Kawan : ko suka tulis pasal baik je kan. 
Ath : Baik, maksud kau?
Kawan : Tentang agama, tentang Tuhan.
Ath : Jadi?
Kawan: Tak ada apa, saje..baik la kau ni.
Ath: aku tulis apa saje yg aku rasa. Tu je. 
Kawan : Bagus-bagus. Hehh
apa maksud dengan kata-kata seumpama itu . Secara terus terang saya tiada apa-apa anggapan untuk ucapan itu. Malas nak pikir.
saya, manusia beku yang tahu menulis  apa yang saya rasa , saya perlu luahkan pada dunia. Mungkin tidak menarik  bagi kebanyakan manusia lain, tapi yang merasa dan membaca berkongsi  asas sama, pasti dapat menilai apa ia sekadar repekan atau tulisan  munasabah. Ah, itu bukan persoalannya kn?
Ada sesuatu yang menarik minat saya dalam dunia maya ini, salah satunya adalah perbalahan antara manusia  yang berterusan tanpa ada sebab yang munasabah selalunya. 
hmm, manusia  memang makhluk aneh bukan? Benda sedikit yang tidak menganggu mereka  akan dibesarkan menjadi satu pertengkaran yang berterusan padahal  masalah besar ditutup sebelah mata.
Hasil penulisan = identiti itu hak peribadi masing-masing.
Identiti  setiap penulis adalah hak peribadi mereka. Siapa mereka di sebalik  tulisan mereka tidak menjadi masalah buat saya.
Ya, ada yang dengan  terang-terangan menonjolkan diri mereka dan ada pula yang lebih gemar  duduk menulis di belakang skrin tanpa mendedahkan siapa mereka kepada  dunia. Pada saya asalkan penulis selesa, itu lebih baik kerana mereka  akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti. 
Mode sebel : Lihat adik-adik lelaki dan perempuan bersenda gurau tanpa batas, menggunakan ayat-ayat dan bahasa melampau didalam bus dan di complex beli belah..
Saya tegur bila azan di radio bus kedengaran dan suara mereka bergelak ketawa tak reda-reda..
Ath : Erm adik, dengar tak azan tu?
Ath : bagus..jadi? (sambil mengangkat kening..minta kepastian)
Bergurau senda begitu membuatkan saya rasa nak makan seorang demi seorang hingga sendawa. Boleh begitu? =)


No comments:
Post a Comment