Draft basi 2
Seriously
aku tak produktif sejak di Menara Bank Islam ni. Banyak letih, bukan penat buat
kerja ..Faham tak? Letih berjalan kaki dari buat kerja. Kerjanya biasa-biasa
ja.
Blog pun tak sempat nak update.
Bancuh ari pun serius malas. sebab pantry jauh.. nak kena lalu Department lain,
Malasnya nak menapak. Al-mathsurat pun tak baca dah. sebab kalau dulu naik KTM
dapat duduk, lamaa so ada masa nak baca. Sekarang naik LRT, berdiri je pastu
Jalan laju-laju. Mana sempat nak bukak Kitab. even majalah Solusi tu pun tak
habis baca lagi.. eeee.. Marah dengan diri sendiri.
Cuma tadi gagahkan diri gi
menapak ke pantry buat air Neslo. letak depan PC sambil minum cedok pakai
sudu.. Nampak tak bertapa tak produktifnya aku. Rasa tak puas. hishk
Masalah besarr ni.
Hmm memandang dari sudut yang
positif, aku dan kawan-kawan kolej ada plan nak bercuti.. Last 3 years kami
pergi Langkawi. Lepas habis study. Seronok. Bukan sebab apa, dapat jalan2 tanpa
pengawasan ibu bapa hehe..
Now, time fly by.. ada yang dah
kawin, ada dah tunang. ada dah yang nak grad. Lifes ups and down.
Kami plan nak pergi Port
Dickson jer. Dekat dan murah. Just nak spend time sama-sama. Proposal aku dah
buat pun Tunggu masa nak dibentangkan je kat kawan-kawan. Harap semua dapat
join.
..teringat malam kemarin aku
buat kerja giler.. Post status ala-ala gedik.. Mesti ada yang menyampah.
Hahaha.. saja nak tengok reaksi.. Yelah kalau orang lain post takpa, kalau kita
yang biasa buat perkongsian Islamic ni kadang-kadang nak post bab-bab personal,
orang pandang skeptis. Kebetulan Sayla tegur aku kat chat room FB, aku
tanya dia
Ath : gedik tak status aku
Sayla : hahaha gedik sangattt.
Ath : keh keh keh… :’p
status saya “ … camane
saya nak cakap saya suka awk, sedangkan awk penah cakap awk tengah suka kat
seseorang..”
hehehe.. aku pun tak jangka
akan post benda-benda camtu, tapi biar la. FB je kan.. bak kata orang, “ suka
hati aku la, FB ni FB aku”
Walaupun aku tak setuju dengan
statement tu. Selagi ia tak melanggar batas-batas. Tak timbulkan fitnah..
InsyaAllah. Sesekali je untuk lepas tension kan. ishk ishk ishk.. sebab nya
kadang-kadang diorang gunakan “Qoute” di atas untuk buat status sesuka hati…
Tak semestinya kita boleh buat, kita patut buat..
got it?
Well, sejak kebelakangan ni,
Jamuan makan tak berhenti. Direct dari Isnin sampai Khamis. HARI-HARI satay.
Terbaik. Belum lagi cerita Kambing, Nasi Tomato, Nasi Minyak, Laksa Johor.
Spagehti,
Enaugh said.
But still, bila bangun pagi…aku
terkial kial nk bergerak ke bilik air.. Ya Allah~ Nikmat apakah yang telah
engkau tarik dari hambamu ni?
Seperti biasa, SMS dalam train
dengan geng sarapan.. Kalau time semua datang awal tu, apa lagi, open
table pagi-pagi. Seronok la ada gang yang suka makan ni.. =)
Hari-hari pun macam ni.. biasa
je. Nothing to jot.
Terkadang terfikir, orang
menyampah pulak bila baca …konon la macam baik sangat.. huhu tu yg paling aku
tak mau. so aku biarkan je space ni kosong…. Hati ni pun kadang-kadang ada
keruh nya… Firewall ada kala ditembusi Virus.
Yea aku tak stable sekarang ni..
You know what, sebanyak mana pun kita rasa kita ada orang untuk dirujuk, untuk
teman, untuk bergurau…akhir-akhir nanti.. kita akan rasa diri ni dengan
pencipta ja. Just two of us. Allah dan Hamba..
Hambanya yang sering
meninggalkan pencipta demi Manusia kemudian ingin cari semula Tuhannya.
Ya Allah, sedang aku berada
dalam kekeliruan, kealpaan.. sungguh hati ini jauh dariMu, Namu ya Allah, jika
aku benar-benar Ingat padaMu, aku bermohon dengan sesungguh-sungguhnya akan
keredhaanMu. Aku mohon semahu mahunya akan kebaikan yang engkau turunkan.
Maafkanlah diri ini..Takkala, hambamu solat , sujud kepadaMu, dia ingin sekali
merasa kasih yang hakiki..
No comments:
Post a Comment