Mana salahnya

Hai dear, as usual Friday come again. Harini GA Pindah. so aku datang awal sebab nak naik bus 1st. Eida tanya semalam.
 
Khamis
Eida : tirah breakfast esok?
Ath : InsyaAllah, GA pindah kan esk. hmm sarapan lah.
 
Tapi bila aku SMS dia pagi Jumaat tu untuk kepastian samada ada ke Acik kat café tu provide food, dia tak reply.
 
Dalam bus fiza cakap Eida suruh teman Tirah Sarapan. Eida cuti.
 
dalam hati je Noted. Tiada graf reaksi pada ketika itu. hanya “oh” yang terpacul.
 
Aku lepak di surau lepas solat Dhuha. Kuliah dhuha tak ada. Masa lipat kain telekung. aku melihat tirai yang tertutup  diantara tampat lelaki dan perempuan. Sunyi nyaa dan sangat tak best tanpa Kuliah. Bayangkan nanti kalau tak ada langsung majlis-majlis ilmu. Macamane ye?
 
Naik je di office, tangan kiri aku cepat mengangkat ganggang telefon. 8652 ext yang didail, namun.. tiada jawapan.
 
satu keluhan sambil memandang monitor di depan. Apa nak jadi agaknya dengan Life aku sekarang ni. Hukuman barang kali.
 
Keadaan sejuk yang teramat di level 10 ni membuatkan aku lapar. Nak kan benda panas. terbayang sup cendawan di Manulife..Dengan harapan, cepatlah Lunch time .
 
Sengaja aku turun ke ting 9 untuk jumpa kawan-kawan, Farah, Farhana dan Kak Shima.
 
Tapi atas meja farah & Farhana dah Nampak sebungkus nasi lemak. Hemm, nampaknya makan di tingkat 3 je la. Kak Eja tak ada barangkali, so diorang tak teruja nak keluar. Kak Shima hilang dari penglihatan, dan kembali membawa sebungkus nasi lemak untuk aku.
 
Kami makan sambil borak ala kadar. Masing-masing melayan perasaan. Aku tak berani langsung nak say Hi dekat kak Shima. Afraid to start. Kalah orang bercinta dalam hati mengutuk diri sendiri. Adik la sepatutnya tegur kakak.
 
Tapi aku kalah dan salah. Aku tak berani. Aku tengok dia serius je. tak langsung pandang aku.

Inference
·         Work Loaded. Ada masalah kot
·         Bimbang pasal Saadiq (Anak) sebab hari tu warded.
·         Masih marah aku.
·         Rasa tak best sebab Kak Su dah tak ada.
 
hmm pelbagai telahan dibuat
 
Kami hanya makan 30 minit. Pukul 1:05 min dah naik. bila sampai dekat tingkat 4 (surau) Hanya kami bertiga turun. Tapi Kak Shima terus naik ke ting 9 untuk menyambung kerja. Sebelum turun aku try tanya kak Shima “ tak turun ke” namun tiada respon.
 
dalam surau hanya ada Huda, tunggu saki baki Manusia yang ada di bangunan tu untuk buat Usrah. Aku pergi kat farah dan tanya.
 
Kak Shima ok x?
 
Farah kata Ok.
 
Aku pergi kat Farhana pulak tanya soalan yang sama.
 
Farhana kata, “tah biasa je, ok la tu “
 
Aku maklum Department diorang yang memang Hectic . but Kenapa Kakak sorang tu tak nak cakap dengan aku langsung?
 
Masa tu dah ada Backgound Awan mendung siap petir sabung menyabung. Guruh pun ada.
 
Menandakan hujan bakal turun.
 
Dalam solat pun separuh daripadanya aku tak khusyuk demi memikirkan salah aku. Aku?? kenapa aku?
 
And again masa lipat telekung sebelah Farah, aku tak dapat nak tahan lagi empangan yang tunggu masa je nak pecah. Aku tanya direct kat Farah. Dengan suara yang di tahan
 
Ath : Farah, kenapa kak Shima tak nak cakap dengan saya? saya ada buat salah ke dekat sapa-sapa?
Farah: ( kehairanan ) ye ke? mana ada.
Ath : tak Nampak ea? yup.. hanya orang yang di ignore je rasa farah.
Farah : tak ada apa la, tirah jangan risau ye.
Ath : ( air mata dah keluar) tapi kenapa dia tak nak cakap dengan saya?? saya tak boleh laa.
 
Waktu tu hanya kami berdua. Malu betul ..
 
satu hari tu tak senang duduk.
 
Dalam kereta, seperti biasa aku tak bukak air cond. Layan radio. Tapi hari tu, nafas tiba-tiba sesak. Aku buka tingkap seluas-luasnya.. Sesak nafas memikirkan salah diri. I cannot bear. This is heavy for me.
 
Balik tu, kepala rasa pening. Macam nak muntah. tu la satu-satunya symptom bila aku stress. How do I make this clean? RASA MACAM PUTUS CINTA.
 
Pelik.
 
Kalau la betul it take two to tango. what about Zapin and Hip Hop? …type of dancing also what.and it takes group to dance.
 
Emm, kalau korang mengikuti blog aku ni mesti hairan, kenapa aku asyik cerita pasal aku dan kawan-kawan especially kakak sorang ni. Its start when aku nak sangat rasa ada kakak. Pastu Allah kirimkan sorang sister ni dekat aku. Dia baik sangat dengan aku. Aku belajar banyak dengan dia.
 
so when time goes by, aku rasa teruk sangat kalau dia ignore aku. cuba bayangkan orang yang selalu tegur kita, bercakap dengan kita tiba-tiba buat tak tahu.
 
Persoalan,
 
How do I get my “everything” back.. Tak sanggup la nak hadapi rasa awkward ni
 
Ke salah aku sebab shoot emel “draft blog” aku tempoh hari.. I just wanna explain. I don’t mean to arise any case.

No comments: