Agak lama tak online. Status FB, Entri Blog pun tak update.
cursor terletak di Whats on your mind facebook..laju je tangan ni type;
you can't control your emotion, but you can always control your action. Jadi kemana sebenarnya nak dibawa semua rasa ni ??
uishh deep nye kata-kata
dah tak tahu nak tengok apa dekat Facebook tu, sebab dah seminggu tak bukak. Ya Allah, banyak nya yang terlepas.. Bersarang!! Rasa tak larat nak scroll older posts
Tapi itu semua bukan yang saya 'Nak' sangat tengok..
cuma, mana la tahu kalau-kalau ada kawan yang dah kahwin, bertunang, kemalangan, itu yang perlu tahu.
Minggu yang panjang rasanya. Macam-macam perkara terjadi .
Yang gembira
Yang mendukacita
Rasa nak luahkan semua. tapi tak tahu mana nak mula.
Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi maha Penyayang
Saya tak dapat lupakan hari semalam, semalam punya semalam pun.
semalam handphone kesayangan saya hilang, Hilang diambil orang.
Bagaimana ia hilang?
Bagaimana saya boleh tahu kerana dia hilang tanpa pengetahuan saya. Kalau saya tahu bagaimana..tidaklah ia dinamakan hilang. Betul tak?
Sangat sedih diatas kehilang tu.
sedang saya duduk-duduk tepi tasik Masa hendak pujuk hati tempoh hari..tiba-tiba satu ayat melintas difikiran
adakah kamu menyangka kamu dari golongan orang yang bersyukur jika kamu tidak diuji.
sebaris ayat itu seakan memukul diri. Teguran Allah untuk hambanya yang satu ini. Menangis semahunya ~
Kembali Tersedar, semua yang ada dilangit dan dibumi ini milikNya. Hati Redha.
Lama saya berteluku didepan tasik di star-park tu....
bila dikenang-kenang..rasa macam OVER seperti kehilangan orang yang disayangi pula.Walhal HP je.
Cuba tengok orang tu, Hilang macam-macam. Lebih lagi dari HP tu. MasyaAllah.
Yup ayat-ayat diatas, ayat pujuk diri. Siapa lagi nak pujuk kalau bukan diri & hati sendiri. kn?
Alhamdulillah saya mampu tersenyum siang tadi. Terima kasih kepada sahabat-sahabat . Saya tahu kamu semua lebih bermakna dan bernilai dari HP saya tu.
Biarlah saya simpan kisah atau justifikasi semasa saya hendak membeli HP pink kesayangan saya tu. Susah senang nak dapatkan HP tu, saya bukan jenis yang kalau hilang harini esok boleh dapat. Bukan. Walau keluarga nak bagi, saya tak mahu menyusahkan..cukuplah mereka dah besarkan saya seperti ini. sampai hari ini. Segala perhatian , kasih sayang mereka. Takkan la saya nak tambah susahkan hati mereka dengan permasalahan "ciput"ni..
Semestinya, hati ini, kita isi dengan yang baik-baik sahaja. Yang buruk-buruk, kita campak keluar. Namun, kesediaan untuk menerima semua pandangan, teguran tetap perlu ada dalam jiwa kita. Sebab itu, perlu lapangkan hati, untuk kita memberi peluang pandangan baru masuk..
Harapan saya
Orang yang mengambil HP saya tu gembira. Kerana mungkin selama ini dia berhajat sungguh nak berHP ..saya harap dia akan gunakan dengan sebaik mungkin. Dan satu hari nanti dia akan sedar dan bertaubat.Saya harap sangat.
Saya harap, Allah merancang sesuatu yang lebih baik buat saya.
Selain, kehilangan HP sony Ericson saya tu, saya harap teguran halus Allah tu,saya akan mendapat keredhaanNya. Kebaikan dariNya.
Siapa kita nak merungut itu ini diatas pinjaman Sementara . Redha .satu je penyelesaiannya
Allah. Akhirnya, Allah jugalah sumber kepada semua yang dikehendaki oleh kita tadi. Kekuatan, ketenangan, kebahagiaan, semuanya adalah daripada Allah. Allah yang memberikannya, Allah yang menariknya semula.
Ralat
contact number kenalan
gambar-gambar kenang-kenangan. Memori terindah sepanjang bersama HP tu.Saya suka ambil gambar pemandangan. Jadi banyaklah :)
Lagu-lagu kegemaran saya semua ada dalam HP pink Sonny Erricson 4 Gigs saya tu.
HP tu pink. Saya tak banyak barang berwarna pink. HP tu je la. kawan-kawan kata cute. sekarang dah hilang.
At last, ofcourse kecuaian diri. yelah, yang buruk mesti datang dari manusia itu sendiri kan. Ketuk kepala sikit. auchh!
No comments:
Post a Comment