Emosi dan suka

Dear Blog,
 
Kebiasaan yang selalunya dikongsi dengan orang yang kita close akan menjadi satu kehilangan bila seseorang tu dah tak anggap kita ni orang yang dia prefer.
 
Sedih
 
Tapi bila mengenangkan, janji dia happy.. kita akan berlapang dada.. dengan harapan dia happy dengan apa yang dia suka.
Yer ..things change. Feelings too.
 
Mulalah, bila perkara-perkara macamni berlaku, Aku sedar. Kedudukan aku pada mereka.
 
Apa yang perlu kita buat bila kita dalam keadaan emosi??
 
Kalau berdiri?? Hendaklah duduk.
Kalau duduk? Hendaklah baring
Tak pun, ambil wuduk, solat sunat 2 rakaat.
 
Tapi ada satu lagi, kalau kita dalam keadaan Emosi.. apa yang perlu kita buat ialah, jauhkan diri daripada laman sosial.
 
Haha
 
Takkala diri ingin bertanya khabar sahabat-sahabat, Handphone dicari di dalam beg, namun tidak dijumpai. Tertinggal.
 
Ingin menghantar sebaris ayat yang boleh mengukirkan segaris senyuman . Bukan apa-apa Cuma sebagai tanda, diri ini mengingati sahabatnya.
Menyambung silaturahim.
 
Anyra, min & Shiro dah bekerja
Sayla & Shera sedang belajar
 
Buat kawan di bangku sekolah, Nik, Idayu dan Nabila.. Lama betul tak bersua muka.
 
Seperti dahulu, SMS dengan kata-kata semangat mampu mengeluarkan cetusan semangat untuk melangkah ke tempat kerja atau meneruskan hari-hari didunia yang serba canggih ini.
 
Handphone yang satu itu memang banyak kegunaannya jika ada yang sentiasa mengingati.
 
Tersedar.
 
Aku ni kalau masuk office, suara pun tak berapa nak dengar, tapi bila dengan colleague, gurau tak ingat. Kadang-kadang risau jika menimbulkan ketidak selesaan kepada mereka.
 
Sorry ye. Aku hanya gembira bila bersama kalian. Bila di Work setting.. aku akan focus kepada kerja.. environment totally lain.
 
Entah la, aku suka sangat surau Al-Husna Wisma Bank Islam ..
Aku suka bila naik bus ke tempat kerja..
Aku suka sarapan
Aku suka pukul 12:30PM tanda waktu Lunch dah mula
Aku suka pukul 6 naik bus dengan kawan
Aku suka Tazkirah Zohor & Asar
Aku suka pemandangan belakang meja Work setting.. ada tingkap besar menghala ke KL
Aku suka bila telefon ofis bordering kawan ajak gi makan.
Aku suka bila ada kawan yang notis kesilapan aku dan anggap itu kelakar.. :)
Aku suka bila waktu pagi bila ibu sempat buat breakfast “ Nak bawak bekal x? “
Aku suka waktu pagi bila abah duduk atas kerusi sambil baca sesuatu dan aku salam dia.
 
Haha banyak sangat yang aku suka.. Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah. Terima Kasih Cinta :)
 
Berangan jap, nanti kalau dah ada suami.
 
Aku suka dia kiss pipi & dahi lepas salam
Aku suka dia Imamkan aku solat dan bacakan doa before pergi kerja
Aku suka dia Call setiap hari tanya apa-apa
Aku suka bila pergi  dan balik Kuliah (Majlis ilmu) bersama sambil berpimpin tangan.
Aku suka bila kami pergi pasar & beli barang bersama.
Aku suka suka suka suka… banyak lagi sebenarnya… left unsaid.. hehe
 
Mustahil?? Tak apa.. tak ada masalah.. Allah kan ada. InsyaAllah, dia tolong..
 
Allah tak janji hidup ni senang tanpa ujian, tapi Dia akan tetap berada disisi, dalam setiap langkah umat nya.
 
Kelakar masa selisih dengan Kak Zenti aritu tanya berkenaan Gambar Kawin Fadilla.
 
Kak Zen : Athirah pergi tak majlis Eila?
Ath : Tak pun, tapi ada tengok kat FB semalam
Kak Zen : siapa post?
Ath : tah, Ajuma Taeng? Siapa tah
Kak Zen : siapa tu…
Ath : saya pun tak tengok betul2 profile siapa.. hehe
Kak Zen : ko ni.. hehe nanti la free akak post gambar.
 
Bila balik umah, check FB baru perasan yang itu ialah Fatmawati a.k.a iffat staff kat Risk Dept
 
Sekarang ni jumpa je iffat , aku akan panggil dia Ajuma Taeng. Tah siapa punya nama dia pakai, ni mesti kes fanatic K-POP. Dia memang suka benda alah tu. Layan kana je la..
 
Sekian.
 
Nota Kaki
 
1)      Dilema, nak cuti ke tak Jumaat ni.. huhuhu sayang la Jumaat

No comments: