Lengang

Dear space.
Minggu-minggu terakhir aku di Bukit Damansara ni sangat mencabar. Bagai Mata yang dipaksa berjaga sedangkan ia masih mahu lelap.
Orang pun dah semakin sikit di Wisma Bank Islam ni. Lengang! Hanya mereka yang di jadualkan pindah pada saat-saat Akhir je yang dapat  describe bagaimana Lengangnye bangunan ni. Hahh mungkin aku ter Over rasa sebab Level 10 ni biasanya boleh memuatkan hampir 80 Manusia hanya tinggal 8 kerat je. Yang 8 kerat ni pulak semuanya Pendiam. Giler Sunyi.
Yang kedengaran sesekali bunyi papan kekunci di ketik dan helaian kertas diselak oleh manusia yang entah siapa. Sesekali helaan nafas Bos pun boleh kedengaran. Cuba bayangkan macamane kau nak jawap panggilan peribadi dengan keadaan suasana sunyi macam ni? for me to know and for you to find out..zzZZ
Minggu lepas ramai sahabat yang absent. Masalah kesihatan dan pelbagai lagi kekangan kerja. Jumpa pun time Lunch yang 30 minit tu masing-masing pandang makanan dan sesekali berlaga pandangan untuk tukar-tukar senyuman. Aku rimas macamtu. Aku hanya mampu garu belakang telinga dalam menghadapi keadaan macamtu.

Kak Shima sedang menghadapi alahan awal pregnancy. Kesian tengok dia.. tanya khabar dia pun melalui Farah dan Kak Min.. Aku harap dia akan ok secepat mungkin. Dia kena kuat, kena ada selera makan untuk baby dan diri sendiri. Susah jugak kalau setiap apa yang masuk, akan dimuntahkan. Penat! Sakit! ..  Pengorbanan seorang Ibu.
Hari Jumaat aku breakfast dengan Eida, Dia kata, harini hari Last dia di Wisma..
Aku hanya menganggukkan kepala tanda Noted.
Eida : Tak bersedia lagi la mental dan Fizikal nak Pindah Menara.
Ath : eh, bukan Eida dah pernah kat sana ke dulu. dalam 2 bulan jugak kan.
Eida : A’ah tapi tak suka la. Tapi mungkin dulu Eida sorang-sorang. Boring sangat.
Ath : ha sekarang kan semua pindah sana. Cuma lambat atau cepat je.. Farhana & Kak Su dah ada kat sana. Dorang mesti rindu Eida :)
Eida : hmm Eida pun Rindu semua orang. (sambil tersenyum)
Boleh dikatakan hari Jumaat tu aku banyak habiskan masa dengan dia.
Farah & K.eja Half day. Aku hanya beli burger Otai dan makan di Level 6 ( pantry ) Join group GA yang terdiri daripada Shuhada, Fariza , Eida. Kadang-kadang segan jugak .. Eida selalu kata aku malu..
*Maneeeee ada.. Memang aku macamni. hehe.
Borak masa diorang kerja dekat Darul Takaful. Aktiviti diorang. Banyak yang Kelakar, sebab mereka ni jenis Happy go lucky.
Masa dalam bus nak balik Eida mulakan bicara lepas dia membuat 2 panggilan wajib setiap hari.
Eida : Athirah kenyang tak Lunch tadi?
Ath : Kenyang. 1st time makan Burger Otai tu. :)
Eida : Athirah OK tak tadi?
Ath : ok Cuma rasa macam mengganggu.
Eida : ganggu??
Ath : erm rasa macam orang tak ada kredit , nak mintak pinjam kredit dari orang lain..faham tak?
Eida : errrrr… mintak je la macamni “ ey pinjam kredit” haha macam berlagak je bunyi.
Ath : haha.. mana ada orang mintak redah macamtu je. dia mesti rasa hesitate.. teragak-agak.. kn
Eida : hmm kenapa rasa macamtu . Tak faham.
Ath : erm Ok la.. Senang citer, Best Lunch tadi. Kelakar dengar Shuhada cerita macam-macam.
Eida : haa kan senang macamtu. :)
Sebelum kami berpisah di KL SENTRAL, Eida cakap, Athirah jaga diri tau.

Aku hanya mengerutkan kening dan eida faham, lantas dia mengajuk ayat aku selalu cakap “ Ye Athirah kan dah Besar “. hehe dua-dua tersenyum, Kami salam dan berjalan menuju ke Pintu KTM untuk tag Touch& Go. Eida didepan tiba-tiba berhenti, dan berpusing ke arah aku
"Jap-jap, Eida tak tengok Athirah betul-betul tadi" sambil dia pandang tepat ke muka. Aku buat muka terkejut ,

sebab Eida biasa nya dia akan simpan apa yang dia nak ckap..
Contohnya kalau dia nak ajak makan McD, dia akan cakap camni
Eida : Athirah lapar tak?Eida rasa macam nak makan McD tapi tak best sorang-sorang.
dia akan guna ayat pancing untuk orang lain yang ajak dia.

She won’t ask you to come. She will give a hint. Aku selalu cakap dekat dia tanda tak puas hati.
Ath : Boleh tak kalau Just ajak je. cuba cakap “ Athirah, jom teman Eida makan McD” kan senang.
Dia akan senyum je bila aku kenakan dia. haha
......................................................................

Itu yang berlaku di tempat kerja.

On weekend, aku gi melawat Abg Shazmin di Hosp Pusrawi dan Jalan-jalan.  That’s all kot yang sempat aku ingat. Tak banyak sangat benda menarik nak di coret.
I wish I could write like Hlovate. It takes patient… bertahun-tahun simpan Manuskrip semata-mata nak ianya jadi yang terbaik. Fuhh~ Boleh ke aku??
Ramadhan hampir tiba.

 Banyaknyee masih tak bersedia.

Ahad yang terisi

Assalamualaikum Blog,

Hari Ahad. Skip kelas..

Pergi kenduri di Rumah Anyra. Tak sempat pun nak attend bace Yassin sama-sama, hanya sempat datang makan jamuan tengahari je..

Lame sungguh tak jumpa Kawan sorang tu. Dia sudah punya segalanya. Suami, Anak ,Kerja dan Keluarga. Tumpang gembira melihat dia.

Seminggu yang lepas aku SMS semua kawan-kawan yang tersenarai, Ingat nak pergi sekali.. siap dah maklumkan waktu pun. Tapi Ahad tu, Shera bangun lambat, so dia suruh aku dan yang lain-lain gerak dulu.

Kami sampai serentak di Ampang. Masing-masing Anggun dengan gaya masing-masing. :)

Banyak masa dihabiskan bersama Dina . Si kecil yang mempunyai mata bulat. Geram giler. Shera tengok Dina macam nak telan. tak lepas dari tangan "Kakak-kakak" pegang Dina. Macam tak pernah jumpa budak pun ada gayanye. Kalau la Dina boleh cakap, mesti dia "Rimas" hehe

Dalam pukul 2 baru Shiro sampai. Teman dia makan hampir sejam. Borak-borak , kemudian Anyra keluarkan Pavlova errr tah ape name benda alah tu, serius manis. Aku kurang suka sangat. So bagi chance member-member lain perabis.

Masa nak balik, Shazmin ajak lepak. semua ON kecuali Shera, sebab dia kena balik UIA.. Dia Busy sekarang, banyak program kemasyarakatan.

kami lepak di  Cafe Craven, Bukit Antarabangsa.. Situ sunyi sikit.. Aku dan Sayla satu kereta, Shazmin dan Shiro kereta lain, tapi yang peliknya, diorang sampai lambat... puas tungu, bila dia sampai, bawak cake Secret Receipe.. hehe Aku dah senyum awal-awal tengok min bawak Kek masuk cafe. pastu dia cakap

Min : err apasal ko seyum
Ath : Tu kek :)
Min : Bukan untuk ko
Ath : heeh bukan pun tak pe kita bole makan sama-sama. Dah la bawak outside food tak mintak izin

cepat-cepat semua mata melilau cari sign " No outside food allow"

Tapi tak ada.

Bila waiter datang nak amik order, dia siap mintak pingga dan sudu lagi.

Min : Bole tak kami makan kek dalam ni?
Waiter : eh boleh, boleh silakan. Cukup tak pinggan?
Min : Thank You. Cukup2

Aku dan yang lain-lain pandang sambil senyum. 

Ath : Min thank You. Baiknyee kau. muah muah

Sebelum potong kek, Aku kena baca doa kuat-kuat. Permintaan Min. Pastu sesi fotografi dan mendengar ucapan dari kawan-kawan.

Kalau semua orang ada kan Best. selalu tak cukup corumn. :(


Realiti checked

... dikala yang lain pantas berlari menuju kemanisan iman, aku masih terkapai-kapai . Nyawa-nyawa ikan lemas dalam hasutan hawa Nafsu

oh iman! sedihnya.. :(   ......duhai hati..
 Kehilangan Iman mula-mula seperti tiada rasa. Rasa biasa. Rasa yang ada di mana-mana.

Setelah lama ia seakan tiada, baru kini aku perasaan perginya.

Rasa air mata sudah tidak biasa mengalir takutkan Tuhannya. Rasa semakin banyak dosa yang dibuat walau tahu akibatnya. Rasa seperti sudah jauh jaraknya antara aku dengan Yang Maha Esa.


less usual Monday

Dear blog.. blog yang dah macam journal peribadi aku.

Tajuk post English. Poyo je kn
 
today is Monday. yesterday was Sunday and tomorrow is Tuesday.
 
Ingat lagi masa sekolah dulu, kalau time English subject, lepas ucap Good Morning, Teacher tu suruh baca benda alah tu.. untuk ingat Hari.
Sekolah rendah pun. Boleh laa..
 
Aku datang awal harini. Naik bus 1st di KL Sentral. 7:59 sampai di sana. Nasib sempat kejar Bus. Masa aku naik bus aku tak Nampak seorang pun manusia yang aku kenal yang aku biasa nampak. Mungkin aku hanya Memandang, tak Melihat.
 
Seperti biasa, kerusi di tepi tingkap menjadi pilihan. Telinga di sumbat dengan Ear Phone, layan Fly.fm pagi tu.. dosa telinga pagi-pagi dah dengar lagu lagho. Entah la, rasa kusam je lately ni. I wasn’t interest of anything.
 
I can’t think straight.
Expect nothing. Appreciate everything.
Masa alarm Hp bunyi pagi tadi pun aku boleh sambung tidur lagi. Risau betul aku dengan keadaan diri yang makin berat nak bangun pagi. Ya Allah. Perlahan-lahan aku bangun tengok cermin. tepuk-tepuk pipi dan mencapai tuala ke bilik air. Dalam bilik air pun aku leka. termenung tengok berus gigi.. Air pili yang di buka di biarkan ke lantai. Pembaziran berlaku di situ ye.
 
Hmm.. Seketika fikiran jauh melangkau ke tempat kerja. Bos ada meeting pagi di Menara, Ada satu report kena siapkan. Perlu reply Memo Request Valuation daripada Shuhada.
 
semua telah di aturkan di dalam minda. Namun, masih tak Nampak bayangan senyuman, kelibat sahabat seperti selalu. Kalau dulu, aku boleh tersenyum sorang-sorang demi memikirkan telatah diorang. Dah berkira-kira nak menyakat apa bila jumpa nanti.
 
Terbukti.
 
Masa naik ke tingkat 10, Seluk beg tangan baru nak cari Tag access pintu. Tapi tak jumpa. Sorang makhluk pun tak datang lagi. Aku menyinsing lengan baju untuk melihat jam di tangan. 8:16 pagi.
 
hmm.. aku melangkah ke café sorang-sorang. Tiada kelibat fiza, eida atau kak Shima. Aku duduk sorang-sorang sambil baca surat Khabar. Tiba-tiba Eida datang.
 
Eida : eh Athirah ada. Naik apa?
Ath : Bus. Eida?
Eida : bus laa. x Nampak pun.
 
Eida dan Fiza membuka Nasi lemak yang di beli dari luar bangunan.
 
Eida di sebelah memulakan bicara.
 
Eida : ey Athirah serius nya.
Ath : Ha? ye ke? ..mungkin sebab tak bawak Tag, tak boleh masuk sebab tu duduk sini.
Fiza : yeke? Mimah?
Ath : belum, dah Msg tadi. hehe taka pa la.. :)
 
Kusyuk je aku baca surat Khabar Kosmo, tentang Perkahwinan Irma Hasmie dan Redza.
 
Sukanya aku tengok diorang.
 
Orang baik di pertemukan dengan orang baik. bisik hati. Aku ni?? jauhhh sangat..  Impian je tinggi. Teringat Farhana yang baru tunang sabtu haritu. hmm tu pun ternampak. Memang tak tahu dia bertunang. sebab dia tak cakap. Rahsia barangkali. tapi Shuhada, Eida dan beberapa orang dari Bank Islam di Ting 6 pergi ke majlis dia. Yang aku Nampak la dalam gambar di FB.
 
Semoga dia berbahagia. Aku Cuma menyakat dan mengagak je dia akan bertunang. Kalau dia jemput. InsyaAllah aku pergi. haha.. tapi tak jemput. biar je la. Cantik sangat gambar-gambar dia. Suka aku tengok gambar orang kahwin+tunang.
 
Teringat satu SMS kawan yang di terima tengahari sabtu lepas.
 
“Sayang, Hepi birthday. May Allah bless be with u eternally. Kawin cepatt!!”
 
sebaris ayat tu membuatkan aku tersenyum lucu.
 
Kalau lah dia tahu betapa aku ni memang tengah cari my other’s half. betapa aku memerlukan dia setiap hari untuk berkongsi suka dan duka. Namun, Allah punya rencana sendiri. Aku masih belum cukup baik . perlu berusaha lagi..
 
Suasana di pejabat kian sejuk membeku. kerana hanya 5 orang manusia di tingkat 10 yang masih tinggal.
 
Emel di buka. Update Folder. only 8 mail masuk. 7 pasal kerja 1 je dari member di JKR. haha.  
 
Shahirah cakap dia ingat nak celebrate beday aku on Sunday tapi Min tak sihat. So the plan cancel. Nanti next time kalau ada masa arrange lain.
 
hehe berbunga hati yang kecik ni.. bunga rose warna putih. J
 
hmm
Takkan la orang yang dah pindah menara tak boleh hantar Emel kat orang Wisma. Lupa terus ke? maksud aku , kakak2 dari department lain yang selalu Fwd emel. dah tak ada. Sibuk unbox agaknya.
 
Boring~
 
Pukul 1:10 aku menapak ke Surau. Aku tahu ramai Puasa Isnin termasuk aku, so I am not making any call.
 
Lampu pun tak bernyala. ada 3 orang memakai telekung di sudut surau sambil memegang Al-Quran. Farah pun ada.
 
Aku berdiri sambil membaca keratin info di Kalender islam mengenai Bulan july dan Ramadhan.
 
Ramadhan bermaksud kering.
 
5 minit lepas tu baru F2 datang and ustaz Sallehudin mulakan kuliah dengan intro ayat dari surah An Nur. berkenaan dengan Taubat. Dari pagi tadi aku boleh kira bilangan perkataan yang di ucapkan. Mulut memang terkunci habis.
 
Semasa memakai tudung di cermin sinki, Eida datang di sebelah sambil pegang skirt yang aku pakai. Hari ni Eida pakai Spek Mata.
 
Ath : eyyy Eida. dah makan? dengan siapa?
Eida : Shuhada. Tirah? sorry tak ajak..
Ath : taka pa, InsyaAllah puasa.
Eida : laa yeka, nape tak bagi tahu… tadi eida makan nasi lemak depan Tirah
Ath : taka pa. tak kisah pun, bukan apa sangat.
 
Aku memusingkan badan menghadap Eida yang memang sedang meghadap aku. Saje aku acknowledge dia pakai spek. Walau dah Nampak dari pagi tadi.
 
Ath : Eida pakai spek la arini. Nampakk….
Eida : Nampak tua ea? garang?
Ath : tak lah, Nampak bijakk sana..
 
sengaje aku pecahkan perkataan tu. sebut satu satu. Kemudian dia tergelak. Aku pun sama tersenyum.
 
Ath : hmm tau tak dari pagi tadi, ni la pertama kali tirah tergelak. Thanks Eida.
Eida : alaa ye ke sian nyee..
 
bila dengar dia kata kesian. Macam tak best je perkataan tu. Kenapa nak kesian kat aku?  I prefer someone louves me.
 
Louve tu ejaan zaman dulu. kalau dalam literature. shakspears akan guna perkataan tu. I love my friend.
 
Pukul 3:36 pm
 
aku memusingkan badan ke tingkap besar di belakangku, MasyaAllah gelap gelita. Mendung menandakan Hujan bakal turun dengan Lebat. dalam hati mengucapkan Syukur. kerana lately ni panas sangat keadaan Bumi. Kesian tumbuhan dan haiwan. Manusia punya angkara.


Mana salahnya

Hai dear, as usual Friday come again. Harini GA Pindah. so aku datang awal sebab nak naik bus 1st. Eida tanya semalam.
 
Khamis
Eida : tirah breakfast esok?
Ath : InsyaAllah, GA pindah kan esk. hmm sarapan lah.
 
Tapi bila aku SMS dia pagi Jumaat tu untuk kepastian samada ada ke Acik kat café tu provide food, dia tak reply.
 
Dalam bus fiza cakap Eida suruh teman Tirah Sarapan. Eida cuti.
 
dalam hati je Noted. Tiada graf reaksi pada ketika itu. hanya “oh” yang terpacul.
 
Aku lepak di surau lepas solat Dhuha. Kuliah dhuha tak ada. Masa lipat kain telekung. aku melihat tirai yang tertutup  diantara tampat lelaki dan perempuan. Sunyi nyaa dan sangat tak best tanpa Kuliah. Bayangkan nanti kalau tak ada langsung majlis-majlis ilmu. Macamane ye?
 
Naik je di office, tangan kiri aku cepat mengangkat ganggang telefon. 8652 ext yang didail, namun.. tiada jawapan.
 
satu keluhan sambil memandang monitor di depan. Apa nak jadi agaknya dengan Life aku sekarang ni. Hukuman barang kali.
 
Keadaan sejuk yang teramat di level 10 ni membuatkan aku lapar. Nak kan benda panas. terbayang sup cendawan di Manulife..Dengan harapan, cepatlah Lunch time .
 
Sengaja aku turun ke ting 9 untuk jumpa kawan-kawan, Farah, Farhana dan Kak Shima.
 
Tapi atas meja farah & Farhana dah Nampak sebungkus nasi lemak. Hemm, nampaknya makan di tingkat 3 je la. Kak Eja tak ada barangkali, so diorang tak teruja nak keluar. Kak Shima hilang dari penglihatan, dan kembali membawa sebungkus nasi lemak untuk aku.
 
Kami makan sambil borak ala kadar. Masing-masing melayan perasaan. Aku tak berani langsung nak say Hi dekat kak Shima. Afraid to start. Kalah orang bercinta dalam hati mengutuk diri sendiri. Adik la sepatutnya tegur kakak.
 
Tapi aku kalah dan salah. Aku tak berani. Aku tengok dia serius je. tak langsung pandang aku.

Inference
·         Work Loaded. Ada masalah kot
·         Bimbang pasal Saadiq (Anak) sebab hari tu warded.
·         Masih marah aku.
·         Rasa tak best sebab Kak Su dah tak ada.
 
hmm pelbagai telahan dibuat
 
Kami hanya makan 30 minit. Pukul 1:05 min dah naik. bila sampai dekat tingkat 4 (surau) Hanya kami bertiga turun. Tapi Kak Shima terus naik ke ting 9 untuk menyambung kerja. Sebelum turun aku try tanya kak Shima “ tak turun ke” namun tiada respon.
 
dalam surau hanya ada Huda, tunggu saki baki Manusia yang ada di bangunan tu untuk buat Usrah. Aku pergi kat farah dan tanya.
 
Kak Shima ok x?
 
Farah kata Ok.
 
Aku pergi kat Farhana pulak tanya soalan yang sama.
 
Farhana kata, “tah biasa je, ok la tu “
 
Aku maklum Department diorang yang memang Hectic . but Kenapa Kakak sorang tu tak nak cakap dengan aku langsung?
 
Masa tu dah ada Backgound Awan mendung siap petir sabung menyabung. Guruh pun ada.
 
Menandakan hujan bakal turun.
 
Dalam solat pun separuh daripadanya aku tak khusyuk demi memikirkan salah aku. Aku?? kenapa aku?
 
And again masa lipat telekung sebelah Farah, aku tak dapat nak tahan lagi empangan yang tunggu masa je nak pecah. Aku tanya direct kat Farah. Dengan suara yang di tahan
 
Ath : Farah, kenapa kak Shima tak nak cakap dengan saya? saya ada buat salah ke dekat sapa-sapa?
Farah: ( kehairanan ) ye ke? mana ada.
Ath : tak Nampak ea? yup.. hanya orang yang di ignore je rasa farah.
Farah : tak ada apa la, tirah jangan risau ye.
Ath : ( air mata dah keluar) tapi kenapa dia tak nak cakap dengan saya?? saya tak boleh laa.
 
Waktu tu hanya kami berdua. Malu betul ..
 
satu hari tu tak senang duduk.
 
Dalam kereta, seperti biasa aku tak bukak air cond. Layan radio. Tapi hari tu, nafas tiba-tiba sesak. Aku buka tingkap seluas-luasnya.. Sesak nafas memikirkan salah diri. I cannot bear. This is heavy for me.
 
Balik tu, kepala rasa pening. Macam nak muntah. tu la satu-satunya symptom bila aku stress. How do I make this clean? RASA MACAM PUTUS CINTA.
 
Pelik.
 
Kalau la betul it take two to tango. what about Zapin and Hip Hop? …type of dancing also what.and it takes group to dance.
 
Emm, kalau korang mengikuti blog aku ni mesti hairan, kenapa aku asyik cerita pasal aku dan kawan-kawan especially kakak sorang ni. Its start when aku nak sangat rasa ada kakak. Pastu Allah kirimkan sorang sister ni dekat aku. Dia baik sangat dengan aku. Aku belajar banyak dengan dia.
 
so when time goes by, aku rasa teruk sangat kalau dia ignore aku. cuba bayangkan orang yang selalu tegur kita, bercakap dengan kita tiba-tiba buat tak tahu.
 
Persoalan,
 
How do I get my “everything” back.. Tak sanggup la nak hadapi rasa awkward ni
 
Ke salah aku sebab shoot emel “draft blog” aku tempoh hari.. I just wanna explain. I don’t mean to arise any case.

June 30 ke 24

30 June 2012
 


Dear blog, kali ni aku nak update pasal tarikh 30 June. 
Pada 30 June 1988 telah lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.0 kg. Aku lahir pada hari Khamis.ni semua apa yang ibu aku cakap la.. yang lain wallahualam. Biasa la anak Sulong. Ibu bapa mesti jaga betul-betul bagai manatang minyak yang penuh. So, aku rasa aku ni memang manja. Keras kepal pun aku jugak. Both combination my mom and dad.
 
Apa yang aku nak tulis ni bukan apa-apa. Cuma nak mengenali diri sendiri. Tahu hati budi dan sebagai cermin diri. Hmm lately I am a bit disappointed dengan diri. Tak tahu mana silapnya.
 
Dah besar-besar ni, tak ada lagi hadiah atau sambutan oleh keluarga. its ok, I am 24 years old.
 
Bangun pagi 30 June tu, aku termenung dulu mengadap siling. Imaginasi terus kepada Ibu, aku macam nak pergi peluk ibu dan ucap Terima Kasih and Tahniah sebab Selamat melahirkan aku.
Tapi bayangan tu hilang lepas terdengar bunyi SMS masuk. Kawan kolej, Shazmin wish birthday. Tak ada la excited sangat aku nak get ready terima SMS ucapan birthday or apa-apa sebab aku tahu, quantity kawan yang aku ada. I mean the real one. bukan maksud aku The real one tu wajib ucap Birthday. Nope.. totally No. becoz there is nothing special on that.
 
satu keluhan di lepaskan lepas baca SMS tu. aku duduk di birai katil sambil menghitung diri. Tak banyak yang aku dah buat sepanang 24 tahun ni. masih mendatar graf perjalanan hidup aku. sedikit kesal, namun apa guna nya. 

Fikiran dan Hati kembali pada Allah. tenang kembali.
 
Sahabat-sahabat ukhuwah di pejabat awal lagi dah meraikan birthday aku. 27 June, hari Khamis. Aku yang bercadang nak meraikan birthday aku dengan menjamu diorang Bubur Pulut hitam, di kejutkan dengan Kek masa Lunch Hour.
 
Sumpah aku tak expect ada sambutan pada bulan June. Aku tak harap langsung. Sungguh!! bagi aku, bukan aku sambut birthday orang untuk orang buat benda yang sama dekat aku. Nope.
 
Aku tak suka macam tu.
 
McD and Birthday
Tapi bila pagi tu, aku hantar bubur pada Farah, dia senyum semacam, and Soraya tanya aku pasal Emel makan Mc D. yang aku tak tahu menahu langsung. Macam-macam telahan aku buat.. yelahh, café kat Bank Islam ni dah tak ada makanan, so aku ingat dorang nak makan Mc D. tak pa laa aku tunggu je, Cuma tacink kenapa aku tak termasuk dalam senarai penerima emel.
 
And bila call Eida, dia cakap tunggu Eida naik ting 10 nanti kita gi sama-sama. call K.shima pulak Engange je. Entah la, dua 3 minggu kebelakangan ni, time aku nak call kakak sorang tu selalu tak dapat. Busy benar agaknya.. Gangang diletakkan dengan rasa hampa.
 
Mana taknya, aku pernah janji nak Lunch dengan dia, Last-last bila call tak dapat, aku turun ja makan. Miscommunication banyak sangat. SMS pula dihantar kepada Farah Jawahir. Aku dan dia tak bawak HP. so the promise is broke by me roughly.
 
Lepas  beli makanan dengan Siti Nur Farhana, aku bising-bising dengan dia pasal semua orang dah tak ada masa sekarang, busy nak pindah, dengan re-structure bagai.. so nak makan & pergi surau pun dah tak ada masa, Farhana macam tak ada perasaan je. yang pelik nya dia pulak tu teman aku tapau. Pelik betul. Dia bukan camtu orangnya. Kalau dia nak makan baru dia gi beli, setakat teman-teman ni bukan dia. Dia ni jenis yang redah je. Tak kisah orang punya. huhu..
 
bila menghampiri Pentry aku dengar ada bunyi-bunyi and diorang menyanyi lagu birthday bila Nampak muka aku. Haha.. tak tahu nak buat reaksi apa. Terkejut? tak juga.. sebab boleh bau.
 
Siapa kata dia tak ingat birthday sendiri??? Seawal 1 June aku dah tick dekat calendar birthday aku. Memang ingat la. Cumanya aku hargai masa dan usaha diorang buat majlis kecil untuk meraikan “sahabat” mereka yang sorang ni. Dalam diam aku sedar, Kak Shu & Kak Eja tak ada. busy barangkali. Nak pindah. Ada kek Coklat & aku makan Ayam crispy. Kenyang teramat + ada air Milo.
 
Thank you semua.
 
  • Farah Jawahir
  • Kak Shima
  • Rozahida
  • Siti Nur Farhana
  • Nur Farhana
  • Shuhada
  • Fariza
  • Wan Soraya.
 
Lepas makan, diorang bagi Hadiah. ia nya sehelai tudung bawal .  Cantik.
 
Lepas kami bersalaman and berlaga pipi. aku sambung makan. hehe
 
dan
 
Masa dekat surau masa solat Zohor. Kak Shuhana tiba-tiba pegang kedua-dua bahu aku. menghadap dia. disaksikan oleh Soraya and farah . Segan gila waktu tu, macamana nak memberi reaksi. Kaku di perlakukan sebegitu.
 
Kak Shu : Athirah, kak Shu minta maaf sebab tak datang tadi, Kak su busy sangat.
Ath : erm tak pa Kak Su, saya pun tak tahu.. saya faham kak su busy.
 
Kak su pegang pipi aku dengan sebelah tangan. haha masa tu yaya dah bersuara.
 
Yaya : macam drama telenovela.
 
Aku & kak su senyum je..
 
Aku sebenarnya beku kat situ. lepas Kami berlaga pipi (haha kelakar ayat) cepat-cepat aku capai telekung and pergi ke tempat wuduk.
 
Farah yang ada kat sana senyum and cakap,
 
Farah : baiknya kak Su. lembut je.
Ath : yup. melting kejap.
 
Aku meneruskan bicara masa kami sama-sama menghadap cermin. Ermm senang je nak tipu tirah. sambil membuang pandangan kepada Farah disebelah, be Kind to me, and lie to me. for sure tirah akan tertipu..
 
Farah gelak sambil menampar bahu aku.
 
Ath : Thank you farah. Thank you semua. I feel exist.