Adik

Assalamualaikum,blog personal


Masih diberi hari baru,
Masih diberi harapan baru,
Masih diberi nafas yang satu..

Semalam, 25 February merupakan Hari Lahir satu-satunya adik perempuan yang aku ada.
Bukan sengaja di lupakan.

24 Feb, pukul 11:28 pm, baring-baring di katil sebelum mata di terpejam.
Hajat nak SMS birthday dia.
Tapi 
Bila Kepala dah berteu Bantal.
Aku kalah.

Bangun pagi siap-siap pergi kerja, sempat cakap dekat ibu "Harini Birthday Adik"

Namun, untuk menekan skrin telefon tidak sama sekali.
Bukan sengaja, cuma tidak tergerak langsung untuk berbuat demikian.

Balik kerja pun dah lewat, kerana jumpa kawan di KLCC.
Kay bagi kad kahwin.
Dinner & Walking at the park.
Keterujaan menelusuri jalan di taman KLCC tu bagai pertama kali ke sana.
Nama je duduk KL,
Kerja dekat dengan KLCC,
Tapi, jalan hanya tinggal jalan.
Sehala.
Office ke LRT.
Thats it

Semalam, teruja dengan air pancut warna warni.
Suasana malam, macam orang muda lepak-lepak tepi tangga sembang pasal kahwin.
ha ha
8:20 pm meminta izin pulang. SMS ibu diterima "Tokwan dah sampai"

Jejak je kaki di Rumah,

Ath : Bu, adik ada kol tak?
Ibu : takde pun.
Ath : Ibu ad call dia tak?
Ibu : tak de pun.

Sama-sama ketawa.

HP dicapai serentak menghempaskan tubuh di katil

"Assalamualaikum"
Salam di sambut dihujung talian.

Adik : Ye, ada apa ye call tiba-tiba ni
(sengaja ingin menduga, ada nada marah gewdik dikesan)
Ath : hehe, entah la tiba-tiba rindu.. sehat tak?
Adik : Alhamduillah
....sengaja aku diam, menunggu ayat daripada dia...
       eleh, sampai hati lupa birthday adik ni ye? takpe-takpe
Ath : (senyum sambil meneruskan kata-kata) ..mana ada lupa, well u know me... ko tu kenapa langsung tak call? dapat kol percuma pun tak nak call. Lagi sampai hati
cepat call semula.
Adik : Yelaa

HP di matikan, namun yang menyusul SMS daripada dia

"Panggilan anda akan di sambung sebentar lagi, talian Sibuk"

Reply dari kakak

Ooo.. ok Fine, baru la tau skg, i ni entah yg keberapa dalam carta hati u. ok. Bye!

Saje mengugut..aku keluar dari bilik dan HP ditinggalkan diatas katil. Sengaja.

Ta lama lepas tu HP abah berbunyi. LOUD SPEAKER

.........Bla, bla bla ,...yada..yada yada.. conversation goes.. yada yada yada..
sesekali ketawa pecah. Gelak pada perkara-perkara silly. Bahagia.

Selepas selesai urusan di ruang tamu, aku masuk bilik memeriksa HP. SMS adik membuat aku tersenyum

" so, mana doa-doa yang sepatutnya di beri"

Well adik,

This is for you.

Untuk memahami kehadiran adik disisi
dari umur ku 12 tahun aku memahami, kau adikku 
Dari umurku sejumlah itu, aku tahu, kau lebih matang dariku

Since umurmu menginjak 13 tahun, kita berpisah dek kerana pelajaran.
Ternyata Allah mengurniakan kecerdikkan pada diri mu.
Di sini, kakakmu merinduimu setiap kali perpisahan terjadi.
Namun, bila kau kembali ke rumah, kita akan berkelahi.

Keceriaannya,

Tak perlu kata-kata 'sayang'
kerana kau mengerti dari isi hati.

Perpisahan demi perpisahan kita hadapi,
Dari setiap penjuru semenanjung malaysia
Setiap kali menghantar kau pulang selepas cuti semester,
Aku melihat ada air bergenang di kelopak mata sambil tangan bersalaman.
Sehingga, kadang-kadang, aku menolak apabila Ibu dan Abah hendak menghantarmu 
tak mahu melihat air mata itu
kerana
Titis-titis mutiara yang gugur pada pipimu Ku tadahkan semuanya


Sekarang, beberapa minggu lepas, 
Untuk kesekian kalinya, aku berada dalam keadaan itu.
Lega sedikit apabila menyedari engkau sudah semakin dewasa.
Berada bersama kawan-kawan yang ber usrah bersama.
Yakin kau akan dapat menyesuaikan diri lagi.

Aku mungkin tidak setabahnya
alangkah tabahnya dirimu duhai adikku!



kini
Semester akhir,
Semoga Allah mudahkan urusanmu Adikku.
Memberi Redha apa yang terbaik buatmu.
Membuat semua orang tersenyum gembira.

Tak dapat bayangkan , jika kau tiada di sisi,
Untuk menulis ini, mata kian berkaca
...word left unsaid.
just, Don't leave me..
....jari menyeka air mata
tanpamu , ku tak tahu, kekuatan dari mana untuk ku gali demi meneruskan kehidupan.

Allah maha baik yang telah mengurniakan aku adik sebaik mu.
Semoga Allah peliharamu dalam jagaannya.
Air liur yang ditelan terasa berpasir.

adikku
Langsungkan doamu menerobos hijab dunia
Kerana antara kau dan mereka tiada penghadangnya.

Allah kuatkanlah setiap langkahnya
Allah kekalkan cintanya
cinta kepada-Mu
menjadi Muslim sejati

Kerana cita-cita kita
Syurga


Doakan kakakmu wahai adikku,
I Love u
uncondition





Merangkak Melangkah


Assalamualaikum,

Terlalu terkesan dengan bait-bait lagu Albi Nadak.
Lagu lama yang menyapa telinga kembali.

Keep on running in my head.

The word rolls...
below

Satu PerMintaan
Akan AdaKah KeSempatan
Satu PerTemuaan
Akan AdaKah PerPisahan
Satu PerBuatan
Akan AdaKah KeInsafaan
RenungKan
FikirKan
Apa SeBenarNya Erti KeHidupan....

MeRangkak MeLangkah Rebah
Jatuh
BukanNya Kalah
BerDiri Itu Tanda Tabah
TanamKan DiHati Jangan Mudah MenGalah
Biar SeKali Pun HalanganNya Susah
YakinLah
Pada Allah
SeSungguhNya SeSuatu Dugaan Yang DiBeri BerHikmah
Maka Jangan Mudah Lelah
BiarPun MeRangkak MeLangkah Rebah
Jangan Mengaku Kalah
Kerana Tiada SeSuatu Yang Mudah
SeGalaNya BerMula DariPada Susah
Dan Bila DiCipta Ia MenJadi SeSuatu Yang Teguh
Yang Tak Mudah Roboh
Yang Tak Mudah Runtuh
Maka YakinLah
BukaKan Minda Mata Hati SeGalaNya Perlu Pasrah
SeTelah Puas BerUsaha HasilNya Perlu BerSerah
Kerana SeSungguhNya SeGalaNya Datang Dari AllaH.

SeMerbak Wangi DiTaman Hati
SeTulus Kasih Telah DiBeri
Adakah DiHargai
Ataukah Nanti DiKhianati
Kasih Sukar DiMengerti
Perasaan Sukar DiFahami
Setia Itu Sebagai Janji
Janji Itu DiKotai Atau Tidak Tak Siapa KeTahui..

Menjenguk blog

Assalamualaikum 

Blog yang kian di pandang sepi :'(
Waa so sad, cannot commit anymore dengan blog ni.
Alasan demi alasan di berikan.

Valid ke?

Banyak sangat agaknya account alam maya ni yang perlu di uruskan. 
Poyo benar ayat hamba :)

Kekangan masa untuk menghadap ruang ini merupakan punca utama.
Tekad sekuat mana pun,
Janji pada diri se kerap mana pun,

Jika tidak di izinkan Nya, maka tiadalah coretan "minda"

So, let me update sikit pasal life 2013 ni. 
dah penghujung Febuari pun. Cepat sungguh bukan?

Ibu yang mengandung pun mungkin akan melahirkan anaknya tak lama lagi.
Pasangan yang baru berkahwin pun mungkin akan mengkhabarkan berita gembira tak lama lagi.
Adik-adik yang bertungkus lumus belajar juga bakal menamatkan pelajaran. Menggengam Ijazah tak lama lagi.

So, 
Lately aku mendisiplankan diri mengikuti tazkirah-tazkirah yang di jalankan di masjid-masjd. Takde la semua, cuma yang sampai ke pengetahuan dan berkesempatan untuk pergi je aku hadir.

Makin di cari ilmu perbaiki diri ni, makin besar ujianNya.
Serius,
Takut kadang-kadang mengenangkan amal yang tak seberapa.
Ilmu yang tak di kongsikan.

Kadang-kadang, badan jadi berat nak melakukan amal.

Bila niat dah pasang. Azam dah tetap. Sampai masa, 
Iman dan Nafsu berperang
Terkadang tewas.
Tewas ini yang membuatkan rasa gerun.

Bila dapat berdiri menghadap Illahi tu,
Bersyukur tak terhingga. Bukan kerana rasa baik. Tapi, rasa Allah baik sangat, sweet sangat, DIA izinkan aku hamba dia yang entah di carta ke berapa kedudukannya disisNya.. berdiri menghadap DIA.

Bila dapat buat solat pada awal waktu, tambah-tambah secara berjemaah tu, Istighfar banyak-banyak sebab supaya Allah bagi lagi aku peluang untuk terus konsisten. Kalau nak ikut kan diri ni? Jasad dan iman yang sekelumit lebih kecil dari kuman ni..nampaknya tak de la.

Alhamdulillah,
Aku berada di persekitaran Islami.
Aku masih dapat mendengar Azan setiap masa.
Syukur. Alhamdulillah.
Namun doa sentiasa di panjatkan supaya Allah tak lupa pada aku untuk dapat hadir menghadapNya.
Hadir dalam majlis naunganNya. 
Allah offer Taman-taman Syurga ketika di dunia..
Kita tak nak hadir ke?! YES... kita tak hadir.
Pelbagai alasan kita beri..
Termasuk lah aku ni.

Antara majlis ilmu yang aku berkesempatan hadir lately
Kuliah Zohor di Bank Islam, Setiap hari ada.
Antara makan atau pahala?
Kuliah Maghrib di Bandar Baru selayang- Masjid Al firdaus
Kuliah Maghrib di Sri Gombak - Masjid Al khairiyah
Majlis Ta'lim di Setiawangsa - Masjid Muadz Bin Jabal
Kelas Al-Quran - Tajwid - Every Monday
Bermula dengan Ta'lim perdana haritu - Ust Don & Habib Ali Zaenal ( Qasidah  Ya Hanana )
Which is one of my favorite - plan nak buat masa Majis Kahwin nanti hehe 
Hijab event - Conduct by Dr Harlina & Wardina Saffiya

Yang lain, aku ada la tengok-jenguk Talk yang di anjurkan di FB. seperti
Konvensyen Fiqh, - Ramai panel ngetop u just name it. 
      Prof Muhaya
      Ust Pahrol
      Ust  Dr Zahazan
      Ust Dr Zaharuddin
      Ustzah Fatimah Syarha
      Dr Harlina Siraj... ramai lagi la =)
Baitul Muslim - terlewat register.. so hanya bertanya khabar orang. 
Talk Yasmin Mogahed - April In Sha Allah
Mufti Menk. - Halaqah di UIA on March . In sha Allah

Ni macam dah masuk peringkat kebangsaan laa.. sebab kalau kat sana, yang hadir bukan calang-calang orang. Kita akan rasa semuanya nak Syurga.

Wow besar cita-cita kak.
Tu la, QUESTION is..
did i walk the talk?

Malu nak jawap.. bila aku sendiri mengajukan soalan ni pada diri. nak tutup malu, nak being soft to heart.
Aku jawap. In progress.
Sedey. Kesungguhan tu ada. Istiqomah tu sukar sebenarnya.

Ok tu sahaja dulu untuk sesi permulaan di tahun 2013 ni. Kiranya aku akan dapat rentak semula untuk menulis lepas ni. In Sha Allah, doakan ye.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Kita hanya penerima,kita bukan Pemberi.Yang memberi ialah Allah,dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka.


Ameen












Majlis Nikah Siti Nur Farhana

Walimatul urus Siti Nur Farhana
Assalamualaikum Wbt.

Dikesempatan ini, Entah bagaimana jari ni boleh menaip untuk ke sekian kalinya. Sambil menguap belakang tangan kiri menutup mulut.
Jumaat yang berkat. 14 December 2012 merupakan tarikh pernikahan seorang rakan di tempat kerja.  Pada tarikh yang sama juga , Hari Lahir Eida.

Elok la tu, Farhana Tunang Birthday Ath, Dia Nikah birthday Eida.

Lepas solat Maghrib, aku amik Eida di stesen KTM Batu Caves. Kesian dia, ketakutan sebabnye kat sana sunyi. Kalau ada pun manusia, bangsa yang lain kaler ;0 – Cuak jugak bila tak nampak kelibat Eida kat Stesen KTM , rupa-rupanya dia salah tunggu. 
Aku pun salah bagi arahan sebenarnya. Masuk je kereta, dengar suara dia “pot pet pot pet” haha yelah, aku mengaku salah. Plus dia agak demam, batuk dan selesema.
Kereta meluncur laju melalui MRR2. Berpandukan GPS. Setelah mengharungi Jalan Maha Jem semasa susur masuk ke Ampang. 

Like always. | 30KM – Selayang – Taman Saga, Ampang.|
Dalam Kereta 
Ath  : Majlis lepas Isyak kan?
Eida : Yup. Sekarang pukul 8:15, InsyaAllah sempat..
Ath : Ins Sha Allah. Huhu Jem teruk ni…daripada Zoo dah slow moving. Biasanya dekat nk masuk Ampang point tu yg Jem.
Eida : Takpe, positif. J
Ath : Tu la, sapa suruh datang lambat. Kata pukul 5 nak gerak. Ni pkul 6 baru keluar rumah.. tau la tak nak dduk rumah tirah yg kecik tu.. :p
Eida : eee bukan la, Eida pengsan tadi lepas makan ubat..
Ath : kesian Eida tak dapat tgok Kwn baik Nikah. Tu je  yang tira risau. Nanti nangis. He he
Eida : Kesian tirah, jalan jem
Ath : erk.. abis tu dok kesian kesian kesian…. Kita patah balik la. Haha (saje mengusik)
Eida : alaaa…
Ath : hehe tak la , takpe kita gi je. Lepastu kita celebrate birthday org tu nak? .. hehe
Eida : nak~ haha Athi dah beli hadiah? Dua hadiah kn?
Ath : dah, dah siap balut, satu senyuman, satu lagi hadiah betul untuk Farhana esok.

Bila sampai je kat Hospital Ampang. GPS digunakan dengan cermat. Sebab aku memang tak tahu langsung jalan kat sana.

Ath : Eida pernah tak baca buku “ Women read maps, lets Men Drive” ?
Eida : Tak.
Ath : Nanti kalau nak kawin dah, gi cari buku tu.. hehe
Banyak kali jugak la salah jalan, semua tu salah GPS, haha padahal Eida yang salah bagi arahan masuk simpang. Hehe malas nak argue. Nanti suara dia yang nyaring dan halus keluar. Eee seram.

Ath : Eee Eida tgok betul-betul ke tak ni? Bukan simpang ni laa.. simpang depan.. tengok tu arrow dalam GPS ada kereta jugak kan dalam tu.
Eida : yelaa betul la Eida cakap.
Ath : Yeee Yeela Betul Eida cakap. Haha Eida sentiasa betul

(Sambil aku memulas stereng membelok ke arah simpang di hadapan , kedengaran suara Eida ketawa macam kelakar sangat je peristiwa salah jalan ni) bawak kereta ni penat tahu~ haha

Sampai je Taman saga, masing-masing teruja. Parking kereta dan mendaki ke rumah pengantin. Kami nampak ramai orang duduk di dalam khemah.

Ath : Eida, nampaknye dorang dah makan. Macam dah selesai je majlis. Dah pukul 9:36 pun. Tak pe la kan.
Eida : Ok jom.

Masuk je rumah pengantin, nampak Helmi masih di atas Kusyen menunggu Tok Imam.

Eida : Athi, belum mula lagi laa…
Ath : Alhamdulillah.. jom jumpa Farhana jap. Dia dekat Atas kot. Kami bersalaman dengan Ibu Farhana, dan adik perempuan beliau.

Terpandang sahaja susuk tubuh Pengantin di atas, Wow, SubahanaAllah Cantiknyee Farhana. Baju putih bersulaman manik yang sederhana, dengan Make up tipis membuatkan dia yang comel lebih anggun berbanding biasa.

Farhana : Eeh korang datang? Tak sangkanyee.. terharu lah.
Ath : lambat start ? hehe kami sampai juga ke majlis anda. Farhana Cantinyee …hehe
Eida : Nak amik gambar bersama pengantin. Jom.

Lepas 4, 5 kali snap shot. Kami decide menunggu di ruang bawah. Kerana ramai lagi ahli keluarga, rakan-rakan beliau hendak mengucapkan Tahniah.

Lebih kurang pukul 9 :50, baru muncul Tok Imam.  Aku mengambil tempat di satu sudut bersama Eida. Boleh nampak dengan jelas pengantin lelaki dan tempat pengantin perempuan.

Farhana kemudian turun mengambil tempat yang telah di sediakan untuk mendengar Tazkirah Tok Imam, rukun-rukun dan sebagainya.. Dia nampak eksaited. Tersenyum ceria memandang camera. Pusing ke kiri dan kanan. 

Eida : Macam Artis Farhana harini.
Ath : mestilah.. cantik, Raja sehari dua. J
Eida : nak ambil banyak-banyak la gambar.
Ath : yelaa orang ada SIII HEHE

Aku hanya memerhati.
Menyerap semua bunyi yang boleh. Suasana majlis pernikahan.
Cuba menyelami rasa “gementar pengantin”
Keseronokkan hari bahagia mereka. Dan bertanya pada diri.. sambil berdoa pada Illahi
“When my time will be”
Semuanya sempurna.

Pandanganku di halakan pada Farhana yang tersenyum dan sesekali dia terpandang kami. Dikesempatan itu, aku membuat isyarat “calm down, istighfar banyak-banyak”.  She read my lips. Kemudian mengangguk dan menundukkan pandangan.

5 minit selepas tu,  Tok Iman mulakan acara Ijab dan Kabul. Ayah Farhana sebagai Wali yang menikahkan dia.
Tepat jam 10:12 pm. Dengan Lafaz Alhamdulillah dan Doa. Mereka sah menjadi Suami Isteri yang sah.




Helmi naik ke atas untuk solat sunat syukur. Kemudian turun untuk acara membatalkan air sembahyang dan menyarung gelang tangan kepada pengantin perempuan.

Tersentuh. Bila dapat merakamkan momen – momen mereka membalas pandangan. Duduk rapat-rapat berlaga lutut dan bersalaman. Hehe, last but not least . The favorite one, Husband kiss her forehead ;)

This is crazee. Sangat indah bukan?

Banyak yang di lihat.
Namun, sejak dari kaki melangkah masuk ke rumah pengantin. Mata ku memandang penganting lelaki berbaju putih segak bersongkok, saling tak tumpah, macam melihat Abah di situ. Muka Helmi pakai songkok tu macam dalam gambar Ibu dan Abah Nikah.
J Approved by Eida masa dia tengok gambar Kahwin Ibu dan Abah.

Rindu terhadap mereka menambahkan sebak dalam hati. Ketiadaan mereka untuk 4, 5 hari ni tiba-tiba memuncak. Sunyi rumah. Oh..
Ya Allah janganlah kau biarkan aku bersendirian di dunia ini. Janganlah kau biarkan aku melangkah sendirian tanpa petunjuk dan kasih sayang Mu.
Lepas Makan Nasi Lemak pukul 10:30 malam kami balik ke selayang dan Tidur.

Nothing much to say pasal kenduri Besar hari Sabtu.
Aku, Eida, Farah dan Farhana pergi sekali. Abg Jem pun nak konvoi. Kesian dia sorang-sorang. 
Farah looks marveles dengan baju Merah. Eida pulak pakai kebaya. Farhana lagi gojes . Baju mereka semua cantik. Aku pakai baju kurung biasa je yang dah 3 tahun dalam Almari. J hehe..

Overall majlis resepsi Farhana ramai orang. Tak putus-putus. Ramai kenalan agaknya. Bayangkan pukul 3 pun orang still datang dan meja agak penuh. J Barakallahufik
Sempat la sesi fotografi sikit. Then balik kerumah masing-masing.

Aku hantar Farhana & Farah terus ke rumah. Kemudian Hantar Eida di KTM kepong, so dia takyah tukar KTM untuk ke Bangi.

Ath : .. Eida, Sorry tau kalau ada kekurangan. Emm memang banyak pun, Eida mesti tak selesa dduk kat rumah Tirah. Sorry ye, tu je yang termampu. Nanti datang lagi k.

There are some days when I cry in my prayers.

Talking to Him about everything.

 And the most beautiful thing is, He listens

She is


Dear Blog,

Harini aku nak stori tentang sorang kawan aku ni.. 

sebelum aku nak tulis ni, aku senyum dulu demi teringatkan gelak ketawa dia.. Serius dia gelak Besarrr punyeerr.. Kalau dengar dia gelak , padahal tak tahu ujung pangkal, pun kita rasa nak tergelak. HUHU

Minggu lepas dia Start kerja baru. Kerja yang boleh dikatakan Betul-betul punya kerja. Sebelum ni pun dia kerja, cumanya tak tentu..sekejap-sekejap. Now dah masuk Government. Mana boleh keluar masuk.

Hmm (lama aku meneglamun) tak tahu mana nak mula.. 
bila hang out dengan dia, graf sentiasa naik.. faham tak? Andrenalin in a rush. Haha dia cakap pun lantang.  
Kadang tu, aku terpaksa cakap sangat slow supaya dia mengerti dan turut sama slow down voice dia.. hehe
Dia la satu-satu nye makhluk tuhan yang kalau rindu, dia cakap rindu.. satu-satunya la selalu cakap Rindu kat aku.. yang lain pun ada cumanya mereka “reserve” just like me.

Tiraa, aku rindu kat kau..

Aku yang mendengar di hujung talian, senyum senget.. 
ber andaian ‘ ye ke tak’ budak ni. 
Aku bukan tak ada adik yang akan SMS or Call cakap rindu or get attached semua tu, ada. Cuma gaya dia lain sikit..

Long, kau tak rindu kat adik ke?

Bila aku yang call dia pulak, adik aku balas

Eh, kita ni memang adik beradik kandung la, adik baru nak call kau. Hehe

See, dia cakap indirectly, which I could understand better. Sebab EQ aku ni High berbanding IQ.. Alaa ni ujian psikologi, amik masa belajar dulu.

This week, kawan aku yang sorang tu, kursus ke Perlis. S E P U LO H hari tau. Gilerrrr lame. Ni la dia orang Gomen. Habis kan duit je kerja.  Macam tak boleh nak buat kursus kat KL. Pastu kursus apa sampai 10 hari? 3 hari pun cukup ape… he he he

Dah puas aku bebel-bebel masa dia call nak bagi tahu dia kena gi kursus jauh. Katanya dia sedey dan takut. Al maklum la tak pernah berpisah dengan Keluarga.

First day dia dah call dari Perlis, Call nangis-nangis.. masa dengar suara dia tu aku dah cuak. Dari tempat duduk di Office, terus aku berdiri.

Ath : Min, ko ni kenapa?
Min : Aku sakit perut, cirit birit..
Ath : Oh ko salah makan la nii..ko gi la rehat, mintak break..
Min : OK, aku nk gi klinik ni Bye. (Suara lemah)

Lepas dia letak telefon, aku nak tergelak pun ada, tapi Satu SMS di hantar untuk buat dia tersenyum
“ Min sakit perut cirit birit, muntah.. Habisss la, lepas ni min kuruss..”

Tak tahu la, dia gelak ke tak. Orang tengah sakit sakit buat lawak.

Rindu jugak kat dia, since she is away, out of town.. tak ada orang nak call, tanya apa plan on weekend after class.

She is truly Natural. Maksud aku… bila dia bagi pandangan or nak tanya apa-apa. Kadang tu in inappropriate Ha ha rasa nak cubit-cubit.. 

Tapi betul la, kalau dia tak ada, sunyi dunia. 

2 minggu lepas dia balik KL, kebetulan aku free. Kami pergi The Curve. Hanya Aku, sayla dan Min. Yang lain??

Ni la beza nya, jenis aku ni, kalau bukan plan dari aku, aku tak ajak pun sapa2.. i just leave it to orang yang ajak tu untuk invite kawan lain..

hmm.. 

Kami pergi makan meatball kat ikea. then jalan2. Nampak perbezaan dia lepas balik training..

Ath : Waa Min dah semakin matang. Hmm

melihat perubahan pada perwatakkan dia.. dia serius la. rasa macam duduk dengan orang lain yang tak di kenali.

Min : Apa yang lain?
Ath : entah
Min : Hmm aku rasa aku perlu berubah la..
Ath : Ko tak perlu berubah kalau kau tak selesa. Unless itu yang di tuntut oleh Agama.
Min : No, i have to.
Ath : Ok.

Masing-masing diam. Ada la Conversation kami yang lebih kepada argument. Malas nak ingat. so tak nak mention kat sini.

Petang tu hujan lebat, kami stuck dalam The Curve. Stori-stori dengar cerita Sayla, cerita hati dia. Tak tahu la nak cakap macamana sebab dia tu "hard shell" .
Aku harap dia bahagia dan cepat-cepat kahwin.

Pkul 5:30 pm ke 6:15 pm kami gerak ke Gombak untuk jumpa Shiro dan Shera. Kami pergi NZ je. 
Lepas 30 miniT, Azan maghrib berkumandang.. Surau kat situ kongsi lelaki dan perempuan. Sangat tak selesa.

Kami bergerak ke Danau Kota, singgah surau kat sana. Wow Shera dah ada MYvi SE baru. Fuhh
Untungla mak belikan.. he he he..

Seperti biasa, kami ke Al-malik, masing-masing buka cerita dah lama tak update..



Ok tu je la cerita bila ada masa berjumpa duduk satu meja. Kay dan Anyra la lama tak jumpa. Seem like diorang busy, Kat FB pun tak tegur. Wallahualam. 
Semoga kami semua berbahagia di samping orang tersayang. Allah be with us. 
Ameen

Kenapa blogging?



Assalamuaaikum love

Hai ebelibadi.


Bismillah..

Untuk mula meluahkan monolog yang bersarang dalam fikiran dan hati ni bukan mudah, lebih-lebih lagi nak di tumpahkan pada ruangan Blog ni.  

Beri lah seribu alasan sekalipun untuk tidak menulis.. jiwa tu tetap ada. 
ELeh, bukan apa pun, kisah ringan-ringan yang berlaku hari-hari dalam hidup seorang Hamba Allah. Normal je, tak ada yang Extravaganza pun. Lain lah kalau aku ni anak Raja ke, anak Menteri ke.. atau pun aku ni Ahli Perniagaan tersohor yang memiliki empayar dari Timur ke Selatan.. memang kena buat Special space la. Yelah nak cerita segala kejayaan, segala kemenangan yang dicapai.

Tapi dekat ruangan ciput aku ni, aku hanya nak cerita kan , nak “journal kan” kehidupan Simple Nur Athirah. Kisah family aku, Kawan-kawan, Kerja biasa-biasa, kisah belajar, kisah Perasaan dan perasan yang dimiliki oleh semua orang.. Cuma ini dari perspektif aku.  Apa yang aku nampak, aku dengar dan aku faham.

Tak semestinya Betul.
Tak semestinya Salah.
The truth lies between the line isn’t it?

Lebih gemar menulis untuk membetulkan keadaan, untuk membetulkan sangkaan, menjernihkan yang keruh. Ini lah medannya.. bukan untuk menegakkan benang basah, tapi masih cuba untuk menegakkan “sebatang pen yang tinggi tegak berdiri “ yang besar kemungkinan graviti menghalang ia berdiri lama.
Ha Ha Ha, Pen??? Kebetulan aku tengah pegang pen sekarang ni, tu je contoh yang boleh aku bagiii.. nasib la :’p

Mungkin dalam ruang ini, kadang-kadang nampak macam “tak fair” ..
Yeayhh definitely, sebab aku menulis ni bagi pihak “sebelah” je..  me , myself & I ...BUT BUT.. to put people into my thoughtfulness.. my concern is very my pleasure.

Kadangkala, terasa sungguh sukar menjaga hati orang, kerana menjaganya adalah dengan hati sendiri. Biarlah hati terluka asalkan hati mereka terjaga :')

But sometimes, no matter how careful we are, hearts still get hurt. And perhaps the only treatment is time and silence. Time and silence to heal. InsyaAllah :)



p/s : Suka bau segar orang lepas mandi pagi-pagi.. Nyaman. Especially, bau badan sendiri yang guna Shokubutsu lemon.. emm nak cium lama-lame :) 

# gatai

Jejaka??! ...Whatever~


Hello,

ni pulak kisah kelakar yang aku penah rasa, segan jugak nak cerita benda feeling-feeling ni.. Ha ha ha, gedik!~

Yup, ni kisah aku pernah suka kat sorang mamat kat tempat kerja, aku start ter-suka dia masa mula-mula kerja dulu dah 2, 3 tahun pun. Main pandang-pandang je, sebab tak berani la nak tonjolkan diri. Sedar banyak kekurangan. hehh~ Whatever la. Nasi dah jadi bubur.. sedey wei... makan dalam. =)

Tujuh lapan bulan kebelakangan ni la aku dan si jejaka ni ada komunikasi, sebab hal kerja satu plus kawan-kawan aku pun satu department dengan dia, so bila aku call kawan , dia akan angkat. hehe Best cakap dengan dia dalam telefon. walaupun kejap. bila jumpa lagi la suka. Tapi "Malu2 Kucing" ..eeee miang~ 

hehe korang jangan salah anggap. Aku berani tuis ni pun sebab dia dah selamat jadi suami orang. So Titikkkk!!!

Nak di pendekan cerita, pada satu petang waktu balik kerja dalam bulan Ramadhan. Aku dan sahabat2 Ukhuwah nak berbuka puasa di luar, last minit dapat call, diorang turun lambat sikit sebab ada kerja yang perlu di bereskan.

Aku turun ke lobi dulu, duduk di sofa kulit berwara hitam menunggu dalam kebosanan dan kelaparan. Tiba-tiba, nampak kelibat dia datang menghampiri..

Aku yang berdebar-debar..buat-buat cool. Tak pandang pun. Dia berhenti di hadapan kerusi tapi pandang tempat lain. 

Dah dia berdiri kat situ mesti la aku pandang.. kemudian dia menjatuhkan pandangan maut dia kat aku.. dia tanya

Jejaka : Awak tunggu saya ke?
Ath : (dengan selambaaku jawap )...a'ah tunggu awak, kenapa lambat.
Jejaka : laa kenapa tak call ?

Dia mengambil tempat di hadapan aku.

Aduhh! masa tu rasa nak jatuh jantung. Control control hehe..

Sebenarnya, at that time aku tak tahu status dia ni, samada 
single? 
Laki orang? 
Tunang orang or
.. its complicated?

hmm Andaian aku dia mesti dah ada Girlfriend, yelah, handsome, kerja bagus.. tapi Harapan dalam hati kecik ni , harap-harap dia single. hehe

Petang tu , kami macam buat ta'aruf. Dia tanya umur aku, tinggal kat mana, adik beradik.. aku pun tanya benda yang sama. Last-last dah tak ada benda nak tanya... aku dah pandang tempat lain 10 kali, malu dengan pandagan dia. Oh no! Cair wei... then~

dengan spontan nya aku shoot ;

Ath : Tunang orang kampung jugak ke?
Jejaka : (nampak terkesima, mgkin dia tak sangka aku akan tanya macamtu ) ..err dia orang negeri lain
            ( cannot mention here,demi keselamatan )

Masa tu, rasa macam baru putus cinta...bunyi guruh berdentum, kilat sabung menyambung... side effect hahaha... nak nangis pun ada waktu dia cakap "dia". Apa maksud tu? dia dah ada tunang. 

Ath : (Aku senyum segaris) ...so bila nak kahwin?
 (renungan layu dia yang tak di alihkan tu membunuh aku)

Lambat-lambat dia jawap

Jejaka : InsyaAllah bulan depan.
Ath : Oww ( sambil menganguk) Tahniah...tak nak jemput saya ke?
Jejaka : Nanti saya emel kad ea.

Dua-dua senyap ..aku nak blah je dari situ rasanya..

Jejaka : so, awak bila nak kahwin?
Ath : saya? bayang calon pun tak nampak lagi...
Jejaka : insyaAllah ada nanti, awak nak macam mana? nanti saya carikan

Mata aku dah melilau cari kelibat kawan-kawan. Nak cabut...

Ath : Ha? macamana?..

( mesti lah nak macam dia ) dalam hati

Aku ingat aku sebut nama dia dalam hati, tapi rupa-rupanya.
 Aku  cakap betul-betul. Aku sebut ;

Ath : nak macam awak (aku sebut nama dia)

sambila aku pandang tepat dalam mata dia. Sekejap je mampu bertahan. Aku memang kalah dengan mata dia. 
Fav eyes  =) *angau*

Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Perasaan hampa yang cuba di sorokkan mungkin kelihatan..

Jejaka menyambung ayat

Jejaka : sayang la, kita lambat jumpa.

Aku terkejut, mungkin bergurau! gurau kasar namanya tu..hee tapi hanya mampu tersenyum kelat.. Tak mahu mengalah, aku membalas kata-kata dia.

Ath : ermm ada adik ? 
(cuba berseloroh demi menenangkan hati dan getaran suara )

Jejaka : (tersenyum) ada. tapi kulit dia gelap sikit, dia suka sport. Nak? nanti saya kenalkan eh?
Ath : ..eh serius nya dia.Tak nak la, gurau ja.

Gilerr~

Aku bangun, meminta diri untuk ke tandas. dan mengucapkan selamat tinggal kepada si jejaka. 

Oh, bumi terasa berpusing. Kaki tak mampu nak melangkah. Namun bersyukur sangat dapat tahu status dia.

Ke esokkan hari, dia Emel dan mengulangi ayat 
"nanti saya carikan sorang lagi (namadia) untuk awak"

Start dari hari tu, aku TAKNAK terserempak dengan dia. Aku kurang keluar. Tapi awal-awal pagi dah nampak dia naik motor sambil tersenyum tunjuk gigi...macam iklan. Nak naik lif pun nampak. Aduhhh~ dugaan.

Lepas dia kahwin, aku berjaya tak bertembung dengan dia, hampir sebulan jugak. tapiiiii~

ni yang terjadi minggu lepas..


Apa yang kau buat kalau orang yg kau suka dah pun kahwin.  Kau dah kuburkan pun segala perasaan suka yg kau simpan tu once dia bagi kad Jemputan ke Majlis Kahwin dia. Kau pergi kerja, kau pergi kuliah, kau tengok TV, dan kau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mahu Nampak batang hidung dia. Hari-hari kau cakap, “semoga dia bahagia”.

Hari-hari yang berlalu hampir sebulan, kau berjaya mengelakkan diri dari terserempak atau ada peluang “saling merenung kedalam anak mata” …but then, tadi… tengah aku selekeh berpeluh penat berjalan balik dari Makan Tengahari.. Berdiri tercegat menunggu Lif di Lobi berseorangan.. aku menoleh ke kiri demi untuk melihat keadaan sekeliling.. Terpandang satu renungan di Escelator.. Renungan yang memang aku rindu, Aku kalah dengan sepasang mata milik dia.

Ahhh…. Damn! Kami sama-sama serius ketika itu..Yang aku?!! terpana kerana tak sangka dia akan bertindak macamtu.. Lantas aku melangkah kedalam perut lif untuk mematikan renungan dia.
Ya Allah.. Aku sedar. Aku tipu diri aku selama ni.. Aku memang rindu kan dia.

Namun, apa yang boleh aku lakukan? Apa?? Apa?? jawapannya Tiada. selain dari terus maju melalui Jalan yang sudah ditentukan untukku. Ini bukan Drama.

Aku pejamkan mata rapat-rapat selepas solat. Sepasang mata milik dia menerjah fikiran. Serius aku cair!

Dalam Dunia Realiti, Mustahil untuk dapatkan dia.. dia yang telah melafazkan akad Nikah.. Buat masa ini, aku hanya mahukan DIA.. untuk hilangkan dia.

Allah hears what is not spoken and understands what is not explained, for His love doesn’t work in the lips or in the mind, but in the heart.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaian ku. Dan Engkau mengetahui segala hajat ku, maka kabulkanlah permohonan ini.

Life is like a sport. Sometimes you win, sometimes you lose, but the game always goes on.

And tadi, aku hendak ke ATM machine, dia nak lalu pintu yang sama. Alamakkkk~

err control cool..  dia tunggu aku kat mesin ATM? Nak berborak agaknya..

berani-berani aku mencari sepasang mata milik si jejaka. matanya sedikit merah, penat menatap Monitor agaknya..dia baru lepas solat.

Jejaka : eh, nak keluarkan duit bagi saya ke?
Ath : buat apa nak bagi awk. Awk patutnya bagi goody bag kahwin. Mana?
Jejaka : frust la, tak ada siapa pun datang. merajuk..tak ada bag.
Ath : alaa, kawan-kawan department tak datang ke? ada la sorang dua dia sebut nama , haram aku tak kenal hehe

dia tunggu aku cucuk duit sampai habis? tercegak kat situ? hmm biarlah suka hati dia la.. 

bila jalan ke lif, saje aku memecah sunyi,
 "so mana janji kata nak cari sorang lagi (namadia)?"

hehe dia hanya menganguk dan senyum, kami sama-sama tersenyum..

Phew, sejuk tangan. Neves~ Harap dia bahagia bersama orang tersayang. Aku pun ingin bahagia. =) InsyaAllah