June 30 ke 24

30 June 2012
 


Dear blog, kali ni aku nak update pasal tarikh 30 June. 
Pada 30 June 1988 telah lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.0 kg. Aku lahir pada hari Khamis.ni semua apa yang ibu aku cakap la.. yang lain wallahualam. Biasa la anak Sulong. Ibu bapa mesti jaga betul-betul bagai manatang minyak yang penuh. So, aku rasa aku ni memang manja. Keras kepal pun aku jugak. Both combination my mom and dad.
 
Apa yang aku nak tulis ni bukan apa-apa. Cuma nak mengenali diri sendiri. Tahu hati budi dan sebagai cermin diri. Hmm lately I am a bit disappointed dengan diri. Tak tahu mana silapnya.
 
Dah besar-besar ni, tak ada lagi hadiah atau sambutan oleh keluarga. its ok, I am 24 years old.
 
Bangun pagi 30 June tu, aku termenung dulu mengadap siling. Imaginasi terus kepada Ibu, aku macam nak pergi peluk ibu dan ucap Terima Kasih and Tahniah sebab Selamat melahirkan aku.
Tapi bayangan tu hilang lepas terdengar bunyi SMS masuk. Kawan kolej, Shazmin wish birthday. Tak ada la excited sangat aku nak get ready terima SMS ucapan birthday or apa-apa sebab aku tahu, quantity kawan yang aku ada. I mean the real one. bukan maksud aku The real one tu wajib ucap Birthday. Nope.. totally No. becoz there is nothing special on that.
 
satu keluhan di lepaskan lepas baca SMS tu. aku duduk di birai katil sambil menghitung diri. Tak banyak yang aku dah buat sepanang 24 tahun ni. masih mendatar graf perjalanan hidup aku. sedikit kesal, namun apa guna nya. 

Fikiran dan Hati kembali pada Allah. tenang kembali.
 
Sahabat-sahabat ukhuwah di pejabat awal lagi dah meraikan birthday aku. 27 June, hari Khamis. Aku yang bercadang nak meraikan birthday aku dengan menjamu diorang Bubur Pulut hitam, di kejutkan dengan Kek masa Lunch Hour.
 
Sumpah aku tak expect ada sambutan pada bulan June. Aku tak harap langsung. Sungguh!! bagi aku, bukan aku sambut birthday orang untuk orang buat benda yang sama dekat aku. Nope.
 
Aku tak suka macam tu.
 
McD and Birthday
Tapi bila pagi tu, aku hantar bubur pada Farah, dia senyum semacam, and Soraya tanya aku pasal Emel makan Mc D. yang aku tak tahu menahu langsung. Macam-macam telahan aku buat.. yelahh, café kat Bank Islam ni dah tak ada makanan, so aku ingat dorang nak makan Mc D. tak pa laa aku tunggu je, Cuma tacink kenapa aku tak termasuk dalam senarai penerima emel.
 
And bila call Eida, dia cakap tunggu Eida naik ting 10 nanti kita gi sama-sama. call K.shima pulak Engange je. Entah la, dua 3 minggu kebelakangan ni, time aku nak call kakak sorang tu selalu tak dapat. Busy benar agaknya.. Gangang diletakkan dengan rasa hampa.
 
Mana taknya, aku pernah janji nak Lunch dengan dia, Last-last bila call tak dapat, aku turun ja makan. Miscommunication banyak sangat. SMS pula dihantar kepada Farah Jawahir. Aku dan dia tak bawak HP. so the promise is broke by me roughly.
 
Lepas  beli makanan dengan Siti Nur Farhana, aku bising-bising dengan dia pasal semua orang dah tak ada masa sekarang, busy nak pindah, dengan re-structure bagai.. so nak makan & pergi surau pun dah tak ada masa, Farhana macam tak ada perasaan je. yang pelik nya dia pulak tu teman aku tapau. Pelik betul. Dia bukan camtu orangnya. Kalau dia nak makan baru dia gi beli, setakat teman-teman ni bukan dia. Dia ni jenis yang redah je. Tak kisah orang punya. huhu..
 
bila menghampiri Pentry aku dengar ada bunyi-bunyi and diorang menyanyi lagu birthday bila Nampak muka aku. Haha.. tak tahu nak buat reaksi apa. Terkejut? tak juga.. sebab boleh bau.
 
Siapa kata dia tak ingat birthday sendiri??? Seawal 1 June aku dah tick dekat calendar birthday aku. Memang ingat la. Cumanya aku hargai masa dan usaha diorang buat majlis kecil untuk meraikan “sahabat” mereka yang sorang ni. Dalam diam aku sedar, Kak Shu & Kak Eja tak ada. busy barangkali. Nak pindah. Ada kek Coklat & aku makan Ayam crispy. Kenyang teramat + ada air Milo.
 
Thank you semua.
 
  • Farah Jawahir
  • Kak Shima
  • Rozahida
  • Siti Nur Farhana
  • Nur Farhana
  • Shuhada
  • Fariza
  • Wan Soraya.
 
Lepas makan, diorang bagi Hadiah. ia nya sehelai tudung bawal .  Cantik.
 
Lepas kami bersalaman and berlaga pipi. aku sambung makan. hehe
 
dan
 
Masa dekat surau masa solat Zohor. Kak Shuhana tiba-tiba pegang kedua-dua bahu aku. menghadap dia. disaksikan oleh Soraya and farah . Segan gila waktu tu, macamana nak memberi reaksi. Kaku di perlakukan sebegitu.
 
Kak Shu : Athirah, kak Shu minta maaf sebab tak datang tadi, Kak su busy sangat.
Ath : erm tak pa Kak Su, saya pun tak tahu.. saya faham kak su busy.
 
Kak su pegang pipi aku dengan sebelah tangan. haha masa tu yaya dah bersuara.
 
Yaya : macam drama telenovela.
 
Aku & kak su senyum je..
 
Aku sebenarnya beku kat situ. lepas Kami berlaga pipi (haha kelakar ayat) cepat-cepat aku capai telekung and pergi ke tempat wuduk.
 
Farah yang ada kat sana senyum and cakap,
 
Farah : baiknya kak Su. lembut je.
Ath : yup. melting kejap.
 
Aku meneruskan bicara masa kami sama-sama menghadap cermin. Ermm senang je nak tipu tirah. sambil membuang pandangan kepada Farah disebelah, be Kind to me, and lie to me. for sure tirah akan tertipu..
 
Farah gelak sambil menampar bahu aku.
 
Ath : Thank you farah. Thank you semua. I feel exist.
 

No comments: