Ni cerita Hari Jumaat
Jumaat lepas, pagi-pagi lagi
memang dah pasang niat nak gi Ta’lim di setiawangsa.
3 ke 4 minggu dah tak jejak kaki
ke sana.
Pandang cermin pagi tu masa nak
pakai tudung, cakap pada diri.
"Ready for Jumaat? Awak hanya akan
dapat luruskan badan keesokkan hari tau".
Biasanya 12:30am lebih kurang baru
badan ni dapat jumpa katil.
Masa tengah pin tudung atas
bawah, Otak ligat merencana jadual hari tu,
Kerja semua ok. Takda delay.
Kak Shima tak ada.
Kuliah Muslimat pun semalam dapat
emel katanya cancel.
Rehat 2 jam nak buat apa agaknya.
Yang lain pun busy dengan hal
masing-masing.
Such a lonely girl in a crowded
city.
Tengahari tu, ambil makanan yang
dah di order kat tingkat 21, terserempak dengan Kak Eja & Norish, diorang
ajak gi KLCC.. memang tak la aku nak pi. Cukup la sekali waktu pagi dan petang
tempoh KLCC nun.
Tak ada apa yang menarik pun hari
Jumaat tu kat office. Semuanya biasa-biasa je..
Cuba bagi tahu aku, camana aku
nak cari Nilai dalam rutin harian kalau orang dalam Department ni tak membantu
langsung? Haha
Kot la nak ajak sembang pasal
pergolakkan Syria or Bulan Ramadhan akan datang ni.
Channel kami tak sama.Diam je la
sepi dengan MP3 kat Desktop.
Petang tu pun lagi la
hambar, Member jalan balik pun tak balik
sama.
Naik LRT tu rasa macam kat luar
negara, tak kenal siapa-siapa. Semua buat hal masing-masing.
Start kereta, memecut laju ke
Setiawangsa. Dalam perjalanan
capai Handphone, dail no adik,
Loud speaker di pasang.
Tanya khabar dia walaupun tahu dia sihat walafiat kat sana.
Update sikit. Tak lain yang dia cakap, member dia jemput ke kenduri nanti.
Ahh, tu lagi satu “mark besar” dengan
“redflag” terpacak atas kepala.
Kahwin!
Aku just cakap, Nak exam ni,
doakan ye untuk kakak dia ni.
Malas nak ulas panjang lebar.. Allah belum bagi tanda-tanda.
Sampai je kat Masjid, suhu air
cond menyapa muka. Sejuk. Dah ramai jemaah siap dengan telekung, dengan Quran
dan Kitab di tangan. Mata meliar sekejap mencari kelibat Raihan, tapi tak
nampak..terus ke ruang wuduk.
Lagi 10 minit nak azan Maghrib,
sempat la solat Tahiyatul Masjid. Rasa hilang sesak fikiran satu hari tadi.
Lepas je solat Maghrib berjemaah,
aku bergerak ke Luar duduk di beranda Masjid untuk tunggu solat Isya’
sambil-sambil tu ingat nak kasi habiskan semuka dua ayat-ayat chenta.
Nampak Raihan dan Kakaknya sedang
makan Kebab. Tak tahu macamana nak explain “magnet” dengan Raihan ni.
Ye, kita
rindu pada kawan-kawan.. kalau lama tak jumpa, kita rasa nak sms, WhatsApp,
FBing ..Sebab kita kenal dengan kawan kita tu dekat Kolej, sekolah or Office..
tapi dgn kawan yang kita baru kenal, tu pun dekat Masjid. Macamana nk explain eh?!
Seingat aku salam
perkenalan pertama kami masa Ta’lim bulanan bulan Feb dulu. Boleh kira berapa kali kami jumpa besua muka. dua or tiga..
Tapi bila kita faham, kita
berkawan, bersahabat tu untuk apa, kerana siapa, dekat mana, tak kira bumi mana
pun kita tercampak. Pasti tautan tu ada spark. Kalau nak kata aku over describe
pun takpe, hanya yang merasai je yang memahami.
Ni nak cerita bab kawan sorang
ni, kawan yang lain nanti kita cerita ey.
Nama dia Raihan.
Satu malam, sedang aku
bosan-bosan baring atas katil layan buku..
Notification WhatsApp berdering.
Ingat siapa la.. bila tgok skrin dari Raihan, cepat di baca, mana tau ada Program
Best ke. Panjang WhatsApp text kami malam tu..hampir sejam.
Kami amat jarang contact since
bertukar no Telefon haritu. Setakat tanya kat mana dalam Majlis tu..ada la.
That’s it. Sikit dan rare sangt..bile dia WhatsApp hari Rabu tu yang agak
musykil haha (kening terangkat sebelah)
Dia tanya, Tengah buat apa.. cehh mukadimah yang typical haha
Dah makan? Semua soalan-soalan
yang intro semua dia tanya.. then pause sekejap, tgok status dia typing.. then
stop.. tak ada plak msg yang masuk..
Then aku tanya dia, macam ada
hajat je gaya.. cer cakap ..haha mana tau ada Good News?
Dia kata, tak ada apa-apa, saje
je.. dia kata lagi, tiba-tiba teringat..
Dia kata lagi, dia “kangen”..
Haha sweet nyee.. Ya Allah masa
tu rasa mcam manis sgt la Ukhuwah tu. Kalau nak cakap Manis macam gula pun
tah…tak tahu nak cakap apa.
Gaya orang bercinta? Haha…
Kita baru jumpa orang tu, sekali
dua mungkin.. tapi macamana dia hargai kewujudan kita tu yang membuatkan kita
suka barangkali. Ye, menghargai. Walau tanpa di minta.. tanpa ada ayat penyata.
Dia sambung lagi, kata dia..
Jumaat akan datang dia tak dapat hadir ke Ta’lim sebab ada company retreat.
Then dia add..
“bila nak Hangout? sy mengaku sukela kawan
dengan awak”
Haa ayat ni aku copy sebijik
dalam text.. bukan ayat angkat bakul ok!.
Masa baca ni, aku senyum sorang-sorang sambil pegang telefon..
hahaha
Kenapa tah jiwang pulak minah ni.. macam cakap kat diri sendiri Jiwang! hopeless..
Dalam hati Syukur pada Allah.
Allah ni yang Baik sebenarnya. Yes Indeed. He is sweet & most merciful
Aku reply “Tu la kita jauh la,
Allah jarakkan kita”
SERDANG-KUALA LUMPUR
Raihan : Jauh di mata, dekat di
hati
Ath : InshaAllah ada rezeki nnt,
jumpa la hehe.. tak leh janji.. sbb nanti tak jadi ^^
Ath : So, tgh tgok Tv ke? cerita
apa skg?
Raihan : Dah jarang tgok TV..lepak
bilik je
Ath : Sama la, Sep sep..hehe ada
la satu dua drama yang folo.
Stop sekejap cari idea nak
menyakat dia..
Ath : Ada orang tu kan, kan.. dia
lepak bilik then berangan sorang-sorang..hehe
Raihan : haha, mana tau ni..
malunyee..kikiki eleh, org tu pun kn kn kn..
Ath : haha
Raihan : Kantoi
Chatting goes dgn usik mengusik
macam budak budak.. :P
Ath : eh, Raihan rehat la, mesti
penat Kerja ..kalau dgn saya ni smpai esok pun x tentu lagi hbis..
Raihan : Penat ape nya? Penat
tersengih sorang-sorang depan Henpon adela.
Aku monolog dalam hati
Allah atur cantik sgt. Kite tak
kenal.. sumpah tak kenal. Tapi tah macamane boleh ada heart binding tu…
Ath : saya tgh tersenyum skg
ni.. hehe..
Raihan : saya mengaku, saya senang kwn dgn awk.
Ath :…ouch.. stop stop.. malu
laaa nnt bile jumpe..
Raihan : haha
Ath : nnt dtg Majlis Ta’lim
saya pakai Niqab.. tak la malu sgt.. ahaha nmpak mata je.. ngee
Tak dapat nak bayangkan camane la
diri ni pakai niqab haha
Raihan : Cuba pakai depan
cermin.. nampak la
Ath : macam ni (tunjuk icon
smiley yang pakai mask jerebu tu) haha
Then .. dua – dua diam… tertidur
sampai ke pagi
Itu conversation 2, 3 bulan
lepas..
Jumaat ni, nampak lain kat dia.. cincin yang
berkilat di jari manis. Oo oo!!
Raihan, tu ...cincin aku tunjuk pada jari dia.
Dia senyum dan kata, a'ah awal May
haritu.
Tahniah kepada dia. Sebab haritu
jumpa kami tanya status masing-masing ..dia single aku single. FYI umur dia 27
something..
Sedang dgr ceramah Habib tu, aku
pandang kat dia sekilas, then senyum.
Dia kata “Apa?” aku geleng dan
fokus pada skrin.
Tak sangka dia faham.
Tiba-tiba dia saje landingkan tangan atas
paha kiri aku.. gaya nak sampaikan sesuatu..tapi lambat.
Manja dia ni, sebab selalu nampak dia sandar kepala kat bahu kakak dia..
Tiba-tiba dia slow talk kat
telinga “Jangan risau, percaya pada
Allah”
Meresap terus dalam hati.
Aku berpaling pada dia dan senyum “Thanks”
Kalau dalam majlis macamni,
majlis ilmu.. doa banyak2.. nampak apa2 yang baik yang kita suka.. doa minta
pada Allah.
Walaupun aku dah selalu sangat
dengar, dan dah banyak baca buku pasal waktu2 mustajab doa tapi bila "the right time" tu sampai.. lain rasanya.
Percaya tu bukan setakat kat mulut. Dah ke kita buat? cakap je pandai, tapi risau gundah gulana tu pasai apa?
Athirah Athirah.
haha..
Sayla datang dengan Mustika malam tu. Duduk selang 3 orang line yang sama. Dia lebih selesa dengan Mustika..
Kalau dengan aku, diam je memanjang.. haha Aku ni serius barangkali. Tak kisah la, asalkan kita bahagia, dia gembira..
Sesekali aku pandang dia, kusyuk mendengar. Kawan sorang tu manja juga.. Keras diluar, rangup di dalam.
Baik, semua baik-baik belaka.
Belum lagi masuk bab kawan yang patuh pada ibu bapa. Sanggup tolong orang, senyum sepanjang masa.
Semua ada. Nak sebut satu-satu.. diorang tahu la siapa dia. :)
hmm
Habib Ali berangkat ke England malam tu jugak lepas Majlis. Pengorbanan pendakwah ni tak kira masa.
Kita pun sebenarnya punya fungsi yang sama.. cuma cara yang berbeza.. Kita kan dah berikrar hari2 dalam syahadah. so kalau tak buat, ape cerita tu?!
Ok cuba sehabis baik, sampaikan walau sepatah. Satu ayat.. semoga dikira sebagai Usaha :)
Tak habis manis si Raihan ni dekat Ta'lim dia sambung dekat WhatsApp.
harini Ahad birthday dia, aku memang tak tahu langsung. Biasalah FB ada. Tengah scroll2 FB, then nampak orang wish birthday. Aku terus WhatsApp dia wish lima enam kerat.. wish dari hati.. bagi tahu dia dengan tujuan sama-sama mengingati kenyataan "expired date" kita sebagai manusia.
Walau pahit untuk mendapat ucapan sebegitu rupa, tapi dia response sangat positif.
Ada satu ayat dia yang sangat touching, sampai aku pun tak boleh nak create sebegitu rupa..
Andai diizinkan Allah, mudah-mudahan kita bertemu di syurga nanti,
sambil mengimbau kenangan di sepanjang perkenalan di Majlis Ta'lim.
Tak ke nak nangis baca ayat harapan macamni? orang yang tahu hakikat kehidupan sementara dan syurga yang kekal selamanya.
Tiba-tiba aku rasa kecil sangat. Betapa dia dah dulu didepan..kayuh laju-laju nak ke syurga.
Allah..
Maaf la ye, bukan sengaja nak gunakan istilah-istilah "macam gudgud" je dalam blog ni. Tapi ni la usaha, didikan aku pada diri sendiri nak masuk Syurga.
contoh la, kalau orang tu nak pergi London, dia selalu la search tempat-tempat, jalan kat sana yang best-best. So ni juga mungkin usaha ciput aku nak ke Sana.
Tolong jangan alergik ye.
No comments:
Post a Comment