Journal: For me to know (b)


Assalamualaikum.

2 May 2013

Dah lama sangat tak ada deringan telefon mengajak aku makan tengah hari since Kak Shima cuti melahirkan anaknya yang kedua.
Sungguh aku tak salahkan sesiapa. Memang bukan salah sesiapa pun.. dah besar panjang, hanya mengada manja tu je tak habis. Anak sulung memang macamni kot.
Hehh does it make sense?

Padan pun bila aku terperap kat workstation waktu Lunch hour ada suara-suara sarkastik menyapa

Si polan                   : Awak tak keluar makan?
Ath                         : tak, malas laa.. kejap lagi gi kuliah zohor je.
Si polan                   : Kak Shima awak tak ada, patah kaki eh?
 gulp! hoi kasar bahasa .. ( jawapan dalam hati ) namun yang tersuara…                   
Ath                         : haha a’ah Kak Shima je yang rajin ajak saya makan.

Cabut!

Lepak surau lagi bahagia dari berhadapan dengan individu berduri.

Aku just tak nak menggangu kawan-kawan kat department lain.. Yelah, mereka dah ada Gang masing-masing.. kerja pun belambak, kalau aku call tak pasal je  aura serba salah mereka nak menolak permintaan aku gi makan.

Sekali sekala, ada la jugak buzz Eida. Tapi rasa ganggu dia pulak kena makan dengan aku ni. Aku ni pun satu, kalau ramai-ramai tu susah sikit nak adapt. Kang diorang cerita bab yang aku tak faham.. tak ke jadi kambing masuk kandang kerbau. hahahaha..

Deringan telefon berbunyi dan sekilas jam di desktop di pandang sekilas. 12:23 PM

Kak Shima           : Assalamualaikum,

Suara yang amat dikenal. Dah lama tak dengar. Serta merta senyuman terukir.

Ath                         : Waalaikumussalam ..eyy…Kak Shima. Welcome back
Kak Shima               : Kenapa tak call akak? tengok dah tak jadi orang No 1 dah.
Ath                         : siapa No 1?

Dalam kepala dah boleh meneka gerangan yang No 1. tentulah Kak Su the great lady. Ayu je.

Kak Shima              : Kak Su, hehe sebab akak ada order barang tadi. emm Jom makan dah lama tak makan dengan awak.
Ath                        : Ok pukul 1 kan?

Boleh ke nak menolak? Pelawaan kakak sorang tu yang dah lama tak jumpa.
Letak je ganggang telefon, senyuman terbentuk.

See, how a simple call can make people happy? Allah, bagaimanalah agaknya rasa orang bercinta. Tentu lebih bahagia. Sisa Ukhuwah ni pun dah gembira.
Hoi minda tu memang sah philosophy tak bertauliah. ngee~ berjalan je..

Terasa sangat perlukan sokongan sejak 2, 3 minggu kebelakangan ni di tempat kerja bila, dalam department sendiri seakan menghentam motivasi yang selama ni aku bina.
kerja berlambak, dan my upper officer seakan mafia yang reckless .. Sabtu lepas kelas mesti datang office sudahkan kerja. Bila hari biasa, balik lambat. Semuanya di longgok kan atas meja aku tanpa sepatah kata.

Ingat lagi petang Jumaat lepas, 6:40 pm. Aku burst jugak la.. mencurah air mata bila Kak Mimah sendiri datang tempat aku bertanya  “ are u ok? “

Soalan camtu biasanya di ajukan bila mereka tahu aku tak ok.. Hmm past is past kn.. cumanya harap sangat la officer aku sorang ni grow up!

Jumpa Kak Shima first day, dia dah belanja aku makan spagethi, katanya dia dah janji sebab aku tolong dia masa dia dalam pantang.. (Don’t have to mention here)
Mana nak cari kakak camni?

Habis cerita semua keluar dalam masa sejam tu. Dia memilih untuk duduk secara sebelah menyebelah.. senang nak cakap katanya.
Hehe.

Well, I still owe her big things! Big one…
Nantilah…

No comments: