less usual Monday

Dear blog.. blog yang dah macam journal peribadi aku.

Tajuk post English. Poyo je kn
 
today is Monday. yesterday was Sunday and tomorrow is Tuesday.
 
Ingat lagi masa sekolah dulu, kalau time English subject, lepas ucap Good Morning, Teacher tu suruh baca benda alah tu.. untuk ingat Hari.
Sekolah rendah pun. Boleh laa..
 
Aku datang awal harini. Naik bus 1st di KL Sentral. 7:59 sampai di sana. Nasib sempat kejar Bus. Masa aku naik bus aku tak Nampak seorang pun manusia yang aku kenal yang aku biasa nampak. Mungkin aku hanya Memandang, tak Melihat.
 
Seperti biasa, kerusi di tepi tingkap menjadi pilihan. Telinga di sumbat dengan Ear Phone, layan Fly.fm pagi tu.. dosa telinga pagi-pagi dah dengar lagu lagho. Entah la, rasa kusam je lately ni. I wasn’t interest of anything.
 
I can’t think straight.
Expect nothing. Appreciate everything.
Masa alarm Hp bunyi pagi tadi pun aku boleh sambung tidur lagi. Risau betul aku dengan keadaan diri yang makin berat nak bangun pagi. Ya Allah. Perlahan-lahan aku bangun tengok cermin. tepuk-tepuk pipi dan mencapai tuala ke bilik air. Dalam bilik air pun aku leka. termenung tengok berus gigi.. Air pili yang di buka di biarkan ke lantai. Pembaziran berlaku di situ ye.
 
Hmm.. Seketika fikiran jauh melangkau ke tempat kerja. Bos ada meeting pagi di Menara, Ada satu report kena siapkan. Perlu reply Memo Request Valuation daripada Shuhada.
 
semua telah di aturkan di dalam minda. Namun, masih tak Nampak bayangan senyuman, kelibat sahabat seperti selalu. Kalau dulu, aku boleh tersenyum sorang-sorang demi memikirkan telatah diorang. Dah berkira-kira nak menyakat apa bila jumpa nanti.
 
Terbukti.
 
Masa naik ke tingkat 10, Seluk beg tangan baru nak cari Tag access pintu. Tapi tak jumpa. Sorang makhluk pun tak datang lagi. Aku menyinsing lengan baju untuk melihat jam di tangan. 8:16 pagi.
 
hmm.. aku melangkah ke café sorang-sorang. Tiada kelibat fiza, eida atau kak Shima. Aku duduk sorang-sorang sambil baca surat Khabar. Tiba-tiba Eida datang.
 
Eida : eh Athirah ada. Naik apa?
Ath : Bus. Eida?
Eida : bus laa. x Nampak pun.
 
Eida dan Fiza membuka Nasi lemak yang di beli dari luar bangunan.
 
Eida di sebelah memulakan bicara.
 
Eida : ey Athirah serius nya.
Ath : Ha? ye ke? ..mungkin sebab tak bawak Tag, tak boleh masuk sebab tu duduk sini.
Fiza : yeke? Mimah?
Ath : belum, dah Msg tadi. hehe taka pa la.. :)
 
Kusyuk je aku baca surat Khabar Kosmo, tentang Perkahwinan Irma Hasmie dan Redza.
 
Sukanya aku tengok diorang.
 
Orang baik di pertemukan dengan orang baik. bisik hati. Aku ni?? jauhhh sangat..  Impian je tinggi. Teringat Farhana yang baru tunang sabtu haritu. hmm tu pun ternampak. Memang tak tahu dia bertunang. sebab dia tak cakap. Rahsia barangkali. tapi Shuhada, Eida dan beberapa orang dari Bank Islam di Ting 6 pergi ke majlis dia. Yang aku Nampak la dalam gambar di FB.
 
Semoga dia berbahagia. Aku Cuma menyakat dan mengagak je dia akan bertunang. Kalau dia jemput. InsyaAllah aku pergi. haha.. tapi tak jemput. biar je la. Cantik sangat gambar-gambar dia. Suka aku tengok gambar orang kahwin+tunang.
 
Teringat satu SMS kawan yang di terima tengahari sabtu lepas.
 
“Sayang, Hepi birthday. May Allah bless be with u eternally. Kawin cepatt!!”
 
sebaris ayat tu membuatkan aku tersenyum lucu.
 
Kalau lah dia tahu betapa aku ni memang tengah cari my other’s half. betapa aku memerlukan dia setiap hari untuk berkongsi suka dan duka. Namun, Allah punya rencana sendiri. Aku masih belum cukup baik . perlu berusaha lagi..
 
Suasana di pejabat kian sejuk membeku. kerana hanya 5 orang manusia di tingkat 10 yang masih tinggal.
 
Emel di buka. Update Folder. only 8 mail masuk. 7 pasal kerja 1 je dari member di JKR. haha.  
 
Shahirah cakap dia ingat nak celebrate beday aku on Sunday tapi Min tak sihat. So the plan cancel. Nanti next time kalau ada masa arrange lain.
 
hehe berbunga hati yang kecik ni.. bunga rose warna putih. J
 
hmm
Takkan la orang yang dah pindah menara tak boleh hantar Emel kat orang Wisma. Lupa terus ke? maksud aku , kakak2 dari department lain yang selalu Fwd emel. dah tak ada. Sibuk unbox agaknya.
 
Boring~
 
Pukul 1:10 aku menapak ke Surau. Aku tahu ramai Puasa Isnin termasuk aku, so I am not making any call.
 
Lampu pun tak bernyala. ada 3 orang memakai telekung di sudut surau sambil memegang Al-Quran. Farah pun ada.
 
Aku berdiri sambil membaca keratin info di Kalender islam mengenai Bulan july dan Ramadhan.
 
Ramadhan bermaksud kering.
 
5 minit lepas tu baru F2 datang and ustaz Sallehudin mulakan kuliah dengan intro ayat dari surah An Nur. berkenaan dengan Taubat. Dari pagi tadi aku boleh kira bilangan perkataan yang di ucapkan. Mulut memang terkunci habis.
 
Semasa memakai tudung di cermin sinki, Eida datang di sebelah sambil pegang skirt yang aku pakai. Hari ni Eida pakai Spek Mata.
 
Ath : eyyy Eida. dah makan? dengan siapa?
Eida : Shuhada. Tirah? sorry tak ajak..
Ath : taka pa, InsyaAllah puasa.
Eida : laa yeka, nape tak bagi tahu… tadi eida makan nasi lemak depan Tirah
Ath : taka pa. tak kisah pun, bukan apa sangat.
 
Aku memusingkan badan menghadap Eida yang memang sedang meghadap aku. Saje aku acknowledge dia pakai spek. Walau dah Nampak dari pagi tadi.
 
Ath : Eida pakai spek la arini. Nampakk….
Eida : Nampak tua ea? garang?
Ath : tak lah, Nampak bijakk sana..
 
sengaje aku pecahkan perkataan tu. sebut satu satu. Kemudian dia tergelak. Aku pun sama tersenyum.
 
Ath : hmm tau tak dari pagi tadi, ni la pertama kali tirah tergelak. Thanks Eida.
Eida : alaa ye ke sian nyee..
 
bila dengar dia kata kesian. Macam tak best je perkataan tu. Kenapa nak kesian kat aku?  I prefer someone louves me.
 
Louve tu ejaan zaman dulu. kalau dalam literature. shakspears akan guna perkataan tu. I love my friend.
 
Pukul 3:36 pm
 
aku memusingkan badan ke tingkap besar di belakangku, MasyaAllah gelap gelita. Mendung menandakan Hujan bakal turun dengan Lebat. dalam hati mengucapkan Syukur. kerana lately ni panas sangat keadaan Bumi. Kesian tumbuhan dan haiwan. Manusia punya angkara.


No comments: