Draft basi 2


Draft basi 2


Seriously aku tak produktif sejak di Menara Bank Islam ni. Banyak letih, bukan penat buat kerja ..Faham tak? Letih berjalan kaki dari buat kerja. Kerjanya biasa-biasa ja.

Blog pun tak sempat nak update. Bancuh ari pun serius malas. sebab pantry jauh.. nak kena lalu Department lain, Malasnya nak menapak. Al-mathsurat pun tak baca dah. sebab kalau dulu naik KTM dapat duduk, lamaa so ada masa nak baca. Sekarang naik LRT, berdiri je pastu Jalan laju-laju. Mana sempat nak bukak Kitab. even majalah Solusi tu pun tak habis baca lagi.. eeee.. Marah dengan diri sendiri.

Cuma tadi gagahkan diri gi menapak ke pantry buat air Neslo. letak depan PC sambil minum cedok pakai sudu.. Nampak tak bertapa tak produktifnya aku. Rasa tak puas. hishk
Masalah besarr ni.

Hmm memandang dari sudut yang positif, aku dan kawan-kawan kolej ada plan nak bercuti.. Last 3 years kami pergi Langkawi. Lepas habis study. Seronok. Bukan sebab apa, dapat jalan2 tanpa pengawasan ibu bapa hehe..

Now, time fly by.. ada yang dah kawin, ada dah tunang. ada dah yang nak grad. Lifes ups and down.

Kami plan nak pergi Port Dickson jer. Dekat dan murah. Just nak spend time sama-sama. Proposal aku dah buat pun Tunggu masa nak dibentangkan je kat kawan-kawan. Harap semua dapat join.

..teringat malam kemarin aku buat kerja giler.. Post status ala-ala gedik.. Mesti ada yang menyampah. Hahaha.. saja nak tengok reaksi.. Yelah kalau orang lain post takpa, kalau kita yang biasa buat perkongsian Islamic ni kadang-kadang nak post bab-bab personal, orang pandang skeptis.  Kebetulan Sayla tegur aku kat chat room FB, aku tanya dia

Ath : gedik tak status aku
Sayla : hahaha gedik sangattt.
Ath : keh keh keh… :’p

status saya  “ … camane saya nak cakap saya suka awk, sedangkan awk penah cakap awk tengah suka kat seseorang..”

hehehe.. aku pun tak jangka akan post benda-benda camtu, tapi biar la. FB je kan.. bak kata orang, “ suka hati aku la, FB ni FB aku”

Walaupun aku tak setuju dengan statement tu. Selagi ia tak melanggar batas-batas. Tak timbulkan fitnah.. InsyaAllah. Sesekali je untuk lepas tension kan. ishk ishk ishk.. sebab nya kadang-kadang diorang gunakan “Qoute” di atas untuk buat status sesuka hati… 
Tak semestinya kita boleh buat, kita patut buat..

got it?

Well, sejak kebelakangan ni, Jamuan makan tak berhenti. Direct dari Isnin sampai Khamis. HARI-HARI satay. Terbaik. Belum lagi cerita Kambing, Nasi Tomato, Nasi Minyak, Laksa Johor. Spagehti,


Enaugh said.

But still, bila bangun pagi…aku terkial kial nk bergerak ke bilik air.. Ya Allah~ Nikmat apakah yang telah engkau tarik dari hambamu ni?

Seperti biasa, SMS dalam train dengan geng sarapan..  Kalau time semua datang awal tu, apa lagi, open table pagi-pagi. Seronok la ada gang yang suka makan ni.. =)

Hari-hari pun macam ni.. biasa je.  Nothing to jot.

Terkadang terfikir, orang menyampah pulak bila baca …konon la macam baik sangat.. huhu tu yg paling aku tak mau. so aku biarkan je space ni kosong…. Hati ni pun kadang-kadang ada keruh nya… Firewall ada kala ditembusi Virus.

Yea aku tak stable sekarang ni.. You know what, sebanyak mana pun kita rasa kita ada orang untuk dirujuk, untuk teman, untuk bergurau…akhir-akhir nanti.. kita akan rasa diri ni dengan pencipta ja. Just two of us. Allah dan Hamba..

Hambanya yang sering meninggalkan pencipta demi Manusia kemudian ingin cari semula Tuhannya.


Ya Allah, sedang aku berada dalam kekeliruan, kealpaan.. sungguh hati ini jauh dariMu, Namu ya Allah, jika aku benar-benar Ingat padaMu, aku bermohon dengan sesungguh-sungguhnya akan keredhaanMu. Aku mohon semahu mahunya akan kebaikan yang engkau turunkan. Maafkanlah diri ini..Takkala, hambamu solat , sujud kepadaMu, dia ingin sekali merasa kasih yang hakiki..

Draft basi


Ni draft lama.. ingin di simpan/patri dalam "de'minda"
Walaupun dah lama, tetap ingin di post.. :D

....................................................................................

Dear blog,

sorry lama tak jenguk kat sini, Bukan busy sangat tapi letih pindah ke tempat baru. Dari Bukit Damansara ke Jalan Perak. Dari Wisma Bank Islam ke Menara Bank Islam. Dengar macam good News kan? Classy to Urban.

Sedikit melelahkan kerana waktu Jadual perpindahan kami jatuh pada Bulan Ramadhan. Proses pindah randah ni bukan la semudah yang kita sangka. Pack dan Unpack. Wo!
Really exhausted.

Sedar tak sedar, dah hampir sebulan di tempat baru, dari Gombak ke KLCC dan perlu menapak dalam 10 – 15 minit ke Menara ni. Yeap I kinda enjoy walking..but  unknowing how long you would walking with the untold feeling.

First Hipotesis aku, tak ada la jauh mana. Cuma jem dengan orang dalam bangunan KLCC tu.

KLCC huh?! Apa yang nak di banggakan? Kalau kesemua shopping lot/premises nya di miliki oleh non bumi? Kalau macam aku ni, setakat nak pergi makan dan beli Shampoo, bedak, ubat ketiak kat sana boleh la. ngee~

Orang-orang kat Menara ni Nampak macam buat hal masing-masing. Mana taknya. Lif pun asing untuk level 1-15 dan 16-32. Alhamdulillah nasib baik aku kat level 11. Walaupun Lif tak famous. Tapi tak jem sangat. Level 3-9 Parking so hanya beberapa tingkat je ada manusia yang akan memenuhi Lif pada waktu puncak. Waktu balik petang dan waktu pagi.

Masa ni la teringat Bus bank yang dulu sedia menunggu di depan Wisma. Senang amat!. Nah, sekarang berdikari. Berdiri di kaki sendiri, Jalan kaki hari –hari :P

Hari kedua aku dah start Jalan kaki balik dengan “Partner dalam bus” Eida. 

Ath : Ok, jom Jalan laju-laju.
Eida : jom..
Ath : Jalan tak cecah tanah..

Borak macam-macam dengan dia. Sampai tak sedar dah masuk bangunan KLCC untuk tunggu Train.

Eida : Eyh, cepatnya rasa. macam seminit je Jalan dengan athi  ^_^
Ath : yeela tu.. tu termengah-mengah nampak..hehe


So sampai sekarang ni pun kami balik Jalan kaki  sama-sama. Siapa cepat tunggu kat Lobi.. Kak Shima tetap dengan “Alert call”. Happy hour at 6 O’clock. alaaaahhh 20 minit jee pun.