Me Lately

Lama berteleku di atas lantai selesai menghadap Sang Pencipta.

Terasa ruang kosong itu begitu kosong.. hampir menitis air mata tiada erti mengalir ke pipi.

AIR MATA mula membasahi pipi tanpa disedari, HATI mula lemah kerana tak mampu untuk mengawal emosi yang kian membara. MULUT mula menyoal kenapa jadi begitu. HATI cuba mengatasi perasaan itu dengan berzikir. AKAL tahu ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku. MATA tak berhenti-henti mengeluarkan AIR MATA. HATI cuba memujuk...Namun MATA masih menangis... HATI memang TERLUKA namun ia cuba menghadapi KESEDIHAN...HATI tahu ia mampu... AKAL memberikan kata-kata semangat & motivasi kepada HATI & MATA. lalu, MATA pun mula berhenti mengeluarkan AIR MATA & HATI mula REDHA dengan ketentuanNya...
SMS
Text A :Assalam, Hi..Tengah buat apa tu? makan? Solat? emm tibe2 kita rasa "all alone"..
Text B : Wslm, Sis, are u ok? sabar ye.. buat la aktivity yg tak boring. Sabar ye. 

Selepas solat 2 rakaat, Mandi dan Muntah. MasyaAllah..i'm sick

Membaca SMS B membuatkan hati mengukir senyuman. SABAR. ye itulah hakikatnya..
Masih banyak nikmat tuhan yang belum disyukuri . Serentak itu terpacul perkataan, SAHABAT.

Text A : Thank You, Sorry ter.. emo lpas-lepas Isyak ni. Jumpe esok ye. :)
Text B : its Ok. ada masa kite perlu bersendirian & berperasaan.
Ada ketikanya kita perlu MENANGIS, agar kita tahu hidup ini bukan sekadar TAWA GEMBIRA & adakalanya kita perlu CERIA agar kita tahu MAHALnya nilai AIRMATA.. Namun tiada bezanya SUKA atau DUKA waima TERTAWA dan AIRMATA, kerana semuanya itu adalah PEMBERIAN TUHAN kepada hamba-hambaNYA sebagai:

• ☑ MOTIVASI untuk MENDEWASAKAN KEHIDUPAN
• ☑ ANUGERAH dalam MEMATANGKAN AKAL & TINDAKAN
• ☑ ILMU yang boleh MEMANTAPKAN PENGALAMAN, serta
• ☑ UJIAN dalam menuju KESEMPURNAAN IMAN..!
• ☑ Setiap ilmu ada amalannya..
• ☑ Setiap perkara ada sebabnya..
• ☑ Setiap persoalan ada jawapannya..
• ☑ Setiap perlakuan ada ganjarannya..
• ☑ Setiap kesulitan ada kemudahannya..
• ☑ Setiap kesenangan ada rahmatnya..
• ☑ Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya..
• ☑ Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapannya..

Lalu, renungi dengan mata hati..
Berfikir dengan akal kurniaan ILAHI..
 
Doa :
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu’anhum.
Aamiin ya Allah
 

No comments: