Mengikut status FB farah, sahabat saya, lagi tujuh hari kita sebagai umat Islam akan menyambut awal muharam. Iaitu tahun baru Hijrah.
Saya bercadang hendak menulis berkenaan Hijrah ni esok esok..
Tapi bila terpandang Status farah tadi, Teruja pula.
to live well or to live hell? you choose |
Semasa di pejabat siang tadi, dah dengar-dengar orang sibuk nak apply cuti .
Tapi yang tak bestnya..
Pertama;
ada pulak yang tanya, cuti apa ye hari selasa ni?
Tak ingat????
Busy benar gaya nya.
Yang kedua;
Dalam toilet , siang tadi, saya terdengar perbualan senior-senior.. kenapa saya panggil mereka senior? haha sebab diorang dah makcik-makcik.
Respect la panggil senior kn.. pun sama.. mempersoalkan cuti apa minggu depan?
Rasa nak menyampuk je atau jerit kuat-kuat bagi tahu mereka bahawa minggu depan 8 december 2010 kita sambut Awal Muharam!!
Busy nya kita sampai lupa hari-hari besar dalam calendar Islam.
Saya bukan marah. Cuma kecewa sikit, kesal sikit.
Elok lagi rasanya orang-orang muda ni..Sekurang-kurangnya.. menantikan kedatangan HIJRAH.
Siap Countdown!
Salute la dengan remaja-remaja yang ambil berat, Ambil tahu perkara yang hampir diketepikan oleh masyarakat pada hari ni.
Saya tak nak ulas panjang lebar topik Hijrah kali ni cuma nak bagi suntikkan sikit. Suntikkan untuk diri sendiri..
Eh, saya yang tulis.. tentulah saya cakap pada diri sendiri.. hehe pesanan untuk hati.
Saya nak tanya, Umur kita ni dah berapa tahun?
“Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu untuk bermain-main sahaja? Sedangkan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mukminuun ayat 115.
Adakah hakikat itu satu perkara kecil yang boleh kita pandang enteng?
Pernahkah anda membayangkan, kita yang kecil ibarat kuman, kerdil tersangat kerdil ini berdiri di hadapan TUHAN Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Berkuasa, di akhirat nanti? Masa itu agaknya apakah yang akan kita suarakan, apabila Dia Yang Maha Suci itu bertanya:
“Masamu dahulu, apakah yang kau telah lakukan dengannya?”
Mengingatkan ini, jiwa saya terasa sempit.
Takut yang teramat.
Last but not least
Nabi kita dulu Hijrah dari mekah ke madinah
kita sekarang?
- Hijrah Perasaan
- Hijrah keegoaan
- Hijrah perbuatan
- Hijrah kearah kebaikan.
- Hijrah lifestyle
- Desire
PERFECTION IS IMPOSSIBLE, BUT THE EFFORT TO BE A BETTER PERSON IS MATTERS.
CHANGE FOR GOOD iS NOT A CRIME!!
No comments:
Post a Comment