Lintasan hati

Assalamualaikum

Dear Blog. Howdy? haha giler Hip Hop...Wassup wassup..

Dah lama tak cerita pasal member-member semasa kolej dulu.. Jarang dah hang out dengan diorang. 

Tapi masih mengikuti perkembangan mereka di alam maya.

Aku ada kongsi Video program " A Moment to Remember " dan aku tag kawan-kawan aku.
Mula-mula agak keberatan nak kongsi di wall.. Tapi bila aku kuatkan hati, nak kongsi benda-benda baik, aku post jugak. Aku harap sangat diorang "Click" link tu, and dengar.. bukan apa, kalau boleh aku nak dorang pun berkongsi sama-sama ilmu yang aku dengar malam tu..

Macam-macam cara Allah bagi, kalau tak boleh datang, ada yang rakam.. so tak salah rasanya aku Share link tu.

Biar lah orang nak cakap apa.. sebab, apa sahaja kita buat orang akan mengata, lebih-lebih lagi kalau benda baik ni. Even kita duduk diam pun.... orang akan cakap jugak.

Semoga ada manfaatnya buat kita semua. Walau tak 100% kita dapat kutip and follow dari apa yang kita dengar. at least, ada cebisan-cebisan ilmu and pengetahuan tersangkut di fikiran dan hati kita.

 Pepatah Arab mengatakan,
"Man Lam Yazuk Lam Yadrik"
Maksudnya :
 Orang yang tak merasai takkan mengetahui kemanisannya.

Takut dan tak sabar nak habis exam. Study nya tah ke mana...

 Ya Allah permudahkanlah jangan kau susahkan.



Sebenarnya sebab ego maka kita masing-masing rindu. Tiada siapa nak mula tegur dulu.
I hate   unlike when you talk to someone every single day, then all of a sudden it just stops. Then neither of you say a word to each other.
Buat diri ini
Kenapa hati resah gelisah?
Badan rasa sakit dan berat
Semuanya jadi tak selesa

Buatkan hati rasa sakit
Buatkan hati rasa sedih
Buatkan hati rasa marah

Kenapa hati rasa gelisah?
Hmm.. Cuba periksa semula amal ibadah

Kenapa tak amal benda yang selalu dibuat?
Kenapa tinggal-tinggalkan surah yassin?
Kenapa tinggal-tinggalkan bacaan al-Quran?
Kenapa buat-buat lupa sembahyang malam?

Sebab itu ALLAH lupakan hati kita.. 
:'(
 
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Moga kau juga mengerti
Aku rindukan kisah kita

SAHABAT~

to Remember

Syukur Alhamdulillah. segalanya dalam aturan Allah. Allah tak janji Hidup ni sentiasa senang tanpa ujian, tapi Allah sentiasa ada dengan hambanya di setiap langkah dan di sisi hambanya. Doa banyak-banyak.
 
Lame betul tak update blog ni dah berabuk.. malas betul nak menaip. sebab dah banyak menaip di opis. haha 

Diri ni banyak silap. Banyak Dosanya.. Ampun dan Maaf untuk segalanya.
 
Tak mahu cakap apa yang terjadi sejak kebelakangan ini. Biar semua tu disimpan rapi dalam hati.
 
Minggu lepas, berpeluang mengikuti satu Majlis ilmu untuk muslimah sahaja. “ A moment to Remember ” bersama Wardina Saffiyah & Oki Setiana Dewi.
 
Saya dengan niat mengajak teman Kolej ke Program ini kerana ingin sama-sama berkongsi nikmat majlis ilmu yang pernah saya rasai. Kalau boleh saya nak apa yang saya rasa, mereka juga rasa.. perkara yang baik kan, biar dikongsi bersama. Itu pun setelah mengambil beberapa pandangan akal dan hati.
 
Takut juga, kita ni beriya-iya hendak dia ikut kita ke program Ilmu, plus kena bayar lagi tapi nanti dia rasa terpaksa buat apa.
 
Saya pastikan dia betul-betul nak ikut. baru saya daftarkan. Alhamdulillah saya ambil dia di Rumah (UK Height) dan hantar dia pulang semula. Semoga Allah buka kan pintu2 kebaikan buat kami. Tiada lain yang kami inginkan melainkan Keredhaan Allah.
 
Jam di pergelangan tangan Kanan di kerling cemas. Sudah pukul 8 tepat. Selesai solat Maghrib di Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa saya menunggu kawan di dalam kereta. Dia nak pergi sekali katanya.
 
Seakan-akan tersepit, Farhana (f2) dah sampai di dewan dan saya memegang tiket masih di Masjid. 10 minit kemudian baru kami bergerak.
 
Terkejut betul bila Wardina Safiyyah bersama anak sedang menunggu Lif. Hanya sempat bersalaman. “Cantik” itu je yang mampu saya katakan.
 
Selepas mendaftar, kami mencari tempat duduk. Kerusi baris belakang yang kosong. Agak kesal. Namun, Redha.. semuanya sudah tercatat.
 
8:45 kata-kata Aluan dari penganjur One Heart Management. Namun, majlis masih belum ada tanda-tanda akan dimulakan. Nampak seseorang membisikan sesuatu pada emcee, kemudian beliau mengatakan ada gangguan teknikal sedikit dan majlis tidak dapat dimulakan lagi. Semua penonton berasa hairan dan tertanya-tanya.
 
emcee meminta siapa-siapa yang nak volunteer buat persembahan sementara menunggu Panel naik. semua hadirin yang ada kat situ memandang sesame sendiri.. saya mencuit rakan disebelah, mengusik dia untuk mengangkat tangan.
 
Tiba-tiba ada seorang hamba Allah yang berniqab dari belakang mengangkat tangan. Kami semua kagum. Agaknya apa la persembahan dia. Dia berjalan Pantas sambil memegang sebuah buku.
 
Bila dia berjalan je, Terdengar suara penonton mengatakan itu Oki. Saya hanya Tenang di tempat duduk menanti sahaja apa yang bakal terjadi. Being in the crowd was a bless. Pandangan dihalakan tepat ke hadapan penuh konsentrasi.
 
Kalau boleh nak duduk Depan.
 
Oki membuka Niqab yang dipakainya dan memberi salam, ada sendu pada suaranya.. Ya dia mengaku yang dia menangis di belakang tempat duduk penonton sebentar tadi. Melihat muslimah yang hadir. Ramai orang mahukan kebaikan sebenarnya.
 
Sebuah Puisi di bacakan. Which I cannot re call definitely.
 
 
I have no idea who is Oki actually.. sehingga la saya search di Internet. Dia merupakan seorang Pelakon KCB ( Ketika Cinta Bertasbih)
 
Cerita tu pun saya tak tengok. Memang tak kenal la. Tapi malam tu. terus admire dengan dia. Cerita dia penuh Humor. Katanya memulakan bicara.
 
Oki
 
Dulu masa umur saya masih kanak-kanak, di sekolah jika orang tanya mahu jadi apa bila besar nanti.. kawan-kawan akan jawap “ Doktor” , Peguam “, “Cikgu…. tapi saya mahu jadi artis.. saya sudah suka make up masa sekolah rendah. sering berangan di depan cermin sambil pegang botol mineral… yang gayanya seperti menang Award.
Jika jalan-jalan ke kedai.. nampak ada camera, terus saya ber posing.. hendak masuk TV. Rupa-rupanya itu orang tengah ukur Jalan.
 
Saya tersenyum lebar mendengar bicara dia yang satu tu.
 
Saya lebih mengingati butiran ayat dari Oki berbanding Wardina..
 
Beliau ke Jakarta pada usia muda dengan harapan untuk glamour. Yup dia berjaya dalam bidang Modeling. dan berjinak-jinak dalam Drama. Cuma rezekinya tiada. Sudah puas dia casting, Cuma watak kecil yang diperolehi.. sehingga satu hari, mendapat panggilan telefon dari Kampung. Emaknya sakit tenat. Nama saintifiknya tidak la sya ingat tapi ia merupakan sakit kulit. Kata Oki, jika orang lihat seperti Monster . Enaugh said. Dia sedih dan memerlukan wang yang banyak untuk kos rawatan emaknya.
 
Pada ketika itu, dia mencari Allah. Dia meletakkan sepenuh-penuh harapan hanya pada Allah. di dalam doanya, “ Ya Allah, aku akan memakai tudung, mudah-mudahan emaknya sihat”. dia nekad. Baru 2 hari dia melakukan perubahan itu, dia mendapat tawaran berlakon filem. memegang watak Utama dengan bayaran Lumayan. Disaat dia betul-betul memerlukan wang. Ujian datang.
 
Antara Allah dan Dunia.
 
Orang megatakan yang Oki sudah sombong. kerana tidak menerima tawaran berlakon. Dia menolak kerana dalam watak itu dia perlu membuka tudung.
 
Dia Pasrah. Teguh pendiriannya.
Dia hanya muncul di TV pada bulan Ramadhan sahaja. kerana dia amat teliti dalam tawaran yang diterima. Pada dia, biar hanya sekali sekala tetapi membawa kebaikan pada yang menonton.
 
Dia melanjutkan pelajaran dan berkawan dengan orang-orang yang hadir ke majlis ilmu. Seminggu sekali Pasti diisi dengan “Usrah”
 
Pada dia, Usrah sangat penting untuk mengingati diri dan meningkatkan iman. Iman itu sifatnya naik dan turun. Oki kata “ oleh itu jangan dibiarkan imannya turun terus sehingga ke bawah” kita harus sentiasa berusaha . I
Iman ni susah nak dapat dan jika ada sedikit, payah dijaga.
 
Buatla sebanyak-banyak kebaikan. kecil atau besar. mudah-mudahan Allah kira. Kita tak tahu, amal mana yang di terima Allah. entah-entah yang sedikit itu lebih ikhlas kita buat.
 
Perubahan itu ialah Proses. tidak boleh sekelip mata. Kini dia dalam proses menghafal Al-quran. sekarang dah 6 Juzuk di hafalnya..
 
Kitaaa???????? bila dengar yang ni, rasa malu nyaa.. sebab tak ada inisiatif di ambil . Kita selesa dengan apa yang kita ada. Malu nya.
 
Bagaimana tak nak Riyak

di saat kita fikir adakah kita riyak, tak mahu riyak… itulah riyak. oleh itu harus sentiasa Beristighfar. memohon pertolongan dari Allah supaya hati ini niat yang baik2 sahaja.
 
Usaha tu penting.
Berkenaan Hijab atau bertudung.
Jangan tunggu hendak ubah hati baru ubah fizik.. biar ubah fizik dulu, InsyaAllah Allah buka kan Jalan untuk betulkan hati.
Biar mula-mula terpaksa.. nanti2 biasa la..
emm wardina pula dalam penyampaiannya
Dia mengatakan hendak berubah itu, kita perlu “Aware”, “Alert”, “Consious”.. macamana nak dapat? dengan Ilmu.
 
Dia kata, kita jangan tinggalkan Al-quran. baca lah walau satu ayat sehari. sehelai sehari.. bawak Al-quran sentiasa.
 
anak saya Amna akan dapat kesan jika sehari saya tak baca Al-quran kerana mood saya dan Tone suara saya akan tinggi. Dia member insprasi kepada kami dengan menyebut nama-nama Bidadari yang perlu dikagumi antaranya
 
  • Siti Aaisyah r.a
  • Siti Fatihah r.a
  • Balqish
  • Siti Khadijah
 
dan ramai lagi.. betapa hebat contoh-contoh wanita yang boleh di ambil. sedangkan kita pada hari ini mengambil artis sebagai role model. Boleh katanya Cuma, perlu ada tapisan. yang mana Perlu dan Tidak. Yang mana ditegah dan yang mana dibolehkan.
 
 
Sungguh, rasa kehilangan itu semakin hampir.. ‘jiwa’ yang dulu nya penuh terisi dengan rasa bersamaan kini hampir pudar.

Macam tayangan HD dan TV biasa.  HD lebih menarik kan?

Kalau dulu macam bau Durian. Kuat sangat. Sekarang macam bau-bau bacang