Esok Lusa tak tahu lagi

Assalamualaikum,
nak cerita ni, tadi...
Abah cepat-cepat keluar sambil capai kunci kereta, dan ibu sempat tanya 

Ibu: kenapa, siapa call?"..
Abah : Anak sulaiman eksiden..
Ibu : Astaghfirullahalazim, Teruk ke? dekat mane?
Abah : Diorang kata terbalik kereta.

Abah terus berlalu pergi.
Baru semalam tengok dia sibuk-sibuk tolong di majlis kenduri depan rumah ni. Sihat je.

Seriously takut. sekarang ni, macam-macam boleh jadi. Tak terjangkau dek akal yang cetek ni. Harini elok je kita tengok dia, esok lusa tak tahu lagi. sama juga dengan diri ni.

Ketakutan
Kesihatan diri
Ketidak tetapan hati dalam Jalan menuju-Nya
Dugaan yang tidak terduga
Masa Hadapan yang Entah Bagaimana
Kesudahan yang Bagaimana?
Jodoh pun termasuk juga.


"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (9) dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. (10) " (Surah Asy-Syams: 9-10)

There is Hope make The Call
Teringat Soalan Farah masa makan semalam, 
Farah : Kalau nak pergi Haji perlu daftar dengan Tabung Haji ek?
Ath : Yup, Di Malaysia begitu la. (Kalau nak hurai panjang pulak bisik dalam hati dan terus tanya) Kenapa?Nak pergi Haji ke?
Farah : InsyaAllah. So, kena Que ea tunggu giliran?
Ath : Biasanya begitu, diorang bagi keutamaan pada mereka yang dah berusia, tapi kalau dah cukup syarat, U may call them dan suruh mereka uruskan apa yang patut la. Pergi dgn Agency pun boleh.

Bagus la farah ni, Jeles dengan dia sebenarnya. Dia sedang mengatur hidupnya, kearah yang lebih baik, May Allah granted all the good things to us.

Dan semalam jugak, Solat Maghrib di masjid Uthmaniah near by Rampai Businesspark.. Kagum dengan seorang perempuan ni. Rasa nak berubah jadi macam dia. The way she dress Up, The way she talk, The way she walk even the way she take things into her life.
Simple & Bersahaja dan nampak ikhlas. the rest...Hanya Allah yang tahu.

Peringatan : Tak payah la kalau nak sakit-sakit hati kalau tengok orang tu lebih, orang tu ada itu ini, tak kemana pun.. Itu semua membebankan hati dan fikiran Ath

Macamana nak konsisten buat perkara baik ni? selalu leka..

Pernah hati ni berbisik, 
Kau perlu lebih jujur athirah. Jujur yang bagaiman? Kau sendiri yang tentukan. Ikhlas pulak?.. Ikhlas akan datang dengan sendiri nanti.

"Some stories don't have a clear beginning, middle, and end. Life is about not knowing, having to change, taking the moment and making the best of it, without knowing what's going to happen next."

Akhir Kata, selalunya akan ditujukan kepada orang lain . Apa kata, kali ni :-

Istimewa buat diri
kamu dan kamu juga yang sedang diuji saat ini..
Sedarilah bahawa, ujian dan dugaan yang menimpa kita semua pastinya terselit hikmah yang Allah nak beri pada kita.. Walau mungkin ujian dan dugaan kita berbeza bentuk, cara dan situasi dari Allah, namun yakinlah bahawa, segalanya pasti terdapat sesuatu yang dapat kita belajar dan ambil pengajaran daripadanya..

Saat kita diuji itu adalah saatnya Allah mahu bukti daripada kita..

Tiada nota kaki, kerana semuanya de'minda


No comments: