Ahmad 1


“Jika Allah mencintai seorang hamba maka Allah akan berkata, “Wahai Jibrail, Aku mencintai seorang hamba maka cintailah dia. Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata, “sesungguhnya Allah mencintai sifulan maka cintailah dia.” (musnad Imam Ahmad dari Abu Hurairah).


Saya bukan lah penghafal Hadith.. tapi ada dua tiga yang lekat dikepala.
Orang kata, kalau kita tak tahu sesuatu perkara tu, jangan sampai kita tak tahu semua.

dah lama saya fikir, kenapa ada "jika" dalam ayat diatas.
Ayat seperti ugutan.
Maksud saya camni.

Contoh, 
1)Kalau kau nak pandai, kena belajar dulu..
2)Jika tak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya..
3)Jika nak duit, kena Kerja.

begitulah.. 

Jika nak Allah Sayang kat kita, kita perlu buat sesuatu. Bukan mudah.
Jujur
Sebagai gadis diusia yang boleh dikatakan muda ni..Bukan mudah. 
Pasti ada yang tergelincir.

Nak rebut perhatian dan Kasih Sayang Dia. Bagaimana?

Moment Kemarin dan Semalam

Sedang leka siap-siap betul kan tudung selepas solat Asar seorang kakak yang pernah duduk 1 bilik denganku semasa Training Hijrah to Excel menegurku.
 
Kak Ya : Awak, dah lama akak cari awak.
Ath ; (Kebingungan) yeke? Kenapa kak?
Kak Ya : Ada benda akk nak cakap. Akak nak kenalkan awak kat sorang ni. Ni no telefon dia.
Dia ni dari keluarga baik-baik. Tak nak main-main
Sambil menunjukkan pada Tag. Tapi kertas tu tak ada.
Ath : (takut). Akak cari dulu sampai jumpa ye. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi.
Kak Ya : Awak E-mail akak ye. Akak nak forwardkan gambar.
Ath : Ok InsyaAllah.

Takut yang teramat.
Manakan tidak, selama ni saya doa supaya Allah permudahkan urusan Jodoh pertemuan saya. Dan tiba-tiba seperti angin akak ni datang nak kenalkan saya dengan seseorang.
Macam Allah cakap kat saya, Tadi kau mintak Jodoh, Sekarang Aku bagi.
Sumpah Seram.
Cerita hal ni dengan Kak Shima dan Farah.
Mereka cakap, bagus la macamtu. Kawan dulu dengan dia. Mana tahu sesuai

BIMBANG
Apa yang dibimbangkan bila perkara ni terjadi pada diri sendiri..
Diri ni tak cukup sempurna untuk Dia yang bakal begelar Suami.
Diri ni yang masih Malas menguruskan Hal-hal rumah
Diri ni yang serba serbi kurang dari segi fizikal
Diri ni yang masih Jahil dalam ilmu Keluarga dan Agama
Hati yang belum tetap dalam Perkara Serius seperti ni.
 
Esoknya. Dah harap jangan la jumpa Kak Ya ni kat surau.
Tapi Lepas Solat Zohor, Jumpa jugak. Dia bagi No Telefon
 
Nama Tertera
Ahmad Junaidi
019 *********
 
Emel dihantar kepada Kak Ya bertujuan untuk tidak mungkir janji selepas beberapa kali elak untuk berkomunikasi.
 
Umur 26 Tahun. Yang sebelah tu Kakak Dia ya Jangan Salah Faham.
 
Kenal- Kenal la dulu. Anggap yang dia ada niat yang baik je.
 
*Beserta dengan Lampiran Gambar
 
 
KacaK.
SubhanaAllah. Satu perkataan tu yang terpacul bila satu Click pada Attachment dibuat.
 
Menggeletar
 
Secara Zahirnya
 
Kalau orang tanya, Nak kawin Bila?
Jawapan saya : Secepat Mungkin
 
Jawapan Konfiden begitu sebenarnya kosong jika benda dah ada terhidang depan mata.
 
Solat Asar petang tadi, Nazira, Kak Shima, Fiza, Farah semua bekumpul di Surau. Nak soLat berjemaah.
Kak Shima : Ath, Akak Nak basuh awak skit nanti
Ath : Ha??? basuh apa?
Kak Shima : Adalaa.. jumpa disurau

Sudahnya, cuci pun tidak. Dry cleaning je laa.


Siapa yang faham. Faham-faham je la ok.

Takut, kecut perut hanya Allah yang tahu.
 
SUAMI
 
Big Word
 
I have no idea.



You can't predict who you'll fall in love with. Love's the one thing that doesn't have a pattern ..totally mystery. ♥


“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Bila tiada baru terasa..

8:50 a.m hari Ahad..
Sepatutnya sudah berangkat ke kelas . Lambat pulak arini sebab nak naik kereta baru kawan. Dia janji nak pick me up , tapi lambat sikit. Jadi tunggu je la.



Abah & Ibu serta adik-adik akan balik kampung harini. 
Sebelum pergi tadi dah salam ibu dan kiss ckit :)

Balik rumah pukul 1, rasa rumah tu kosong pulak. Sunyi je. 
Ya Allah untuk 5 Hari berikut ni. Aku sorang-sorang.

I feel all alone. Alone.

Puas satu-satu nama orang yang aku kenal, aku sebut.. semua ada hal masing-masing.
sedihnya.
I dont have any name to call whenever i need them.

Two letters. What if..

My family not here anymore with me.
What will happen to me. Ya Allah, i need them. I Love them for whom they are.

Minta/Doa Allah jauhkan perkara yang buruk terhadap kami. Jangan duga kami dengan sesuatu yang kami tidak mampu untuk kami tanggung.

So, here me go. Alone 
Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday & Perhaps they will coming back Home on that day. Please mom.
The Fridge are empty though.


Alot of Assignment to be done. Plus few slide for presentation need to be ready before the due.

Raining. Heavy rain today. Perut lapar. 

Ath : I need someone special to rely on .

Note
untuk statement orang yang tak tengok kiri kanan semasa beri statement kejadian tsunami di jepun baru-baru ni. They making fun a.k.a stupid joke. Ultramen or Doremon. What the....
No, I'm not mad at them. Just don't think it's appropriate to make those statements. Pray for all human beings, pray so that we and they can see that when Allah says Kun fayakun, it WILL happen and find out what we can learn from this lesson. Be in their shoes and have sympathy to those who are unfortunate, Please!


Memikirkan Cinta

Kebenaran? 
Kalau dengar je orang kata, "Nak Tahu tak..." semua orang memang semangat nak dengar.
Macam Pengumuman Esok Raya . Takpun, Bonus berganda-ganda. 
Suka kan.

Sebenarnya saya sedang serabut.. Memikirkan perkara-perkara yang sedang berlaku disekeliling ni.
Cuba bayangkan.

Pejamkan Mata. 
Keadaan sekeliling kamu sedang bergerak pantas dan kamu berdiri statik disitu.

Pening atau Runsing 

Saya yang disini bagai setengah jiwa flashback memori Indah. 
Dan kamu sikit pun tak ada refleksi gelombang fizik yang mungkin dihantar.
atau mungkin Line Problem.. akibat keaadaan di Jepun.So Msg tak sampai.

Positive betul. Pura-pura Ok.

Hmm.. Lama berteleku, Jari terhenti di atas keyboard.
Bila agaknya saya akan temui cinta?

Status kawan Di United Kindom  
"Dear heart, please fall in love only when you're READY, not when you're lonely...plz"

Benar bukan? masalahnya, benda opposite dari kemahuan kita tu yang datang.. Menguji Keimanan dan Prinsip.
Eceh, ada prinsip ke saya ni? Prinsip perakaunan atau prinsip Asas Fizik dulu pun tersangkut-sangkut.
Ketawa..

Yang Betul.. Terfikirkan perkara-perkara ni, bila ada yang tak kena dengan persekitaran.
Dah tak nampak Jalan dihadapan. Mula la tengok kiri kanan.

Alihkan perhatian kita. Fikirkan dengan jelas, apakah kita mahu? Adakah kita cukup kuat untuk tidak menoleh kebelakang semula -
menangis kuat menyesali apa kita lakukan tetapi tidak mendapatkan pengajaran apa yang ditinggalkan? 

Kenyataannya, kita perlu tanya kepada diri kita sendiri. Peluang apa yang kita mahukan dalam hidup ini?

Cinta dan Saya?
Oh tidak lah harus di sebariskan.
Siapa lah saya berbanding Cinta itu sendiri. Jauh Jauh.. Teramat jauh jurang antara kami.
Tapi 
Cinta itu tidak terlimit hanya dengan hubungan lelaki perempuan. Tetapi turut mencakupi hubungan manusia dengan Tuhan. 
Cinta itu bukan perasaan liar tanpa kawalan, tetapi di dalam Cinta wujud peraturan.
Saya rasa gembira dengan Cinta.
Saya senang dengannya.

Sebab itu saya sangat menyayangi Cinta.
Maka dengan cinta ini saya tidak jemu. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta. Maka dengan cinta ini saya tidak penat. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta. Maka dengan cinta ini saya tidak letih. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta.
 
Walaupun cinta saya dipandang sebelah mata. Walaupun kadangkala dipandang merimaskan.

p/s: Rindu yang teramat
Status di FB sangat spontan. Tepat!!

Telephone work Both Way! You Should Know. I think You Master into it.

Persahabatan itu general dan kadangkala terlalu specific sehingga menyesakkan Minda.

Masalah ke kalau kita tak nak putus asa dengan seseorang tu?
Garu kepala..
Dua Perkara ini sudah cukup besar untuk dibincangkan. Kedunian Betul. Istighfar 3 kali.
Cinta ? Begitulah seperti dinyatakan. Itu dan Ini. Bercakap seperti Pakar.

Saya Minta Allah Jaga Cinta saya. 

Nota Kaki

1) Ingin mengklasifikasikan kereta saya dengan gender dan Nama. Iman. Iman Nama ia.
2) Kerja skolah dah siap. Boleh tidur dengan nyenyak. Ada baki lagi 4 jam sebelum matahari menunjukan diri.
3) Dah la ath, tutup je FB tu...


Tutup or abaikan je...