Journal : For me to know (c)


Random post

Antara sedar dengan tidak je aktiviti aku memang bertukar.
Dah kurang masuk Mall.
Kalau tak kerana hari-hari kena masuk KLCC untuk tempuh LRT, memang pecah rekod la kut.
Nasib la ada jugak nak cerita kalau orang tanya, boleh goreng aku tau KLCC .. whouh! Bangga yang pura-pura..
Padahal, ….the rest is history

Tak sedar sebab masa berjalan sangat pantas. Jumaat ke Jumaat berganti seakan kerdipan mata.

Itu tandanya hujung dunia kian menyapa.
Takut tak?

Sungguh aku takut.. Masa dan ketika teringat hari yg satu tu. Hati jadi kecut.
Bila dalam keadaan leka lagho tak ingat apa, mana ingat.
Allah… (panjang Nama pencipta disebut dalam hati)

Sekarang ni, Alhamdulillah ada masa hadirkan diri menyelit dalam kuliah2 lepas kerja.. kalau tak ke Danau Kota, Aku ke Darul Murtadza setiap Jumaat.
Memang penat, tapi serta merta lenyap bila hidu bau aroma dalam masjid tu..

Jumaat Lepas, lepas je berjalan kaki dengan Eida dari Office ke Klcc, entah macamana, hati ni tiba-tiba sayu..

Mungkin efek dengar cerita Nadia GA tentang kehidupan dia bekeluarga. Muda lagi Nadia ni.  29 kut.
Aku la pun yang mula bertanya tentang usia perkahwinan dia.
Curious sangat, hambek kau.
Dia cerita yang dia dah kahwin almost 3 years..then every weekend gilir-gilir balik rumah mak dan mak mertua. Pasal small2 things kalau barang hilang tak jumpa kat rumah sendiri, cari kat umah persinggahan.. iaitu umah mak masing-masing, Seronok dengar dia cerita sambil ketawa.
rasa tempias Rasa Bahagia dia.
Tak payah dia nak cakap directly dia Gembira.
Aku boleh cerna sendiri apa.

Sebenarnya bukan itu semata sebab nya, hmm

Then, dalam train, hati membuat permintaan pada minda
Minda kata; Nak rasa “ real soothing bliss feeling” gosh I’m a girl.
What do you expect?!
Of course it an essential.
Berat rasa hati ni… berat permintaan ni wahai hati.

Terkadang rasa , Ajal tu lagi dekat dari Jodoh - Ath88.

Sampai je kat kereta, enjin di hidupkan. tingkap di buka seluas-luasnya.
Nampak sorang demi seorang tuan empunya kereta masuk dalam perut kereta masing-masing. Ada yang berdua.. dan ada yang bersama buah  betik jajan balik kerja.

Tingkap di tutup dan air-cond switched-On
Nyaman. Namun dada terasa sesak. Tanda ada air jernih yang bakal mengalir dari birai mata..
Dibiarkan hati dan minda melawan rasa..
Bila dah rasa lega.. kenderaan memecut ke Masjid Danau Kota.

Harini Kuliah Prof Dr Norhayati
Kenal?

Bila sampai je, Pakir luar semua penuh. Tahu tak aku gamble park mane?
Kat tempat ada tanda “Khas Parking Penceramah”
Cuak jugak, tapi orang dah mula solat kat dalam tu. Redah je.. Nakal kn
Tajuk ceramah : Bahagia sampai Syurga

Pernah tak bila ada masalah, gi dengar kuliah, lepas tu ayat-ayat di sampaikan seakan memujuk hati.
Meresap masuk. Sembuh sebentar. Lerai ikatan kecelaruan dalam kepala.

Sorang-sorang tertunduk bila mata dah mula berkaca.
Konon salin nota guna Handphone.
Hujung jari dah menyeka mata.

Kesimpulannya : I ain't good. No Good… always under construction and process.

Nota Kuliah
Saat yang telah berlalu ( Jauh )
saat akan datang (Never promise)
Sekarang ( Present ) - Hadiah

Cuba Nilai diri kita dan masa yang tiga tu..

p/s : Selalu gi kuliah dengan Sayla & Shazmin.

No comments: