Benar, raya Eidul Adha ini kita sambut setiap tahun,
- selain cuti umum
- Dapat daging qorban
- Solat hari Raya
- Jemaah membaca Takbir beramai2
- Rendang+Nasi Impit & pelbagai juadah istimewa
saya terfikir..
tertanya-tanya..
..tidakkah kita tertanya-tanya, Apakah yang membuatkan nabi Ibrahim sanggup merentasi lautan padang pasir semata-mata untuk menyembelih anaknya?
..apakah yang membuatkan Nabi Ismail dengan rela membenarkan ayahnya menyembelihnya?
sedangkan, Nabi Ibrahim tidak membesarkan Ismail..
bagaimanakah KiTA jika berada dalam situasi yang sama?
Mungkin jawapan kita Gila...ini kerja gila.
saya jumpa satu ayat yang konkrit untuk menjawap persoalan saya itu..
“Sesungguhnya Allah itu telah membeli dari orang-orang yang beriman diri-diri mereka, dan harta-harta mereka dengan diberikan kepada mereka syurga…” Surah At-Taubah ayat 111.
Iman
Allah tidak akan perintahkan sesuatu perkara itu sia-sia
Untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, kita perlu kan pengorbanan.
Pengorbanan kita??????
saya sendiri masih tidak pasti apakah saya telah berkorban? apa yang sudah saya usahakan?
masa?
tenaga?
perasaan?
wang?
Ke-egoan?
kita tidak sanggup untuk melepaskan walau hanya 10 minit tidur diwaktu malam untuk bangun menghadap Pencipta. Saya masih belum sanggup berkorban waktu tidur yang ini.
ini adalah contoh paling simple yang boleh saya beri.. contoh pada diri sendiri.
apatah lagi jika disuruh pergi ke palastine mengangkat senjata.
meninggalkan keluarga, keselesaan di M'sia..
Belum pasti. Jadi bagaimana harus saya bekorban.
Saya masih mencari..
kini saya memahami erti pengorbanan dari Lembu yang dikorbankan itu.
Akhir,
dulu, dulu.. saya pernah terfikir.. Raya Qurban ini seperti tiada apa-apa.
Kini
jika kita merasa payah sedikit saya tau ini menuntut pengorbanan.
Jika hati dan perasaan kita disakiti, dicalari.. ini juga menuntuk pengorbanan.
Jika wang yang kita usahakan perlu diagih-agihkan.. ini juga merupakan pengorbanan.
Apa lagi yang boleh kita usahakan . supaya kita tidak Terkorban kelak.
p/s: bila agaknya dapat ke Tanah Suci Mekkah
Senyum kambing ni iKhlas =) ehehe
No comments:
Post a Comment