Journal : Isnin

Hi blog..

Jarang la nak post kisah hari Isnin.

Harini , hanya aku dengan Bos je kat office tu.
Bosan. Memang. Tahap gaban.

Pukul 11:00 pagi bos kata dia nak keluar jap. Yang tak tahan tu, katanya nak gi Jalan-jalan.
Wahh bos, kemain lagi.
Tinggal la aku sorang-sorang. Tak tahu nak buat apa, selain kemaskini data dan ada la tiga empat call masuk.

Dalam kepala, Exam, exam exam..

Petang tu tiba-tiba Sayla call.
Hairan juga.. suara di hujung talian dikesan lain.

Ath : Sayla, ko ok ke? kenapa suara macam lain?
Sayla : Ok.. sambil menahan air mata
Ath : cuba cakap dengan aku, siapa buat? yang aku tahu, kalau tak sebab Ridza..siapa lagi?
Sayla : ..aku sedih, aku teringat ..

Huhu.. aku bagi masa dia menangis.. takkan nak terjah dengan soalan-soalan ala wartawan dekat dia time-time ni.
Aku bangun dari tempat duduk dan berjalan menghadap tingkap besar mengadap KL Tower.

Ath : Sayla, dia ada contact ko ke? Anything yang dia cakap buat ko sedih?
Sayla : Aku just teringat. Aku takut... aku tak kuat..

Oh fungsi minda takkala tu seakan gagal. Bab-bab cinta berlainan gender ni, aku memang fail. Sebab diri sendiri pun tak punya kekasih.

Ath : Ko kat mana sekarang? ..(Tanya gaya macam nak datang je.)
Sayla : UM
Ath : Dah solat? & Makan?.. (masa ni, rasa nak ketuk kepala, sebab pantas kerling jam di tangan, hampir pukul 4. Mestilah dah makan & solat.. kot ye pun..haishkk) Gugup pun ada sebenarnya.
Sayla : Dah. Aku tak tau la tirah, kenapa aku lemah sangat. 

Ada lagi sisa - sisa tangisan di hujung talian. Pada waktu tu aku tahu, ayat-ayat nasihat 
"Time will heal"
"The best yet to come"
"sabar ye ada hikmah..ko doa banyak-banyak"

semua ni seakan hanya teori yang tak boleh pakai waktu orang tengah sedih camni. aku hanya meneka la. Sebab tu semua tak keluar. Aku banyak diam..dan dengar..

kalau aku ada kat sana, InshaAllah akan aku pinjamkan bahu untuk dia menangis. Rasa nak peluk kawan sorang ni. 
Ye aku tahu, kita semua pura-pura kuat. Berlagak tabah di luar untuk dapat semangat.
Bila malam, air mata berjuraian kalau tak atas sejadah, atas bantal tekup muka.

Hmm..

Sayla, I know you strong. Fokus Exam ok.

Risau pulak, sebabnya musim exam ni la selalu dia dapat gangguan. Takut tak boleh nk jawap satgi. Nayaa~~~

Sayla : Hmm.. ok
Ath : sorry la, aku tak membantu..
Sayla : ko pun tahu kn, kalau aku dah sampai call ko ni, aku sedih sangat la kn.
Ath : (senyum segaris tanpa perasa).. hmm jangan la pergi tempat-tempat yang banyak kenangan.

Ahh, masa ni aku boleh flash back cerita-cerita dia dengan Ridza, tambah-tambah dah dekat nak Ramdhan. Dia ada la cerita hari-hari dia dengan Ridza berbuka sama-sama. Ridza datang UM nak iftar sama-sama.

Aku yang flashback tanpa mengetahui moment sebenar pun boleh tahu suwiit nya keadaan tu orang bercinta.

Aku yakin. Kalau ada jodoh antara dia dan mamat tu. Allah akan bukak jalan. Cuma sekarang mungkin, dari pihak Ridza, dia tak nak bercouple.

ceyhhh Husnu dzone habis aku ni... yela. Apa-ape2 pun kena positif. Lagi2 lepas Intai2 tweet comment dia. Entah.. Allah je maha mengetahui.

Yakin lah.

Perbualan kami terhenti kerana telefon office berdering..

Nota Hati

Berkata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri mengenai keadaan anak gadis pada hari ini:

"Bagaimanakah anak-anak gadis pada hari ini? Adakah wanita hari ini masih dalam sifat malu mereka atau mereka menanggalkan rasa malu mereka? 


Adakah idola mereka itu masih Saidatina Fatimah Az-Zahra, Saidatina Khadijah Al-Kubra dan Saidatina Aisyah Al-Ridha? Ataupun idola mereka si dia yang menanggalkan rasa malu dan agama?"

Wanita solehah itu dimuliakan Allah dengan ilmu, dan daripadanya lahir juga generasi yang berilmu. Dinukil Al-Habib Muhammad Abdullah Al-Aydrus:
"Wanita yang dimuliakan Allah itu bukan sahaja berilmu, bahkan mereka dapat melahirkan zuriat yang berilmu."


"Al'maratul solehah khairun mina dunya wa ma fiha."
(Wanita solehah itu lebih baik dari dunia dan isinya)






Journal : Jumaat


Ni cerita Hari Jumaat

Jumaat lepas, pagi-pagi lagi memang dah pasang niat nak gi Ta’lim di setiawangsa.
3 ke 4 minggu dah tak jejak kaki ke sana.
Pandang cermin pagi tu masa nak pakai tudung, cakap pada diri.
"Ready for Jumaat? Awak hanya akan dapat luruskan badan keesokkan hari tau".

Biasanya 12:30am lebih kurang baru badan ni dapat jumpa katil.

Masa tengah pin tudung atas bawah, Otak ligat merencana jadual hari tu,
Kerja semua ok. Takda delay.
Kak Shima tak ada.
Kuliah Muslimat pun semalam dapat emel katanya cancel.
Rehat 2 jam nak buat apa agaknya.
Yang lain pun busy dengan hal masing-masing.

Such a lonely girl in a crowded city.
Tengahari tu, ambil makanan yang dah di order kat tingkat 21, terserempak dengan Kak Eja & Norish, diorang ajak gi KLCC.. memang tak la aku nak pi. Cukup la sekali waktu pagi dan petang tempoh KLCC nun.
Tak ada apa yang menarik pun hari Jumaat tu kat office. Semuanya biasa-biasa je..

Cuba bagi tahu aku, camana aku nak cari Nilai dalam rutin harian kalau orang dalam Department ni tak membantu langsung? Haha

Kot la nak ajak sembang pasal pergolakkan Syria or Bulan Ramadhan akan datang ni.
Channel kami tak sama.Diam je la sepi dengan MP3 kat Desktop.

Petang tu pun lagi la hambar,  Member jalan balik pun tak balik sama.
Naik LRT tu rasa macam kat luar negara, tak kenal siapa-siapa. Semua buat hal masing-masing.
Start kereta, memecut laju ke Setiawangsa. Dalam perjalanan
capai Handphone, dail no adik, Loud speaker di pasang. 
Tanya khabar dia walaupun tahu dia sihat walafiat kat sana. Update sikit. Tak lain yang dia cakap, member dia jemput ke kenduri nanti.
Ahh, tu lagi satu “mark besar” dengan “redflag” terpacak atas kepala.
Kahwin!
Aku just cakap, Nak exam ni, doakan ye untuk kakak dia ni.
Malas nak ulas panjang lebar.. Allah belum bagi tanda-tanda.

Sampai je kat Masjid, suhu air cond menyapa muka. Sejuk. Dah ramai jemaah siap dengan telekung, dengan Quran dan Kitab di tangan. Mata meliar sekejap mencari kelibat Raihan, tapi tak nampak..terus ke ruang wuduk.
Lagi 10 minit nak azan Maghrib, sempat la solat Tahiyatul Masjid. Rasa hilang sesak fikiran satu hari tadi.

Lepas je solat Maghrib berjemaah, aku bergerak ke Luar duduk di beranda Masjid untuk tunggu solat Isya’ sambil-sambil tu ingat nak kasi habiskan semuka dua ayat-ayat chenta.

Nampak Raihan dan Kakaknya sedang makan Kebab. Tak tahu macamana nak explain “magnet” dengan Raihan ni. 
Ye, kita rindu pada kawan-kawan.. kalau lama tak jumpa, kita rasa nak sms, WhatsApp, FBing ..Sebab kita kenal dengan kawan kita tu dekat Kolej, sekolah or Office.. tapi dgn kawan yang kita baru kenal, tu pun dekat Masjid. Macamana nk explain eh?!
Seingat aku salam perkenalan pertama kami masa Ta’lim bulanan bulan Feb dulu. Boleh kira berapa kali kami jumpa besua muka. dua or tiga..

Tapi bila kita faham, kita berkawan, bersahabat tu untuk apa, kerana siapa, dekat mana, tak kira bumi mana pun kita tercampak. Pasti tautan tu ada spark. Kalau nak kata aku over describe pun takpe, hanya yang merasai je yang memahami.

Ni nak cerita bab kawan sorang ni, kawan yang lain nanti kita cerita ey.



Nama dia Raihan.

Satu malam, sedang aku bosan-bosan baring atas katil layan buku..

Notification WhatsApp berdering. Ingat siapa la.. bila tgok skrin dari Raihan, cepat di baca, mana tau ada Program Best ke. Panjang WhatsApp text kami malam tu..hampir sejam.

Kami amat jarang contact since bertukar no Telefon haritu. Setakat tanya kat mana dalam Majlis tu..ada la. That’s it. Sikit dan rare sangt..bile dia WhatsApp hari Rabu tu yang agak musykil haha (kening terangkat sebelah)

Dia tanya, Tengah buat apa.. cehh mukadimah yang typical haha
Dah makan? Semua soalan-soalan yang intro semua dia tanya.. then pause sekejap, tgok status dia typing.. then stop.. tak ada plak msg yang masuk..

Then aku tanya dia, macam ada hajat je gaya.. cer cakap ..haha mana tau ada Good News?
Dia kata, tak ada apa-apa, saje je.. dia kata lagi, tiba-tiba teringat..
Dia kata lagi, dia “kangen”..

Haha sweet nyee.. Ya Allah masa tu rasa mcam manis sgt la Ukhuwah tu. Kalau nak cakap Manis macam gula pun tah…tak tahu nak cakap apa.
Gaya orang bercinta? Haha…

Kita baru jumpa orang tu, sekali dua mungkin.. tapi macamana dia hargai kewujudan kita tu yang membuatkan kita suka barangkali. Ye, menghargai. Walau tanpa di minta.. tanpa ada ayat penyata.

Dia sambung lagi, kata dia.. Jumaat akan datang dia tak dapat hadir ke Ta’lim sebab ada company retreat. Then dia add..

“bila nak Hangout? sy mengaku sukela kawan dengan awak”

Haa ayat ni aku copy sebijik dalam text.. bukan ayat angkat bakul ok!.
Masa baca ni, aku senyum sorang-sorang sambil pegang telefon.. hahaha

Kenapa tah jiwang pulak minah ni.. macam cakap kat diri sendiri Jiwang! hopeless..

Dalam hati Syukur pada Allah. Allah ni yang Baik sebenarnya. Yes Indeed. He is sweet & most merciful

Aku reply “Tu la kita jauh la, Allah jarakkan kita”  
SERDANG-KUALA LUMPUR

Raihan : Jauh di mata, dekat di hati
Ath : InshaAllah ada rezeki nnt, jumpa la hehe.. tak leh janji.. sbb nanti tak jadi ^^

Ath : So, tgh tgok Tv ke? cerita apa skg?
Raihan : Dah jarang tgok TV..lepak bilik je
Ath : Sama la, Sep sep..hehe ada la satu dua drama yang folo.

Stop sekejap cari idea nak menyakat dia..

Ath : Ada orang tu kan, kan.. dia lepak bilik then berangan sorang-sorang..hehe
Raihan : haha, mana tau ni.. malunyee..kikiki eleh, org tu pun kn kn kn..
Ath : haha
Raihan : Kantoi

Chatting goes dgn usik mengusik macam budak budak.. :P

Ath : eh, Raihan rehat la, mesti penat Kerja ..kalau dgn saya ni smpai esok pun x tentu lagi hbis..
Raihan : Penat ape nya? Penat tersengih sorang-sorang depan Henpon adela.

Aku monolog dalam hati

Allah atur cantik sgt. Kite tak kenal.. sumpah tak kenal. Tapi tah macamane boleh ada heart binding tu…

Ath : saya tgh tersenyum skg ni.. hehe.. 
Raihan :  saya mengaku, saya senang kwn dgn awk.
Ath :…ouch.. stop stop.. malu laaa nnt bile jumpe..
Raihan : haha
Ath : nnt dtg Majlis Ta’lim saya pakai Niqab.. tak la malu sgt.. ahaha nmpak mata je.. ngee
Tak dapat nak bayangkan camane la diri ni pakai niqab haha
Raihan : Cuba pakai depan cermin.. nampak la
Ath : macam ni (tunjuk icon smiley yang pakai mask jerebu tu) haha

Then .. dua – dua diam… tertidur sampai ke pagi

Itu conversation 2, 3 bulan lepas..

Jumaat  ni, nampak lain kat dia.. cincin yang berkilat di jari manis. Oo oo!!

Raihan, tu ...cincin aku tunjuk pada jari dia.
Dia senyum dan kata, a'ah awal May haritu.

Tahniah kepada dia. Sebab haritu jumpa kami tanya status masing-masing ..dia single aku single. FYI umur dia 27 something..

Sedang dgr ceramah Habib tu, aku pandang kat dia sekilas, then senyum.
Dia kata “Apa?” aku geleng dan fokus pada skrin.
Tak sangka dia faham.

Tiba-tiba dia saje landingkan tangan atas paha kiri aku.. gaya nak sampaikan sesuatu..tapi lambat.
Manja dia ni, sebab selalu nampak dia sandar kepala kat bahu kakak dia..
Tiba-tiba dia slow talk kat telinga  “Jangan risau, percaya pada Allah”

Meresap terus dalam hati.
Aku berpaling pada dia  dan senyum “Thanks”

Kalau dalam majlis macamni, majlis ilmu.. doa banyak2.. nampak apa2 yang baik yang kita suka.. doa minta pada Allah.



Walaupun aku dah selalu sangat dengar, dan dah banyak baca buku pasal waktu2 mustajab doa tapi bila "the right time" tu sampai.. lain rasanya.

Percaya tu bukan setakat kat mulut. Dah ke kita buat? cakap je pandai, tapi risau gundah gulana tu pasai apa?
Athirah Athirah.

haha.. 

Sayla datang dengan Mustika malam tu. Duduk selang 3 orang line yang sama. Dia lebih selesa dengan Mustika.. 
Kalau dengan aku, diam je memanjang.. haha Aku ni serius barangkali. Tak kisah la, asalkan kita bahagia, dia gembira..

Sesekali aku pandang dia, kusyuk mendengar. Kawan sorang tu manja juga.. Keras diluar, rangup di dalam.
Baik, semua baik-baik belaka.

Belum lagi masuk bab kawan yang patuh pada ibu bapa. Sanggup tolong orang, senyum sepanjang masa.
Semua ada. Nak sebut satu-satu.. diorang tahu la siapa dia. :)

hmm

Habib Ali berangkat ke England malam tu jugak lepas Majlis. Pengorbanan pendakwah ni tak kira masa. 
Kita pun sebenarnya punya fungsi yang sama.. cuma cara yang berbeza.. Kita kan dah berikrar hari2 dalam syahadah. so kalau tak buat, ape cerita tu?!

Ok cuba sehabis baik, sampaikan walau sepatah. Satu ayat.. semoga dikira sebagai Usaha :)


Tak habis manis si Raihan ni dekat Ta'lim dia sambung dekat WhatsApp.

harini Ahad birthday dia, aku memang tak tahu langsung. Biasalah FB ada. Tengah scroll2 FB, then nampak orang wish birthday. Aku terus WhatsApp dia wish lima enam kerat.. wish dari hati.. bagi tahu dia dengan tujuan sama-sama mengingati kenyataan "expired date" kita sebagai manusia.

Walau pahit untuk mendapat ucapan sebegitu rupa, tapi dia response sangat positif.

Ada satu ayat dia yang sangat touching, sampai aku pun tak boleh nak create sebegitu rupa.. 

Andai diizinkan Allah, mudah-mudahan kita bertemu di syurga nanti,
sambil mengimbau kenangan di sepanjang perkenalan di Majlis Ta'lim.

Tak ke nak nangis baca ayat harapan macamni? orang yang tahu hakikat kehidupan sementara dan syurga yang kekal selamanya.

Tiba-tiba aku rasa kecil sangat. Betapa dia dah dulu didepan..kayuh laju-laju nak ke syurga.
Allah..

Maaf la ye, bukan sengaja nak gunakan istilah-istilah "macam gudgud" je dalam blog ni. Tapi ni la usaha, didikan aku pada diri sendiri nak masuk Syurga.

contoh la, kalau orang tu nak pergi London, dia selalu la search tempat-tempat, jalan kat sana yang best-best. So ni juga mungkin usaha ciput aku nak ke Sana. 

Tolong jangan alergik ye.