Bukan bukan

Dah lama sebenarnya saya nak terangkan perkara ni,
Ada beberapa orang secara tepat 5, 6 orang je sebenarnya tanya.

Awak ni budak sekolah agama ke dulu.
Saya kata: taklah.. dulu tak pandai , sebab tu tak dapat masuk sekolah Integrasi yang orang dok cakap tu.

Jadi awak ni aliran sastera ye? 
saya gelak, dan kata ; tak lah.. dulu saya mane suka sastera ni, setakat Bahasa Melayu pemahaman & penulisan yang wajib dalam silibus SPM tu ok la A1 hehe

mane la reti sastera hikayat merong mahawangsa tu bagai.
aci redah je  sebut.. betul ke ada hikayat tu? hentam je..


Habis tu? 
oh dulu masa Sekolah, waktu PMR saya ter-pandai sikit..,
jadi cikgu masukan saya ke Aliran sains tulen. Pure science, bunyi macam hebat jew. tak lah

Tak boleh la masuk dengan kimia bagai tu, setakat biologi and fizik tu boleh la lagi .

Saya minat Teori.

Dengar orang cakap siapa amik aliran sains ni pandai.
Entah, saya tak rasa macam tu.. sengal-sengal je kawan-kawan saya.. 
tapi lepas la ke German, Jepun , UK, US.. tuu..



saya je di takdirkn di Malaysia. hehe tu pun tak sambung habis.
Entah, Allah dah susun macamni. itu yang terbaik rasanya.Alhamdulillah saya gembira disini

saya tanya dia semula, kenapa tanya saya aliran sastera? 
Dia kata, saya baca dekat Blog awk  gaya macam busak sastera je?

Tu puji ke perli? hahah

Tak kesah laa.. tapi saya tak panjangkan perbualan tu sebab dah mengantuk.

Ingin saya jelaskan disini

saya menulis kerana

  • ingin mengekspresikan diri 
  • ingin meluahkan rasa dengan penulisan
  • ingin membetulkan persepsi saya 
  • perlu kekuatan untuk meneruskan langkah
  • saya tak berapa pandai berkata-kata jadi saya menulis..
  • inginkan jawapan
  • untuk motivasi diri
  • sebagai medium untuk "Hijrah"
  • saya tak da harta berjuta-juta, jadi jika dengan Blog penulisan saya ni bolehla dijadikan kenang-kenangan
  • saya ada minat seorang penulis muda ni. Dia memberi Inspirasi ..hehe
  • dan semestinya menulis ni sebahagian dari Ilmu, Tarbiyah..menyampaikan..
Cukup tak alasan-alasan saya ni?
saya tak tahu bila saya mula cintakan penulisan, Bila saya jatuh cinta dengan Buku.
Bila saya ingat-ingat balik zaman sekolah dulu, punyalah payah nak bukak buku.
Time exam baru la kelam-kabut nak cari page itu ini.
Haha

tu la orang cakap, jangan tak suka , nanti terus terpikat hehe ada ke peribahasa camtu?
tak ada rasanya...

saya menulis secara general, kadang-kadang saya serius.. kadang-kadang saya menulis dengan apa yang saya rasa. Simple.

Ok lah, saya akan berehat untuk beberapa ketika.. Esok my sis akan pulang ke rumah so, no privacy.. kalau ada pun sekejap. Saya malu la kalau menaip di blog jika ada orang tengok.

hehe sampai disini dulu..
 
sedikit doa :

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu hanya Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

No comments: