mengata

wah wah suke hati je kau cakap aku cam budak2 ea.. hmm kalau ye pon, xdose pon kan.. haha
ayat die camni " awak, boleh tak, jadi seorang yang serius .. jgn cam budak2, .."

hey, excuse me, i'm 21 goin up 22 this june ok.. ok la tu, mmg kena la aku cam budak2 pon, xkn la nk cam die yg klasik hbis, cakap macam nk bagi ceramah forum perdana tu.. well, atleast aku x de complain pon..
terima je :) haha
bnyak bunyi la die tu..

hmm kes parah btul mamat tu, kalau tak hangkat bile die kol, siap la kena soal macam dlm mahkamah,
1) knapa tak angkat ?
2) awk pergi mane?
3) busy sgt ker?
4) sy kol bnyk kali tau, knape?pergi mne?

bla bla bla blaaaa..
tu belom masuk ayat perli die.. "sy rse dah 21 kali awk termissed my called," agaknye HP awk tu simpan dlm almari baju kot"
hishkkk... die igt aku ni jnis kehulu-kehilir dgn HP ker? dah die kol wrong timing.. laen kali buat jadual wktu untuk telefon haha...

leceh gak la berhubung dgn org yg jenis camtu, Klasik mgalahkan zaman kesultanan melayu melaka, Cerewet cam sultan mansur shah. Besar sgt mandat dan daulat kau ker? heee :P

bukan tak suka, kadang2 je, Melampaui batas..

Smlm merajuk, off HP, pastu kol balik.. ajak teman gi mkn, nak x nak teman la gak..
nasib die dtg selayang..
ngada-ngada...

alasan die, ahad ni dia nk kena pi kerja jauh..3 minggu.. so ni kire wajib laa..
kalau boleh die nk suh hntar die ke KL sentral la ape laa.. xmo aku!

satu je i was regret, he is not romantic as i expect to be... nasib laaa.. :P
keras kepalaaaaaaaaaa <<< yer dia la orgnye!! enough said..

mintak ampun mgata dlm blog ni.. hehe

lantak

okey, ni kisah chenta i think...
dah lame x buka hearty kat siapa2,
but
once i open it, i open it with wide open... but it doesnt mean he can do as he like...

i try to consider every single request from him, tapi jangan la merepek sgt, merepek smpai luar alam punye permintaan..
kalah anak raja~

Kalau ini la yg terpksa dilalui dlm perhubungan, i rather be alone, becoz i dont think you the one Allah set to be with me, astghfirullahalazim, i just feel very bad now!
hurmm.. dulu senang je ckp kt orang, 'ilex laa, sabar"
..dan bile terkena kt batang hidung sndri, baru tahu.

To be positive, maybe i'm not ready for the relationship... i just dont understand, knapa harus argue for the smallest thing, bukan ke patot kite cari jalan untuk menyetujui setiap perbalahan, bukan nye nk cari kemenangan...

Jiwa yang PasRaH brtukar HaLuaN seLaGi eSoK maSiH ada, kekeCeWaaN pstikan SemBuh SeLagi IMAN terseLit didada

ayat ni sgt kena kowt untuk aku skg...
to Allah you should turn, coz Allah never leave you..

terasa sgt lemah, coz time susah camni beu btul2 nk igt "Pencipta Cinta"

hmm
apa rahsia terbesar dalam hidup ini? Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

resah geLisah...

Resah. Gelisah. Seraut Wajah termenung jauh.

"Orang Lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja." Sekeping hati bermonolog.
Monolog itu itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun Pasal GAJI aku tak seberapa ke?"


"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat diminda muda-mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress, dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, Remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumahtangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu wahai remaja tanda sayangku yang tidak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. yakinlah.

Jangan risau jika masih belum, berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Bagitu juga buat pemuda yang belum berpunya, "first thing first".
Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha.

Ingat usaha yang Allah redha sahaja.
Bagaimana?
Dengan sms siang malam?
Atau bergayut ditelefon memanjang?
Atau ajak keluar, belanja makan?
Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu-bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana.
Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti.
Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.
Wahhu 'alam.

versus-HLOVATE




sgt suka buku ni...
1st thing yg aku kagum, dia habiskan 5 tahun nk siapkan buku ni, 5 tahun beb. lamaa tu. sgat.! gaya bahasa yg sempoi dan bersahaja, tue yang aku jatuh Chenta ngn buku tulisan dia ni.
bnyk sgt nk ckp pasal dia ni, xtau nk tulis yg mana satu dulu,
ok ok bertenang athirah! tarikkk nafasss.. hembuss... huihhh... :D

OK camni, aku x pasti la dia ni lelaki ke perempuan, tp dari gaya tulisan cam perempuan. dia dah tulis beberapa karya, satu, TUNAS ,Aa+Bb, dan kini aku dah bace VERSUS..
nk cite ni, cover xde la gempaq mane, biase2 jer, illustration skaters. xkesah laa..
yg penting isi...

mase mula2 selak page pertama die tulis camni :

*buat awak yg mahu berubah, berubahla walaupun payah, berubahla kepada hidup yang lebih indah, hidup dan masa sekai cuma, sanggup ke nak sia-siakan tanpa RedhaNya?..*

tak ke terkesimaa baca ayat camni? persoalan yg sepatutnye difikirkan lamaa dulu oleh kita kita ni.. tapi tak tau la korang.. bagi aku ye yes !
buku ni semacam memberi kekuatan, sbgai rujukan skit-skit..
as an escaptism in this chaos world.. even in malaysia yg org ckp sbgai negara islam.. yeke? insyallah..

VERSUS -the hardest battle is when you're against yourself.. through and through...
berubah kpada yang baik.. sbagi contoh, linkim park VS Sami Yusoff/maher zain, Hitz.fm VS Ikimfm..... anda faham tak??

camni, perkara yang kita dah terbiasa, dah jadi darah daging tapi perkara tu bukan yg sepatutnya kita jadikan amalan.. sbb dah terbiasa, susah nk berubah.. haaa perkara camni yang HLOVATE ni nak sampaikan...

Selain tu, aku suka cara dia explain feeling kalau die touch love love part, she just too good , not over and really jaga apa yg patot diperkatakan...
dia xbuat org yg baca smpai berkhayal xsedar dri dgn love story yg "over"..

hmm.. aku igat salah satu kata2 dia yg aku suka : "doa tu wireless, coverage dia satu universe"
see.... bnda2 yg kita terlepas pandang.. yg begitu besar maknanya.. simple~ subhanallah.

owh there is another : "AL-Quran ni umpama LOVE Latter Allah kpada Hambanya"...
meremang bulu roma baca.. yaAlah sgt tepat.. sbb alquran ni ialah penawar dan sebgai sgala jawapan yg kita cari..

dari novel ni la aku mengerti, yang untuk bercinta, kte kena tgok dri kita dulu, ye betul, smua org nak yg terbaek, but have u ever look into yourself first to be deserve to someone u like?
HLOVATE, describe bnda ni dlm watak dlm VERSUS, dimana, AO dan Min saling memperbaiki diri, walau diri sarat menanggung rindu.. cinta yang tidak dilafazkan .. seperti org2 skang, i love you tu ujung bibir je... dan x tahu camane nk tahu samada dia betul2 maksudkannya atau tak..
smpai demam-demam Min bile die tak pasti dgn status dorang, apabila dia tgok perubahan AO.. simpan perasaan . Yakin bhawa Allah mengetahui sgalanya.. Usaha dorang tu yang kita patot contoh.. tapi ini semua berbalik kpada hati, hati kita ni smua milik pencipta kita

.. dan sesungguhnya allahla yang berhak memberi petunjuk...

Berbalik kpada objektif yang aku faham tentang VERSUS ni, kalau nk berubah tu, kena semangat! you dont have to buang hobby korang, tak perlu menjauhi kawan2 korang, tak perlu extreamly change but, change by your heart, when you see the beuty inside of somthing, you will knew how to react..
change to be good is not a crime

dlm versus ni jugak suruh kita semua, faham apa yg kita baca dlm solat... betul ramai yg solat, tapi still buat yg ditegah.. sbb apa? sbb kita x faham apa yg kita dah ckp dgn allah dlm solat kita? kalau kita mungkir janji dgn org, org mesti marah kan.. ini kan pula pencipta kita, apa yg kita ckp , dan kita tak buat, betapa marahnya Dia dgn kita? tp subhanallah, Dia maha pengampun.. masih memberi kita peluang.. besar btul rahmatNya.

It takes more than a day, kalau bunga tu nk bercambah...Even a pearl is not cultured overnight.
You'll never reach perfection because theres always room for improvement...yet all the way to perfection you'll learn to get better...

VERSUS, membuatkan aku terpanggil untuk membuka chapter baru dlm hidup aku..
analogi die sgt Wow.. die bukan novelist, she more like storyteller to me...
i want to start anew, even witout you... here refer yang dorang berubah bukan kerana seseorang.. but untuk diri sendri, krana Allah.. pahala dah ada kat situ.

.... bukan mudah untuk berubah, dari tanpa arah ke menghadap sejadah..

there's aways a dilemma when it comes to choosing....


lepas ni nak baca 5 TAHUN 5 BULAN pulakkk... =)
skadar berkongsi... terpulang kpada pemahaman masing2..ok

xde ape pon laa

ehem.. dah lame x menulis di blog ku ni...
harini x tahu smagat ape yg dtg, aku terpanggil untuk mencurahkan rasa yg ada di hati dan fikiran yg terbit diminda ni..

seawal 8 pagi wktu malaysia (mestila m'sia, warganegara kowt =) hehe) aku dah online, tgah syok2 browse facebook bace status kengkawan, tetibe ternmpak plak pic seseorang yg pernah menjadi pooojaaan hatiiku suatu ketika dulu, Terkejut+Takpercaya+Sedih+Menyampah pon adaa.. nk tahu pic ape? Pic die bergambar dgn seseorang.. wow, seksi.. intim... tp cepat-cepat hati aku tersenyum, well athirah, He proved that he didn't DESERVE you!! what a life he have. Pada ketika ini la, lagu Maher Zain berkumandang di telinga aku, yelaa sbb aku slalu surf internet, headphone mmg sumbat telinga punye! Subhanallah, aku kuat! tak macam dulu...alhamdulillah..

insyaAllah..
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side..
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray

Lirik lagu ni sgt menenangkan.. Thank you!
hmmmm... kesian kesian,

kesian dekat mak ayah dia, aku kenal kluarga dia.. jemaah surau! baek orangnye~
Smoga dia akan sedar dan dan.. argh entah laa.. dia kan dah besar, dia tau la ape yg dia buat.

hmm.. smLam sedang org laen rancang tgok "mlm citrawarna, dramaTV3,konsert AF" aku ley plak terleka tgok drama kt astro Oasis "mencari Nur Khadijah"...
spiritual drama sLot, well, i'm attached to this kind of drama. yes i prefer!!
kalau ada sesape yg pernah tgok, mgkin penerimaan dan pemahaman masing2 berbeza, so do i..

ok, ape yg ak faham, critanye berkenaan bgaimana mulanye seorang lelaki berkawan dgn seorang wanita, dan dugaan dtg, dia terpksa korbankan sgaLa rasa dan kemahuannya krana dugaan tu. Dia rase dia tak layak untuk wanita itu slepas ape yg dia lalui.
Dia membawa diri ke Mekah untuk mendapat ketenangan, disitu dia tak sedar yg dia kerap berseLisih dgn seseorang.
Skembalinya dia dimalaysia, dia mendapat tawaran bekerja (org teraniaya slalu dilindungi Allah) owner syarikat tu nk jdohkan anaknye dgn mamat ni..aYah dia yg buat smua kerja merisik dan meminang, mcm kisah rasullullah dan siti khadijah. Scara kbetulan dan ketentuan, bekas kekasih lelaki ni adik kpada isteri dia. Dugaan lg tuu... boley bayangkan camana nk hidup sbagi kluaga dgn bekas kekasih yg hilang tak de berita sbgai abang ipar? susahkan.. put yourself in her situation, she almost nk larikan dri , dan bila semua dah buat pengakuan , keadaan menjdi aman.

This girl yg berkorban demi kakak tersayang. sgt kuat dan sweet.
nak meleleh gak la air mata tgok.

dah lame aku pasang niat nk gi Umrah, tapi slain masalah budget, dgn siapa aku nk pergi? smam ak dah ajak my sister. kiteorng plan nk gi tahun depan, Insyallah..

Susah nk describe rase dan ape yg aku fikirkan ..kerana, Life is ongoing process, kita sentiasa berhadapan dgn cabaran dlm mencari kebaikan, walau sekuatmana pon semangat kita nk jadi baek, betul betul baek ada je here and there siLap. yaAllah,.. how?
I'm talking abaout how to change myseLf to be a better person, istiqamah dlm kebaikan.. terkadang, aku sbgai hamba terlupa dan lalai.. kerdilnya diri , layak ke nk ke " jannahNya"
hmmm