyuman, buka hati untuk memahami insan lain.. huhu
Sukar!! Tu je yang boleh aku describe dia ni.. Nak ikut mood dia je?? Tak suka la nak ada heart attached dengan dia ni. Tapi dah kerja. Redha je.
Hati dan Minda ni rasa macam Floated..
# Baru dengar suara Siti Farhana yang sebenar...
Masa makan sarapan tadi. Jarang dia ada.. dengan baju pink.. sangat comel. Rugi sape kecewakan gadis baik seperti dia ni..
Siti : datang naik apa ni?
Ath : Bus, KL Sentral.
Eida : Fana, kena bape hinggit nasi lemak ni?
Siti : RM 2
Ath : aik macam sama je lauk kita, kite kena RM 2.80
Eida : Sambal tira melanda sangat kot tadi... banyak kan sambal, macam k.shima aritu.
Siti : Ha, mana k.shima?
Eida : tak turun kot, uruskan emel.. semalam on leave, berlambak emel masuk.
Siti : kenapa dia CL, patut la ..bla bla bla
Aku yang tengah dengar perbualan diorang agak teruja sebab Tone suara Farhana yang biasa lembut dan enak, tiba-tiba ada nada tegas dan sharp.
Ath : Fana, apa dia?
(saje nak dengar suara dia sambil tersenyum...)
farhana pandang aku dengan serius..sambil mengulangi ayat dia..
Ath : wow.. 1st time dengar suara farhana. Tegas.
Dalam diam aku kagum.. Entah la, setiap sahabat or individu tu ada personaliti tersendiri..
Teringat
Sayla, Min, Anyra, Shera, Shiro..& Kay hehe..
diorang pun ada macam-macam karakter. Rindunyaa.. nak macam dulu..
No comments:
Post a Comment