Syukur
Alhamdulillah. segalanya dalam aturan Allah. Allah tak janji Hidup ni
sentiasa senang tanpa ujian, tapi Allah sentiasa ada dengan hambanya di
setiap langkah dan di sisi hambanya. Doa banyak-banyak.
Lame betul tak update blog ni dah berabuk.. malas betul nak menaip. sebab dah banyak menaip di opis. haha
Diri ni banyak silap. Banyak Dosanya.. Ampun dan Maaf untuk segalanya.
Tak mahu cakap apa yang terjadi sejak kebelakangan ini. Biar semua tu disimpan rapi dalam hati.
Minggu
lepas, berpeluang mengikuti satu Majlis ilmu untuk muslimah sahaja. “ A
moment to Remember ” bersama Wardina Saffiyah & Oki Setiana Dewi.
Saya
dengan niat mengajak teman Kolej ke Program ini kerana ingin sama-sama
berkongsi nikmat majlis ilmu yang pernah saya rasai. Kalau boleh saya
nak apa yang saya rasa, mereka juga rasa.. perkara yang baik kan,
biar dikongsi bersama. Itu pun setelah mengambil beberapa pandangan
akal dan hati.
Takut juga, kita ni beriya-iya hendak dia ikut kita ke program Ilmu, plus kena bayar lagi tapi nanti dia rasa terpaksa buat apa.
Saya
pastikan dia betul-betul nak ikut. baru saya daftarkan. Alhamdulillah
saya ambil dia di Rumah (UK Height) dan hantar dia pulang semula. Semoga
Allah buka kan pintu2 kebaikan buat kami. Tiada lain yang kami
inginkan melainkan Keredhaan Allah.
Jam di
pergelangan tangan Kanan di kerling cemas. Sudah pukul 8 tepat. Selesai
solat Maghrib di Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa saya menunggu kawan
di dalam kereta. Dia nak pergi sekali katanya.
Seakan-akan
tersepit, Farhana (f2) dah sampai di dewan dan saya memegang tiket
masih di Masjid. 10 minit kemudian baru kami bergerak.
Terkejut
betul bila Wardina Safiyyah bersama anak sedang menunggu Lif. Hanya
sempat bersalaman. “Cantik” itu je yang mampu saya katakan.
Selepas
mendaftar, kami mencari tempat duduk. Kerusi baris belakang yang kosong.
Agak kesal. Namun, Redha.. semuanya sudah tercatat.
8:45
kata-kata Aluan dari penganjur One Heart Management. Namun, majlis masih
belum ada tanda-tanda akan dimulakan. Nampak seseorang membisikan
sesuatu pada emcee, kemudian beliau mengatakan ada gangguan teknikal
sedikit dan majlis tidak dapat dimulakan lagi. Semua penonton berasa
hairan dan tertanya-tanya.
emcee
meminta siapa-siapa yang nak volunteer buat persembahan sementara
menunggu Panel naik. semua hadirin yang ada kat situ memandang sesame
sendiri.. saya mencuit rakan disebelah, mengusik dia untuk mengangkat
tangan.
Tiba-tiba
ada seorang hamba Allah yang berniqab dari belakang mengangkat tangan.
Kami semua kagum. Agaknya apa la persembahan dia. Dia berjalan Pantas
sambil memegang sebuah buku.
Bila dia
berjalan je, Terdengar suara penonton mengatakan itu Oki. Saya hanya
Tenang di tempat duduk menanti sahaja apa yang bakal terjadi. Being in
the crowd was a bless. Pandangan dihalakan tepat ke hadapan
penuh konsentrasi.
Kalau boleh nak duduk Depan.
Oki
membuka Niqab yang dipakainya dan memberi salam, ada sendu pada
suaranya.. Ya dia mengaku yang dia menangis di belakang tempat duduk
penonton sebentar tadi. Melihat muslimah yang hadir. Ramai orang mahukan
kebaikan sebenarnya.
Sebuah Puisi di bacakan. Which I cannot re call definitely.
I have no
idea who is Oki actually.. sehingga la saya search di Internet. Dia
merupakan seorang Pelakon KCB ( Ketika Cinta Bertasbih)
Cerita tu
pun saya tak tengok. Memang tak kenal la. Tapi malam tu. terus admire
dengan dia. Cerita dia penuh Humor. Katanya memulakan bicara.
Oki
Dulu masa
umur saya masih kanak-kanak, di sekolah jika orang tanya mahu jadi apa
bila besar nanti.. kawan-kawan akan jawap “ Doktor” , Peguam “, “Cikgu….
tapi saya mahu jadi artis.. saya sudah suka make up masa
sekolah rendah. sering berangan di depan cermin sambil pegang botol
mineral… yang gayanya seperti menang Award.
Jika
jalan-jalan ke kedai.. nampak ada camera, terus saya ber posing.. hendak
masuk TV. Rupa-rupanya itu orang tengah ukur Jalan.
Saya tersenyum lebar mendengar bicara dia yang satu tu.
Saya lebih mengingati butiran ayat dari Oki berbanding Wardina..
Beliau ke
Jakarta pada usia muda dengan harapan untuk glamour. Yup dia berjaya
dalam bidang Modeling. dan berjinak-jinak dalam Drama. Cuma rezekinya
tiada. Sudah puas dia casting, Cuma watak kecil yang diperolehi..
sehingga satu hari, mendapat panggilan telefon dari Kampung. Emaknya
sakit tenat. Nama saintifiknya tidak la sya ingat tapi ia merupakan
sakit kulit. Kata Oki, jika orang lihat seperti Monster . Enaugh said.
Dia sedih dan memerlukan wang yang banyak untuk
kos rawatan emaknya.
Pada
ketika itu, dia mencari Allah. Dia meletakkan sepenuh-penuh harapan
hanya pada Allah. di dalam doanya, “ Ya Allah, aku akan memakai tudung,
mudah-mudahan emaknya sihat”. dia nekad. Baru 2 hari dia melakukan
perubahan itu, dia mendapat tawaran berlakon filem. memegang watak
Utama dengan bayaran Lumayan. Disaat dia betul-betul memerlukan wang.
Ujian datang.
Antara Allah dan Dunia.
Orang
megatakan yang Oki sudah sombong. kerana tidak menerima tawaran
berlakon. Dia menolak kerana dalam watak itu dia perlu membuka tudung.
Dia Pasrah. Teguh pendiriannya.
Dia hanya
muncul di TV pada bulan Ramadhan sahaja. kerana dia amat teliti dalam
tawaran yang diterima. Pada dia, biar hanya sekali sekala tetapi membawa
kebaikan pada yang menonton.
Dia melanjutkan pelajaran dan berkawan dengan orang-orang yang hadir ke majlis ilmu. Seminggu sekali Pasti diisi dengan “Usrah”
Pada dia,
Usrah sangat penting untuk mengingati diri dan meningkatkan iman. Iman
itu sifatnya naik dan turun. Oki kata “ oleh itu jangan dibiarkan
imannya turun terus sehingga ke bawah” kita harus sentiasa berusaha
. I
Iman ni susah nak dapat dan jika ada sedikit, payah dijaga.
Buatla
sebanyak-banyak kebaikan. kecil atau besar. mudah-mudahan Allah kira.
Kita tak tahu, amal mana yang di terima Allah. entah-entah yang sedikit
itu lebih ikhlas kita buat.
Perubahan
itu ialah Proses. tidak boleh sekelip mata. Kini dia dalam proses
menghafal Al-quran. sekarang dah 6 Juzuk di hafalnya..
Kitaaa????????
bila dengar yang ni, rasa malu nyaa.. sebab tak ada inisiatif di ambil .
Kita selesa dengan apa yang kita ada. Malu nya.
Bagaimana tak nak Riyak
di saat
kita fikir adakah kita riyak, tak mahu riyak… itulah riyak. oleh itu
harus sentiasa Beristighfar. memohon pertolongan dari Allah supaya hati
ini niat yang baik2 sahaja.
Usaha tu penting.
Berkenaan Hijab atau bertudung.
Jangan tunggu hendak ubah hati baru ubah fizik.. biar ubah fizik dulu, InsyaAllah Allah buka kan Jalan untuk betulkan hati.
Biar mula-mula terpaksa.. nanti2 biasa la..
emm wardina pula dalam penyampaiannya
Dia mengatakan hendak berubah itu, kita perlu “Aware”, “Alert”, “Consious”.. macamana nak dapat? dengan Ilmu.
Dia kata, kita jangan tinggalkan Al-quran. baca lah walau satu ayat sehari. sehelai sehari.. bawak Al-quran sentiasa.
anak saya
Amna akan dapat kesan jika sehari saya tak baca Al-quran kerana mood
saya dan Tone suara saya akan tinggi. Dia member insprasi kepada kami
dengan menyebut nama-nama Bidadari yang perlu dikagumi antaranya
- Siti Aaisyah r.a
- Siti Fatihah r.a
- Balqish
- Siti Khadijah
dan ramai
lagi.. betapa hebat contoh-contoh wanita yang boleh di ambil. sedangkan
kita pada hari ini mengambil artis sebagai role model. Boleh katanya
Cuma, perlu ada tapisan. yang mana Perlu dan Tidak. Yang
mana ditegah dan yang mana dibolehkan.
Sungguh, rasa kehilangan itu semakin hampir.. ‘jiwa’ yang dulu nya penuh terisi dengan rasa bersamaan kini hampir pudar.
Macam tayangan HD dan TV biasa. HD lebih menarik kan?
No comments:
Post a Comment