Hi blog..
Jarang la nak post kisah hari Isnin.
Harini , hanya aku dengan Bos je kat office tu.
Bosan. Memang. Tahap gaban.
Pukul 11:00 pagi bos kata dia nak keluar jap. Yang tak tahan tu, katanya nak gi Jalan-jalan.
Wahh bos, kemain lagi.
Tinggal la aku sorang-sorang. Tak tahu nak buat apa, selain kemaskini data dan ada la tiga empat call masuk.
Dalam kepala, Exam, exam exam..
Petang tu tiba-tiba Sayla call.
Hairan juga.. suara di hujung talian dikesan lain.
Ath : Sayla, ko ok ke? kenapa suara macam lain?
Sayla : Ok.. sambil menahan air mata
Ath : cuba cakap dengan aku, siapa buat? yang aku tahu, kalau tak sebab Ridza..siapa lagi?
Sayla : ..aku sedih, aku teringat ..
Huhu.. aku bagi masa dia menangis.. takkan nak terjah dengan soalan-soalan ala wartawan dekat dia time-time ni.
Aku bangun dari tempat duduk dan berjalan menghadap tingkap besar mengadap KL Tower.
Ath : Sayla, dia ada contact ko ke? Anything yang dia cakap buat ko sedih?
Sayla : Aku just teringat. Aku takut... aku tak kuat..
Oh fungsi minda takkala tu seakan gagal. Bab-bab cinta berlainan gender ni, aku memang fail. Sebab diri sendiri pun tak punya kekasih.
Ath : Ko kat mana sekarang? ..(Tanya gaya macam nak datang je.)
Sayla : UM
Ath : Dah solat? & Makan?.. (masa ni, rasa nak ketuk kepala, sebab pantas kerling jam di tangan, hampir pukul 4. Mestilah dah makan & solat.. kot ye pun..haishkk) Gugup pun ada sebenarnya.
Sayla : Dah. Aku tak tau la tirah, kenapa aku lemah sangat.
Ada lagi sisa - sisa tangisan di hujung talian. Pada waktu tu aku tahu, ayat-ayat nasihat
"Time will heal"
"The best yet to come"
"sabar ye ada hikmah..ko doa banyak-banyak"
semua ni seakan hanya teori yang tak boleh pakai waktu orang tengah sedih camni. aku hanya meneka la. Sebab tu semua tak keluar. Aku banyak diam..dan dengar..
kalau aku ada kat sana, InshaAllah akan aku pinjamkan bahu untuk dia menangis. Rasa nak peluk kawan sorang ni.
Ye aku tahu, kita semua pura-pura kuat. Berlagak tabah di luar untuk dapat semangat.
Bila malam, air mata berjuraian kalau tak atas sejadah, atas bantal tekup muka.
Hmm..
Sayla, I know you strong. Fokus Exam ok.
Risau pulak, sebabnya musim exam ni la selalu dia dapat gangguan. Takut tak boleh nk jawap satgi. Nayaa~~~
Sayla : Hmm.. ok
Ath : sorry la, aku tak membantu..
Sayla : ko pun tahu kn, kalau aku dah sampai call ko ni, aku sedih sangat la kn.
Ath : (senyum segaris tanpa perasa).. hmm jangan la pergi tempat-tempat yang banyak kenangan.
Ahh, masa ni aku boleh flash back cerita-cerita dia dengan Ridza, tambah-tambah dah dekat nak Ramdhan. Dia ada la cerita hari-hari dia dengan Ridza berbuka sama-sama. Ridza datang UM nak iftar sama-sama.
Aku yang flashback tanpa mengetahui moment sebenar pun boleh tahu suwiit nya keadaan tu orang bercinta.
Aku yakin. Kalau ada jodoh antara dia dan mamat tu. Allah akan bukak jalan. Cuma sekarang mungkin, dari pihak Ridza, dia tak nak bercouple.
ceyhhh Husnu dzone habis aku ni... yela. Apa-ape2 pun kena positif. Lagi2 lepas Intai2 tweet comment dia. Entah.. Allah je maha mengetahui.
Yakin lah.
Perbualan kami terhenti kerana telefon office berdering..
Nota Hati
Berkata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri mengenai keadaan anak gadis pada hari ini:
"Bagaimanakah anak-anak gadis pada hari ini? Adakah wanita hari ini masih dalam sifat malu mereka atau mereka menanggalkan rasa malu mereka?
Adakah idola mereka itu masih Saidatina Fatimah Az-Zahra, Saidatina Khadijah Al-Kubra dan Saidatina Aisyah Al-Ridha? Ataupun idola mereka si dia yang menanggalkan rasa malu dan agama?"
Wanita solehah itu dimuliakan Allah dengan ilmu, dan daripadanya lahir juga generasi yang berilmu. Dinukil Al-Habib Muhammad Abdullah Al-Aydrus:
"Wanita yang dimuliakan Allah itu bukan sahaja berilmu, bahkan mereka dapat melahirkan zuriat yang berilmu."
"Al'maratul solehah khairun mina dunya wa ma fiha."
(Wanita solehah itu lebih baik dari dunia dan isinya)
No comments:
Post a Comment