..ada masa

Pernah suatu petang selepas solat Asar, bersama kawan-kawan saya menyatakan
“Kadang-kadang rasa penat dan tak larat nak hold status ‘single’ ni… Yang lain hanya tersenyum dan mengangguk tanda mengiyakan rasa yang  sama.
Bagi yang telah Selamat bergelar Isteri pula berkata “ Sabar ye, insyaAllah ! pasti suatu hari nanti dia akan ditemui”
Ya, memang jawapannya sabar.

Saya manusia, ada jiwa.
Sejauh mana saya boleh kuat dengan sendiri?
Ada masa, saya perlukan orang lain untuk berikan pelukan erat,
Ada masa, saya perlukan orang lain untuk berikan sokongan dan bantuan.
Ada masa, saya perlukan orang yang benar-benar berani untuk berikan saya perlindungan dan backup saya masa saya memerlukan.

Kerana saya manusia biasa. Ada kemungkinan untuk tersungkur juga.
Ada kalanya, rahsia jiwa ni sukar nak gambarkan. Tapi saya tengok orang lain rileks je.. 

I Should or shouldn’t think about it?

Jiwa dan hati kita banyak menyimpankan rahsia. Rahsia yang sukar untuk diungkapkan, dituturkan dan dibicarakan. Namun, saya percaya C I N T A itu letaknya didalam jiwa.

It’s a big word. 
Saya tak pernah faham maksud sebenar selain dari CINTA ALLAH.

Jauh di kolam hati, merenungi ayat-ayat cinta-Nya dengan khusyuk, dan penuh teliti. Ternyata, setiap hembusan nafas yang melantunkan ayatnya : menembusi sehingga ke pangkal hati. Ia mengalir laju ke setiap saluran dan sudut nadi sehingga menggetarkan jiwa-jiwa hamba .

MasyaAllah.
Yang saya faham melalui Pembacaan dan mendengar penyampaian dalam majlis-majlis ilmu..Cinta itu begini..

C i n t a – harus 100 %
Cinta 100 % kepada Allah
Cinta 100 % untuk Rasullullah
Cinta 100 % terhadap Ibu Ayah
Cinta 100 % buat pasangan dengan penuh mahabbah
Cinta 100 % dalam ukhuwah 

Cinta sebeginilah yang akan memberikan kenikmatan, ketenangan, keindahan, keasyikan dan keberuntungan.
Inilah bicara cinta kita yang sepatutnya.

Namun saya manusia biasa. Yang diberikan fitrah untuk memiliki teman, memiliki kekasih, mahu itu dan ini…
Saya akan berusia 24 Tahun pada Jun 2012 ni. Saya tak tahu apa perancangan Allah buat saya. Adakah ini satu rungutan?  Tidak, bagi saya ini merupakan ekspresi diri dalam menapak menuju illahi. Motivasi Hati.


Nota Kaki :

Ketahuilah
Bukan Allah tak tahu derita rindumu…
retaknya hatimu
sengsaranya hatimu
Mungkin ..itulah yang Dia mahukan
kerana
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih baik dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya
Ya Allah.
Titipkan ketenangan buat diri yang sedang keresahan...
Ya Allah,
kembalikan keceriaan buat diri yang kedukaan...
Ya Allah,
gantikan tangisan dengan senyuman...
Ya Allah,
jika ini ujian buat diri ini , berikanlah kekuatan...
agar aku tabah di sepanjang perjalanan menggapai RedhaMu.
Ameen

Kalau kita terasa dengan seseorang, itu tandanya kita sayang dekat dia. #Teori sendiri

"sekelumit"

saya sedang malas.. malas bermaksud.. saya tiada motivasi untuk menulis..
Motivasi bermaksud.. kekuatan minda berada pada tahap rendah.. ini kerana, saya tidak mencari masa untuk menaikkan motivasi itu sendiri. sebenarnya hanya rasa. rasa rasa rasa rasa ...sekelumit rasa...

Rasa susah?
Rasa sendiri?
Rasa ditinggalkan?
Rasa lemas di dalam dosa dan tidak rasa akan diampunkan?

Pernah rasa ditinggalkan? Pernah rasa tertekan sehingga kadangkala terasa seperti terkorban? 
Kita rasa seakan sendirian. Tiada siapa mahu mendengar cerita kita. Kita rasa tiada bantuan. Tiada siapa mahu menghulurkan tangan.

susah kan?

Kesusahan yang menyentuh kita, pasti akan berakhir. Namun sejauh mana kekuatan kita untuk sabar? Di sinilah kita perlu letakkan titik muhasabah kita.
Allah SWT berfirman:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” 
 Surah Asy-Syarh ayat 5-6.

Dan lihatlah apa firman Allah SWT dalam surah sebelumnya:

“Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi, (Bahawa) Tuhanmu  tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)”
 Surah Ad-Dhuha ayat 1-3.

Ya, Allah tidak membenci kita. Jauh sekali meninggalkan kita.

Ayat ini turun semasa Rasulullah SAW dalam kesukaran. Wahyu terputus agak lama. Sehingga Rasulullah SAW merasakan yang Allah meninggalkan baginda. Maka Allah menurunkan ayat ini, sebagai penenang jiwa baginda.

Penenang, untuk jiwa kita juga.
Yang menyatakan bahawa kita beriman kepada-Nya
"Tenanglah Tenang."

Marilah kita tenangkan diri, dan melihat harapan yang diberikan Ilahi.

Dah lame tak tulis macamni...
Hari demi hari, melihat perubahan sekeliling membuatkan jiwa goyang.. 
Kesedaran saya sekejap ON sekejap OFF..
Tak mahu bicara panjang untuk sekelumit rasa ini..
Nota Kaki
1) Demam membantutkan hasrat ke walimatus kawan sekolah (Raja Nur Fatiha) .
2) Having unplanned dinner with sayla dan mendengar cerita dia seperti novel /telenovela. Perasaan bercampur . She's lucky. Harap yang terbaik buat sahabat seorang tu. Ameen
3) Where is my Ukhwuwah. i dont wanna lose them.
4) farhana macam sedih je lately . hope die can bring herself up as she the type "reserve" person for herself.. InsyaAllah ada pengganti yang lebih baik untuk dia.

Hakikat Pertemuan

 First of all, kepada yang akan bace entry ni… bace senyap-senyap. Jangan nak senyum-senyum kambing ek pasni.
^Sekeh kang. Hehe
 
Harini merupakan hari Jumaat terakhir zarith bertugas di Wisma BIMB HQ, lepas ni dia akan ke Ipoh.
Pagi-pagi lagi dia kol tanya samada aku dah breakfast ke blom.. pukul 9:30 masa tu. Memang blom makan sebab datang lambat pagi tadi. Mula-mula memang pelik sebab ni kes luar biasa dia call ajak breakfast.
 
Al kisahnya kat Pentry tak ada air. Demi mengingatkan yang dia sedang berbadan Dua, aku temankan dia ke Café . Makan sambil borak-borak.
 
Zarith : Tak sangka kita boleh rapat kan tirah.
Ath : Hmm.. memang. Tu la.. sebab afiq je pun..
 
Dalam hati ( Tak ada apa yang mustahil bagi Allah)
 
Masa tu baru teringat, Semua yang terjadi dalam kehidupan kita ni ada hikmahnya. Tak ada satu pun Allah jadikan dengan sia-sia. Cuma hikmahnya lambat dan Allah saje maha Mengetahui.
 
15 Min pagi tu rasa berkualiti sangat. Haha..
 
Bak kata zarith : dah cuba nak nagis tapi tak boleh, tak de air mata laa..
 
Mungkin gaya dia yang suka menyakat dan nakal tu membuatkan diri dia dan orang sekeliling ceria. Namun jauh disudut hati.. memang akan rasa kehilangan . Hilang satu wajah yang biasanya akan menyapa dan memberI makna dalam hidup insan ini. Just like I said before, there are people who come and left the footprint in our heart.
 
Lunch tadi di Secret Receipe. Nasib baik dah booked siap-siap so xde la masalah . Cuma makanan aku je paling lambat dapat.
Semuanya berjalan lancar. Hepi tengok semua kawan-kawan ada.  

Picture | Picture | picture | picture | picture | Picture | picture | picture | picture |
 
Dia siap bawak Plastik . Ingatkan plastic apa… rupa-rupanya nak standby takut-takut dia nak muntah.  Kelakar betul. Selamber habis.
Lepas ni tak ada la orang nak menyakat or mengusik / bergurau nakal dengan k.shima and kwan-kawan lain.
 
Dari tadi sampai saat aku sedang type posting ni, dalam minda and hati aku ni macam ada satu benda tak lepas.. rasa lemas.. tersangkut . Apa ek?
 
Masa keluar lif lepas diorang solat zohor, zarith cakap “ Tirah jaga diri tau, I love you” . Segan masa tu sebab ada sorang akak kat ting 11 ni dia pandang je..
Hahaha..
 
I’ve breaking the mirror of reality.
 
Hakikat Pertemuan ialah perpisahan. Dua perasaan yang berlaian bila ditinggalkan dan meninggalkan.. mana yang lebih mudah?

 This post contains emotional unstable tone.

Semalam masa semua orang memberi kata-kata buat zarith, aku tak terkata apa-apa
Sebab The One Who created the heart, He knows about it. He understands me before i say anything.. Sumpah tak reti nak bersiaran secara langsung. Aku memang tak sesuai kalau nak masuk rancangan On Air tuh. ekekke~
Hmm well, kalau bukan zarith sekali pun, siapa-siapa la antara kawan-kawan yang aku ada sekarang akan meninggalkan aku? What shall i say? ...
Ucapan untuk dia, kawan bernama Zarith.

Hari ini kita bertemu.. 
Hari esok belum tentu.. 
Hari ini kita bersatu.. 
Hari esok Allah yang tahu.. 

Tak semua orang boleh cakap terus terang right in front of your face without hurting .. but sometime u have that talent hehe.  Macam dia, dalam dia bergurau ada mesej yang terselit.. bagi orang macam aku yang lembab skit ni, memang tak terfikir..but u did girlz . 
Zarith, u used to emel me tentang apa je yang menjadi persoalan kn, Sorry la kalau jawapan or perbincangan tu tidak membantu or memberi jawapan yang dicari tapi i've try my very best. Best dapat sharing selalu, lepas ni dah dekat Branch tak dapat la nak sharing selalu coz tahap kesibukan anda mesti meningkat hehe..
Apa-apa pun, zarith tetap di Bank Islam kan.

Masih ada FB. Masih di Malaysia. Keep in touch ok. Semoga Happy selalu bersama keluarga tercinta.
Memang tak sangka la kita boleh jadi kawan .. sebab Afiq tu . + Awk tu comel sangat untuk tidak di beri sapaan hehe..

Take care.
Rasa macam baru semalam berkenalan. Harini dah nak berpisah. Ia nya sangat mudah jika  aku hanya tidak memikirkan nya.. Hmm but this is me. Not you. 

My heart just cannot bear to lose one...not  for one..Feeling ni same masa dapat berita Eida nak kena tukar hari tu.. and bila eida cakap semalam Athirah moody... Baru teringat moment yang sama beberapa bulan lepas di tempat yang sama. .
P/s

1) Esok ke KLCC .. Ingat nak jumpe anyra, Kay, Min, Shiro dan yang lain.. tapi diorang cancel kay kate.. nak ajak gi dengar Talk kat masjid Al syakirin. Cinta Rasul.
 

Khamis yang Pink

Hari Khamis..
 
Segalanya bermula dari waktu pagi..
 
Adik paksa aku pakai baju kurung warna Pink/Purple dengan tudung yang dia beli kat Penang ..
 
Kakak : Nak pakai baju ape ek arini? Dah tak de baju rasanya
Adik : Long, ko jangan kufur nikmat la.. ni pakai baju ni and tudung ni
Kakak : Ya Allah, Pink? And tudung ni susah la nk pakai.. tak mau la
Adik : ko pakai la dulu..
 
Hmm sekadar ikut je arahan dia. Malas dah nak pikir..  Dari dalam kereta nampak budak-budak sekolah yang berjalan, aku pandang muka dorang satu satu dan tepat. Kenangan dulu masa sekolah ter imbau kembali, mesti dulu aku gi skolah pun macam ni muka nya.. takda langsung senyum, jalan nak cepat je..  hehe sekolah sekolah.. hmm rasa nak bagi tahu je kat adik-adik yang lalu lalang kat situ camni “ Dik, belajar rajin-rajin tau, pastu serahkan kat Allah segalanya. Do the Best and lets Allah do the rest.. Jangan ikut sangat trend ideologi barat yang tidak meletakkan Allah sebagai tujuan. Niat elok-elok, ingat Mak Ayah.. pastu follow the flow…
 
Dulu aku xde orang yang bagi tahu semua ni, Facebook pun xde nak baca perkongsian ilmu yang membuka minda dan merangsang jiwa. Tak ada page2 islamic yang memotivasikan setiap langkah menuju illahi.. Budak sekarang beruntung tapi, tetap jugak mereka tak nampak hakikat sebenar. Termasuk la adik2 lelaki ku yang ada kat rumah tu..  Sedih betul bila yang difikir hanya Bola Bola Bola dan Telepon. Lempang Kang~
 
Lunch Tadi makan di HP, terserempak Wan.. yela dia keje kat FF tu.
 
. ..dan petama kali nampak, k.shima sangat “berbual” J
Tau tak kenapa aku suka sangat lepak dengan geng2.
 
Maybe ni over sangat.
 
Bila k.shima put her eyes on me.. as she give her full attention as I needed. As I the most important person on that particular day. Walaupun tak ada kaitan pun sebenarnya. Bila kami bercakap sesame kami, rasa dihargai.. u know.. like kawan yang suka suka cakap tapi still reserve some for ourself. But everybody undersood it so well. Bergurau sampai sakit pipi nak gelak..
Thanks Allah for each tiny things happen.
 
Lately, Farhana Nampak serius. Maybe dia memang begitu. Eida pulak double berseri..
 
Pagi tadi tanya eida depan fiza
 
Ath : Eida, dah buat persiapan?
Eida : emm Persiapan?? Ar ar?? Sikit sikit la
Fiza : Persiapan apa?
Ath : cbe tanye eida.
Eida : Athirah ni pandai je dia terjah.
Ath : Hehe mane la tahu.. berseri sangat. Hari demi hari macam k.su dah.
 
Hehe saje je serkap Jarang mane la tahu ..Betul.
 
Petang pulak zarith emel cakap dia mengandung. Alhamdulillah, rasa nak peluk dia kalau ada depan mata. Tu yang dia tunggu-tunggu selama ni.. Mesti suami dia paling gembira. Memang pun kn.
 
Melihat mereka-mereka sudah melangkah setapak demi setapak kehadapan meninggalkan aku… aku jadi kelu..
Aku tak mahu ketinggalan.. Namun apa jua takdir Dia telah tetapkan.. 
Kemampuan diragui. Harapan tetap tinggi..

Ya Allah (Aku menjerit dalam hati)
 
Semangat DAN Azam UNTUK Hidup HARI Ini...

Hiduplah hari ini ....


tanpa kesedihan...

tanpa keresahan..
tanpa kemarahan....
tanpa kedengkian...
tanpa kebencian....

Tapi hiduplah hari ini....

dengan keimanan 
dengan kasih sayang
dengan keredhaan
dengan ketenangan
dengan keikhlasan 

ya Allah...
ampuni aku yang kadang terlena...
dan terbuai indah gemerlap dunia...
hingga melupakan kewajipan...
ampuni aku yang kadang kurang bersyukur...
dan tengadah lelah menatap dunia...
hingga aku terantuk dan jatuh...

ya Allah...
aku mengharap hidayah dari-Mu...
tiada yang dapat menerangi bila ALLAH tiada menghendaki...
dan tiada yang dapat menyesatkan bila ALLAH telah memberi hidayah...


Nota Kaki

1) Tadi Zarith kiss aku betul2 kat surau. haha
2) Esok farewell dia di PBD.. Siapa la nak mengusik nakal lagi lepas ni..
3) K.shima mempunyai senyuman yang Nakal
4) Aku sedang berperang dengan diri. Bile nak damai tah. 
 

Jawahir

 by all the meaning of  " Jawahir "..

Apa itu Jawahir? dalam bahasa arab, ia bermaksud Jewel. Permata..

Ni nama kawan saya..Saya tak ada kawan nama ni before join Bank Islam.

Nama dia tak de la pelik mana, macam

topi bin supir ke?
Selendang anak girang ke?
Hizali bin kaling ke?

hehe tu semua nama orang belah-belah serawak. Dalam Collateral customer ada la. hahaha~ kes2 terpencil

Pernah la adik saya cerita kawan dia nama jawahir.. tapi saya macam pelik dengar nama tu. Lelaki ke perempuan? biasanya lelaki. Kini saya ada kawan nama Farah Jawahir. Baru baru ni dia telah menamatkan zaman bujang dia di Usia 25 tahun dengan pilihan hati bernama Ariff.

Selamat menempuhi Alam berumah Tangga Farah.

Alhamdulillah dapat hadiri majlis Nikah & Persandingan dia di Batang kali last week.
Wow cantik la. Orang yang dah sedia cantik , pakai apa pun cantik. Tambah pulak, elok tutur kata dan kelakuan. Bonus berganda-ganda la . I'm happy for you.

Last but not least.
Doakan saya yang masih single ni ye.

Cinta setelah Nikah
 Buat farah & Sahabat yang sudah melangkah ke Cinta Halal.
Cinta yang ingin dirasakan..Cinta yang begitu dirindukan, Dimana semua orang sangat menunggu saat itu tiba,.Semua berharap segera dapat berjumpa denagan pasangan

Cinta setelah nikah, Dimana keberkatan dari Allah, Tercurah kepada sepasang manusia yang telah halal baginya,Cinta yang diredhai, penuh keampunan serta kasih sayang Allah

Cinta setelah nikah merupakan perjuangan, Hujan badai dan gelombang kehidupan datang silih berganti, Jadikanlah perbezaan bukan sebagai jarak yang memisahkan
Melainkan untuk saling melengkapi, Setiap manusia memiliki karakter yang berbeza
Tak ada manusia yang sempurna Karana kesempurnaan hanya milik Allah.

Jangan biarkan cinta itu redup, kemudian mati, Tumbuhkan cinta itu karana Allah
Saat engkau terguris luka dan kecewa, Tulislah di hamparan pasir agar hilang ditelan ombak kecintaan karna-Nya

Saat kebahagiaan menghiasi,Maka ukirlah di batu karang Karna bila badai ombak kehidupan menerjang ia akan kokoh dalam naungan cinta-Nya

Maka...Bila segala cubaan datang menghampiri, Bila badai ombak kehidupan menerjah, Kita selesaikan dengan cinta,sayang...
Barakallahufik

Cun Habis

Yea yea yea.. 1 down 6 left :P


Nota Kaki

1) Zarith akan berpindah ke Perak This coming February :(
2) Voucher buku ada lagi RM150 bile la nak habis ni..
3) Got to do something

mafalasfa

Assalamaualikum Blog.

Time for update.. Malas tahap petala ke lapan sejak akhir-akhir ni. Gejala orang habis exam. SERIUS malas.
Masa time-time nak exam aritu, kemain lagi siap bole update satu dua post... Baca buku rajin bebenor ler tuh.

Dah hampir 2 weeks, not a single word dapat di tekan pada laman ini. hehe

Ok Last Thursday adalah exam terakhir aku. Dari pagi sampai petang. Terbaek la 2 paper dalam 1 hari.

Lepas solat zohor, kat nani ajak singgah kedai beli roti. Lapar katanya..Dia tanya " Tirah, tak nak ke?"
"Tak pe la kak, tak de selera nak makan selagi tak habis exam ni".. memang 1 sen pun tak keluar dari pagi..

Jimat kan?? alih-alih demi memandang kak Nani yang bersusah payah mengeluarkan duit dari beg, seluk poket nak cari RM1.80... tapi tak de duitnya..

Aku keluarkan duit dalam poket RM2.00 dan bagi kat Pacik kedai tu. Dalam fikiran ni tiba-tiba terlintas.
Rezeki yang kita ada dapat tu ada hak orang lain.

Nampak tak? Alhamdulillah Allah tunjuk =)

Sedang lepak-lepak kat dataran UTM depan Library yang nyaman tu, tiba-tiba Hendra datang. duduk kat sebelah. Haishkk menggangu kosentrasi betul. Dah la kalau dalam kelas dia duduk depan, aku tak bole fokus! haha.. #Berangan

Pusing kiri nampak Doa &; Yana dah senyum-senyum. Dua-dua tu tunang orang. Hmm suka jugak la tengok Hendra yang serabai tu.. tapi dah tahu dia ada aweks + suka perempuan2 yang Hot. Suke je. Tak salah pun kan. Bukan sakit pun dia.. ini kes feeling sorang-sorang. #Takpe

Sabtu dan Ahad
Seperti biasa Weekend aku berlalu sangat pantas dan Padat aktiviti bersama keluarga dan kawan. Ingat nak ajak member kolej keluar, tapi tak SMS, tak call pun dengan andaian mereka tentu busy dengan agenda masing-masing. #AssumeJe.

Nasib sayla Ajak gi Tutti Frutti kat Bangsar , Ok la dia datang amik. Malas nak drive^^  Whoouh Jumpe Aizat. Haha selekehnya dia.  By the way. Tutti Frutti 50% discount tu sedap la.

Bukan mudah nak berterus terang. Tapi apa yang aku boleh nampak.. Setiap orang ada "preference" tersendiri. Contohnya Jika A tu preference nya B, tak semestinya B prefer A. it will goes that way .. Sehingga la A sedar yang B, atau C  atau D atau Z sekali pun... tidak akan prefer formula yang sama.. sehingga itu lah dia akan mengerti dan Faham.
What ever it is. Hadapi dengan senyuman dan Bersangka Baik.
Ketahuilah teman...HIDUP ini susah kita nak DUGA...
Kadangkala kita rasa DEKAT dgn seseorang itu...TAPI sebenarnya JAUH...
Walaupun kita dapat BERSAMA dia...Belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI...
Mungkin kita boleh buat dia KETAWA...Tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA...Bila dia menangis kita rasa kita dapat MEMUJUKNYA...
Walhal kehadiran kita langsung TAK DISEDARI..Rencah dunia,kita tidak akan tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN...Sehingga sampai saat kita JATUH TERSUNGKUR...
Adakah tangan DIHULURKAN atau DITINGGALKAN..