Forward je

Harini rasa lapang, bukan kerana bos cuti atau pergi inspection luar. Erm yer mungkin juga.. tapi.. lebih kepada perkongsian Link Maher zain awal-awal pagi tadi. Bukan saya tak ada lagu dia? Banyak.. saya dah tahu Maher Zain ni wujud agak lama sebelum orang dok sebut-sebut Maher zain tu.
Tertarik dengan genre muzik yang dibawa..
 
·         Mengingatkan kita kepada pencipta
·         Sekurang-kurangnya boleh berzikir
·         Setidak-tidaknya hati ni terdetik Allah
·         Menyedarkan pendengar.
 
Bukan setakat dengan dan Layan. Bukan itu yang Dia ingin sampaikan..
 
Di pejabat tadi, saya tersenyum apabila FORWARD email dari Kak Shima. Link lagu Maher Zain..
Feedback dari kengkawan sangat positif.
 
Bukan beriya sangat nak sebarkan lagu Maher zain ni pun sebenarnya, rasanya diorang boleh beli je kat kedai sekarang ni..tapi bagi saya, jika orang yang sedang buat kerja tension dan bila dengar lagu ni, percaya atau tidak, Dengan kuasa Allah.. hati akan lembut sikit. Sejuk sikit dengar kalimah Allah.
 
Betulah dalam firmannya.. “Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan tenang”.
 
Yang nak marah akan fikir dua tiga kali.. bait-bait lagu ni yang menyedarkan kita sebagai hamba, kebergantungan kita hanya Pada DIA.
Tak percaya. Cuba tengok lirik-lirik dia.
 
Ustaz cakap, kita tak boleh kata “ Lagu ni buatkan saya Tenang” kerana Hanya pada Allah kita akan mendapat ketenangan. Lagu maher zain ni sebai medium. Hanya method yang digunakan je mengajak kepada mengingati Allah.
Itu caranya.
 
Rasa gembira sangat-sangat dapat berkongsi benda baik macam ni
 
Kak Don cakap mak dia suka sangat lagu ni masa saya bagi dengar kat dia dulu.
Dia kata dia tak pernah tahu pun lagu nasyid macam ni sekarang?
 
Saya jawap, yelah.. kita dok malaysia ni tak terdedah sangat dengan perkara-perkara dakwah universal camni, cuba pegi United kindom, Australia.. Kalau kena pada tempatnya, mereka berdakwah lebih hebat dari Malaysia ni.
 
Kawan saya cerita masa YM dengan dia bulan lepas, pelbagai event student dan pensyarah aturkan untuk programme disana. Ada saje Talk dan Usrah dijalankan at least seminggu sekali.
 
Saya tumpang gembira untuk diorang. Pelbagai buah fikiran boleh ditukar bila ada perbincangan. Mengeratkan hubungan silaturahim.Nampak tak?
 
Perkara-perkara remeh camni memang orang sekarang dah tak ambil peduli, letak tepi.. sesekali bila nak kenduri kahwin, nak buat cukur rambut baby baru la diorang cari masyarakat untuk buat itu dan ini, yang lain.. tak perlu..betul ke camtu?
 
Benda ni kalau sesiapa yang rasa, manisnya ikatan ukhuwah tu, Rasa nak nangis. Betul. Rasa kasih sayang Allah dari Makhluknya.
 
 
Terdetik dekat hati, masa belanja makan seseorang tempoh hari.. Bukan saya rancang nak fikir begitu, automatik..
Saya kata dalam hati, Ya Allah, saya sayang mereka, kalau Allah takdirkan kita masuk syurga, saya nak bersama dengan mereka.
 
 
Kesimpulannya..
 
Lagu Maher Zain ialah alternatif kearah kebaikan. Jangan salah guna. Bukak Hati untuk terima pembaharuan..pembaharuan yang baik sebenarnya.
 
Semuanya atas kita, bagaimana kita ambil sesuatu perkara tu, bagaimana kita bertindak kearah perkara tu..
 
Bila kita tahu bagaimana kita nak berakhir.. kita akan tahu bagaimana hendak bahagia.
Kerana bahagia bukan hanya dihujung.. tetapi bahagia ada disepanjang perjalanan..
 
** sami yusuff
**outlandish
Antara yang popular dan saya follow..
 

No comments: