Awasi Minda


Assalamualaikum .

Apa perasaan kita bila Ramadhan kian meninggalkan kita?

Bagi aku yang lemah fikiran dan amalan ni. Aku sedih dan kadang-kadang Gembira nak sambut syawal. Yelah Orang nak raya. Persekitaran sana sini berkumandang lagu raya yang menusuk kalbu . Terngiang-ngiang di telinga. Otak dah proses Ketupat daun palas tok wan kat kampung, perjalanan balik kampung ke utara. Hmm sangat significant. He He macam budak- budak.

Lately ni aku tengok kat FB , dua tiga orang member Tangkap Emo.

Aku?? Yeap. Sangat Sensetif.. but Alhamdulillah manage to control dengan bijaksana. Kadang ada juga yang

Well kalau nak cakap pasal tersinggung. Its happen all the time. Manusia ni hanya nampak silap pada orang lain.. Diri sendiri selalu je betul.

Bila anda rasa begitu, please periksa diri anda. Anda ni ada sifat sombong tahu tak?. Bukan saya kata.. tapi Al-Quran dan Alim ulama pun pernah berkata.

Ye kita buat salah.. sentiasa buat.. sebab kita manusia, tapi adakah kita perlu tambah kesalahan dengan menyinggung hati orang lain dengan kata-kata tajam.

Been there done that. Aku tak sanggup nak "muntahkan" segala perasaan "terasa/tersinggung" aku pada orang yang buat taik tu... maaf atas bahasa yang kurang sopan. Huhu Aku lebih rela senyap. Tahu kenapa? sebab I can do much better to hurt others if i choose to do so.

and i refuse.. Istighfar banyak-bayak eh.

Bila tersinggung/terkilan, ingat, minda kita akan memberikan seribu satu sebab dan fokus kepada apa yang telah dibuat oleh si dia sehingga kita terasa marah.

Kemudian minda akan melayang, dengan bayangan "perbualan kata-kata antara kita dengan si dia" untuk menegur/mengajar atau membalas dendam atas perkara yang telah menyinggung kita sehingga kita rasa terkilan.

Minda akan berulang-ulang memainkan bayangan itu di minda sehingga melahirkan emosi ingin memutuskan/meregangkan hubungan tersebut semata-mata ingin melepaskan geram.

Awasi minda - sebab itu apabila terasa tersinggung/terkilan, pertama pertama, jangan fokus pada si dia - fokus pada diri sendiri, dan bertanya mengapa kita rasa tersinggung/terkilan?

Adakah kerana kita mengharapkan sesuatu daripada si dia, tapi si dia melakukan sebaliknya?

Adakah kerana kita geram dengan cara si dia melakukan sesuatu yang kita terasa kita tidak dipentingkan?

Adakah kerana maruah/ego kita tercabar?

Adakah kerana kata-kata si dia, dan mengapa kata-kata si dia tu menyakitkan kita?

Tanya diri berulang, sehingga mendapat jawapan – jawapan tidak berada pada si dia, jawapan juga tidak berada pada perubahan yang diharapkan pada si dia, tapi jawapan ada pada minda yang sedia melihat perasaan tersinggung/terkilan itu daripada sudut lain.

Kita manusia biasa, rasa terkilan/tersinggung itu adalah normal. Tapi kita harus sedar keadaan itu, supaya terkawal, dan tidak merosakkan segala yang ada kerana marah yang seketika.

Ingat, kata-kata yang dikeluarkan tidak mungkin kembali. Hati yang terluka, sudah diubati walaupun dengan beribu maaf.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila kita gundah, sedih, terluka, kecewa kadangkala kita mengharap perhatian.

Kita akan bertambah kecewa jika perhatian yang kita harapkan itu tidak kita peroleh kan?

Barangkali kita perlu perubahan dalam mengharap kasih dan ikhsan.

Mohonlah pada Allah SWT.

Sesungguhnya Dia tidak pernah mengecewakan.

Tidak ada satu agamapun di dunia ini yang begitu terbuka dalam hubungan antara hamba dan penciptanya selain Islam.

Tidak kira di mana, apa jua ketika, siang dan malam kita boleh memohon dan meminta belas ikhsan dariNya.

Dia yang mendengar dan menyempurnakan segala rintihan jiwa hambaNya tanpa sebarang pra-syarat dan tanpa memerlukan perantara.

Berdoalah wahai teman.

Sesungguhnya doa itu senjata ampuh bagi kita.

Dengan berdoa kita peroleh motivasi, keyakinan dan kekuatan diri.

Mohonlah padaNya

Sesungguhnya Dia maha mendengar, pemurah lagi mengasihani :-)
 
Senyum
 
 Nota Kaki 
 
Macam ada dua tajuk dalam satu post ni kan? hehehe... Slot motivasi ekekeke~
 

No comments: