Away from AnGer

As time goes on,
You are so different from now and then
I used to be able to call you my best friend
Until you changed these day
I had no idea what to think or say
My best friend of mine,
Who was nice and smart,
Became some girl who didn’t have a heart
I just don’t get, how you changed so much
You look the same, 
I called you in a full name
You just don’t listen,
You just don’t look,
You really don’t care
 
 
As I turn away
Away from the anger
The disappointment
I need to stop and accept
This is what will be
Day after day , I forgot
And now its time for you
To remember...Remember what you did
Remember it’s you

Ignorantly misGuided all the while.
~Meng-iyakan~
Nampaknya Jelas
Sekian..

BROGA yg Belum

e

Seperti yang dirancang..
.. yea, as semua orang tahu, perkara yang dirancang ni, kebanyakkannya tak jadi.
"Allah all knowing"

Cuti hari wilayah ni, saya dan kawan-kawan dah rancang nak mendaki. 
MENDAKI.. big word ha?

haha bosan dengan shopping complex, panorama manusia dengan gelagat mereka.
"macam mereka je yang ada"
BoSaN

Inginkan kelainan. 
Tapi cuaca tidak mengiizinkan..
Hujan yang tidak henti-henti beberapa hari kebelakangan ni membantutkan rencana.
Ibu pun tak bagi pegi.

Ahh,... bukit BROGA..perlukan masa untuk kesana.
Hikmah
Bile dah ada Nikon D7000 Baru best ke sana. Boley snap pemandangan yg indah-indah.







Boleh snap pic yang lagi best dari ni.. yea.. insyaAllah

**nak pi bukit melawati near by Ampang tu pun lom lepas..

Facelift




Practicality

Its 5.3 turning radius makes u-turns and parking a breeze.

Styling

The rear combi light promises sexy style and convenience.

Comfort

Equipped with rich seating and trimming for a sportier interior.

Entertainment

The audio system with USB and AUX input only means your favourite hits, non-stop.

***cOLour : Rock Bluea

Monolog

oNeslo panas baru bancuh lepas Lunch tadi menemani saya baca article yang diForward dari Farah harini..

Tajuk:
Peringatan dari Rasulullah kepada Wanita.

Saya bukan insan serba baik dan jauh sekali untuk mengaku sempurna. 
Saya hanya Hamba yang lemah.

Bila baca satu satu ayat tu, notice banyak betul kesalahan dalam diri yang tak sedar..Astaghfirullahalazim.

Terkadang Lupa semua ilmu yang di terima.
·         Tak sabar.
·         Lalai
·         Tak Bersyukur
·         Tak redha
·         Kurang amal
·         Chin Chai
 
MONOLOG

Bukan nya susah nak betulkan balik. Ikut track .. do a simple2 things 1st.. you can.
I know you can.
Tp kau selalu lupa.
Selalu ..
 
Tolong buat semula dan buat betul-betul.
 
 
REQUIREMENT

Hearty mesti kolaborasi dengan Minda untuk instruct anggota bergerak.

Minda kena selalu ingat untuk Konsisten dalam tindakan baik. Patuh

Hearty kena jaga . Kiblatkan pada Redha Illahi..

Anggota kena rajin . Bergerak untuk Lawan Nafsu dan suara-suara sumbang yang memusnahkan/menjatuhkan.. 

suara sabotaj dalam diri yang harus di hindari.

 Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. 
Hamba yang solehah menerima Qadar dengan sabar serta gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia).
Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” 
Surah Al Baqarah : 216

Bukan mudah . Jalan kepada-Nya dipenuhi duri. Maka Langkah yang harus diambil ialah berhati-hati.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. 

Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. 

Yang pahit ini akan menjadi ubat. 

Yang pedih ini akan menjadi penawar. 

Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”
 
** See those people yang you admire. Be like them. Absorb the good quality as much as u can.


saya ok. =)

ke-Ibu -an

Bila tak Nampak.. rasa nak tengok.
Bila depan mata, Dapat tengok, Mulut pulak tak dapat nak cakap.
Argh pelik betul.

Berbicara melalui diam biasanya tak difahami oleh kebanyakan orang.

Melihat segalanya bergerak seakan memberhentikan masa. 

Saya ingin berbicara mengenai Wanita. Seribu darab Lapan belas kisah boleh disingkap kalau terbit nama “Wanita”.
 
Cuba menyelami hati seorang wanita bergelar Ibu,
Dari Gadis, kepada Wanita, seterusnya IBU.
 
Dah banyak baca kisah Manis, pahit, Payah Jerih seorang Ibu.
Yang saya Cerna.
 
KEKUATAN.
 
Untuk jadi Ibu, Untuk bergelar ibu, seorang Wanita juga Isteri harus Kuat. Susah nak define “kekuatan" yang satu tu. Kekuatan yang dirasai oleh seorang ibu, as saya belum berkahwin dan belum lagi Bergelar isteri & Ibu.
 
Seperti kata pujangga:
Tangan yang lembut menghayun buaian, Bisa menggegar dunia
 
Allah kurniakan kekuatan yang luar biasa kepada wanita untuk menahan kesakitan ketika melahirkan.
Ngilu rasanya bila bayangkan momen yang bakal dilalui oleh semua bakal ibu. By all the meaning of the wordz.. 
Rasa dulu baru boleh Define..
 
Tempoh mengandung 9 Bulan tu + Hari melahirkan.
Macam-macam boleh berlaku
-Hilang Darah
-Tekanan Darah Tinggi/ Rendah
-Pening/ Muntah-muntah
-Berbagai-bagai yang “Disorder” huhu
 
Allah jua maha mengetahui, Maha Lembut dalam semua perkara.
 
 
 
The eyes tear
The heart is in pain
But (with my tongue)
I will only say that which is pleasing to Allah
 
Selepas selamat di Lahirkan, ajaib, seorang ibu dapat lupakan segala kesakitan yang sama dengan maut.
Allah maha besar.
Tak tergambar, tak kira la melahirkan melaui pembedahan ataupun Normal. Tiada beza. Dua-dua bertarung dengan nyawa.
 
Cukuplah tengok Ibu-ibu yang ada disekeling saya. Kalau saya tengok mereka, saya tak tengok kosong. Seriously!
 
Yang paling Hampir Ibu saya. Saya cuba jadi anak yang baik. Saya cuba ibu =)  I Love my Ibu so much..
 
Ok sambung lagi,
Kekuatan yang saya Nampak
  • Seorang Ibu bila balik kerja penat-penat.. akan kembali bersemangat bila lihat anaknya
  • Seorang Ibu boleh jaga Anaknya sehingga tak Tidur malam
  • Seorang ibu tak akan Lupa untuk mendoakan Anaknya
  • Seorang ibu boleh jaga 10 orang anak
  • Seorang Ibu akan mendahulukan anaknya. Biar Ibu tak makan, asalkan anak makan.
  • Ibu boleh faham bahasa anaknya semasa anaknya belum bisa menuturkan bicara.. tapi bila seorang anak dah besar dan masuk Universiti, yang kedengaran ....Mak ni tak faham la apa yang orang cakap”.. irony isn't it?
"Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)

Tengok beberapa kawan semasa belajar dahulu, sudah pun mempunyai seorang cahaya mata, Tak sangka betul, yelah, masa belajar dahulu & 5 tahun selepas itu. Macam-macam boleh jadi.
Perubahan yang terjadi bila diri menjawat Title “Ibu”
 
Comel itulah ayat yang terpacul. Mana-mana baby pun Nampak comel. Sebab kecik dan Kulit bayi yang halus.
 
Saya berdoa, satu hari nanti Dengan Izin Allah, saya pun ingin menjadi wanita hebat itu. 

kata seseorang yang saya hormat & saya sayang :
"Awak akan merasa juga fasa itu satu hari nanti..InsyaAllah"
 
Fasa menjadi isteri tersayang/Solehah, Ibu Mithali.. heee.. besarnye Jawatan! Gulp..

Ni baru cecalit cerita berkaitan Ibu. Belum lagi dugaan-dugaan yang dihadapi hari demi hari. tahun berganti tahun.
suami dan Anak-anak.

Tanggungjawap yang besar untuk dilaksanakan.
Bersediakah anda? eh silap.. bersediakah saya?
Tunggukan jawapannya......................
Allah SWT menilai seseorang bukan kerana wajahnya yang ayu,bukan kerana tubuhnya yang cantik dan gagah, bukan kerana kemewahannya dan bukan kerana kedudukannya yang tinggi melainkan Allah menilai seseorang pada hatinya. Oleh sebab itu peliharalah hatimu,penuhi ia dengan ketakwaan dan kasih pada Allah SWT.
fitrah Wanita : Lembut didalam ketegasan

Banyak "Adjustment" nak buat dekat diri ni.. hehe Chaiyokkk!!

kukatakan

Ya, aku selalu lari
Lari dari menjadi diri sendiri, 
diri sendiri yang Lemah
Aku cuba, cuba tapi kalah di sejadah..

Kuat dan semangat  
Aku tak mahu lemah
tiada siapa yang bisa memapah 
Aku janji
Tapi janji manusia yang tidak berkunci
Bila-bila bisa dimungkiri..

Sokongan
pada Tiang atau Papan?
Cinta dan Harapan
PadaNya ku sandarkan pegangan

Mengapa begitu bukan begini
Mengapa aku bukan mereka
Aku lemah, aku lemah

 Tiba-tiba bait-bait teguran datang menyapa mata...

Sebelum engkau berfikir untuk mengucapkan kata-kata kasar,
ingatlah akan seseorang yang TIDAK BISA BERBICARA…

Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu,
ingatlah akan seseorang yang TIDAK PUNYA APAPUN untuk dimakan… 

Ketika engkau mengeluh tentang orang tuamu,
ingatlah anak-anak yatim piatu yang TAK PERNAH MENGENAL
dan TIDAK MERASAKAN KASIH SAYANG orang tuanya …

Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau istrimu,
ingatlah akan seseorang yang MENANGIS kepada Allah
untuk MEMINTA PASANGAN HIDUP…

Ketika engkau lelah dan mengeluh tentang anak-anakmu,
ingatlah orang-orang tua yang HIDUP KESEPIAN sebatang kara
TANPA ADA ANAK-ANAK di sisinya…

Sebelum engkau mengeluh tentang rumahmu yang kotor,
Dan tak ada yang membersihkan atau menyapu lantai,
ingatlah akan golongan yang TINGGAL di jalanan
dan TIDUR di katoran-kotoran itu..

Sebelum mengeluh karana berjalan ke kuliah terlalu jauh,
ingatlah akan orang yang harus BERJALAN KAKI
untuk menempuh JARAK YANG SAMA…
Sebelum engkau mengeluh tentang pekerjaanmu,
ingatlah akan para penganggur, orang-orang cacat,
dan mereka yang MENGINGINKAN PEKERJAANMU
serta RELA MENGGANTIKANMU…

Sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu,
ingatlah akan orang yang meninggal mendahuluimu
dalam keadaan BELUM BERTAUBAT…!
Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu,
berterima kasihlah pada Allah
karana engkau MASIH HIDUP dan ADA di dunia ini….

Thanks Razif =)

Insyirah tu Tenang

Rasa tak tenang? Rasa gelisah? Ececeh, ni apehal macam iklan pulak ni. Haha. Bukan iklan la. Saya tanya betul-betul ni, rasa gelisah tak? Terutama lagi untuk siapa yang tengah belajar. Pikir pasal kehidupan yang belum pasti..

What should I do?

If I talk to my parents and bagitau mereka how anxious I am, how tension I am. 
huhu thats not my style. No No.. 


So, the best way is...! xD

Here, read this:


Surah Insyirah (Solace)




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
Have We not opened your breast for you (O Muhammad (Peace be upon him))?


وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ 

Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu
And removed from you your burden



الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ 
yang memberatkan punggungmu?
Which weighed down your back?



وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
And raised high your fame?



فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
So verily, with the hardship, there is relief



إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
Verily, with the hardship, there is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs)



فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
So when you have finished (from your occupation), then stand up for Allahs worship (i.e. stand up for prayer)



وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap
And to your Lord (Alone) turn (all your intentions and hopes and) your invocations


Sweet kan? Surat cinta dari Allah :) Baca dan fahami betul-betul maksud Dia. Allah kata, dalam setiap kesulitan ada kesenangan. Dan selepas kita berusaha, serahkan kepada Allah. Percaya. TRUST Allah! Allah tak pernah kedekut malah dia yang Maha Pemurah.

Kalau tak jalan jugak,

Tadah tangan, doa dekat Allah. Minta ketenangan dan ketabahan nak lalui jalan yang penuh cabaran ni. Allah Maha Mendengar :) Dia dengar segala rintihan hambaNya. 

Tapi,

kena ingat juga. Saya dah pernah tulis sebelum ni. Kalau kita tak dapat yang kita nak, jangan sedih, sebab;

Allah ada 3 jawapan untuk doa kita. YA, YA TAPI BUKAN SEKARANG, TIDAK AKU ADA RANCANGAN YANG LEBIH BAGUS UNTUK KAU.

See? How nice :) Subhanallah. 
Alhamdulillah Ya Allah.

KeciL yang BesaR

Talian dimatikan..
Haha senyum sensorang pagi jumaat ni, Saksi utama, Monitor & Keyboard Computer di atas meja office.
Perbualan singkat pagi ni lain macam sikit, Nampak k.shima & Farah tadi di “Taman syurga”.. tapi tak bertegur sapa. 

Selepas keadaan diam seketika, mungkin tak tahu nak kata apa.. saya tanya
Ath : ye kak shima, kenapa?
Kak Shima : Tak ada apa, saje nak dengar suara awak.
Ath : hehe haa? Kenapa dengan suara saya?
Kak Shima : Emm dah elok ke suara?
Ath : Dah , err dah hehe teringat mggu lpas, sakit tekak & suara lain macam :P
Apa la Kakak saya sorang ni, macam la saya ni Siti Nurhaliza, Misya Omar ke.. yang menang anugerah Vokal terbaik..
Eh salah ea? Jackyln Victor yang menang anugerah tu kn.. Haha
Malu nak cakap banyak sebenarnya, as my Bos ada & suasana amatlah sunyi kalau nak berbual hal2 luar dari bidang kerja.
Kebenaran
  • Saya suka  beliau call saya tiap2 pagi.. dah jadi macam kebiasaan yang menyenangkan.
  • Kalau tak jumpa salah sorang dari sahabat setiap hari rasa ada yang tak kena.
  • Saya suka kalau siapa2 dari sahabat saya, hubungi saya.. kongsi apa sahaja..
  • Kesenagan seperti ini yang tak hari-hari dapat kita rasa, akan pergi jua di satu ketika :(..
Tapi
Allah kurniakan saya sahabat-sahabat yang, kalau saya tak hubungi mereka, maka tiada lah khabar berita, nasib ada FB boleh la bertegur sapa sekali sekala.

Allah kurniakan saya, sahabat yang, tunggu saya mulakan sesuatu. Kalau tak, tak ada maknanya mereka nak cari saya.
Sedih jugak.
Begini
Saya memandang kehidupan yang singkat ni dengan mengambil kira perkara2 kecil.
Ada yang kata tak elok begitu.
Bagi saya, kalau kita buang terus perkara2 kecil dalam hari-hari yang kita lalui seperti:
a)      Telefon our close related friend,  or Famili sekali sekala bertanya khabar atau just let them know that kita ingat kat diorang.. Yang diri mereka cross our mind every day.. Itu ada lah satu perkara manis. Amat besar maknanya bagi saya.
b)      Hantar SMS menggunakan ayat2 Indah/ Qoutation yang boleh membuatkan kita tersenyum takkala membaca SMS tu ,Cukup Indah satu hari tu rasanya.Kita rasa tak keseorangan didunia ni.
c)      Kiriman E-mel .. tak kira la, apa sahaja yang di Forwardkan.. walau ianya memenuhkan peti E-mel kita Sekali sekala. Saya gembira. Terima Emel ditempat kerja dari rakan-rakan bermakna mereka tak Cuti . hahaha

Last but not least.. Doa!
Doa ni senang. Mudah. AfdhaL. Doa ni wireless, Coverage 1 universe.

Doakan segalanya, kebaikan, keselamatan. kebahagian didunia & akhirat.

Thank You
 

sinis dan skeptis



Kawan : ko suka tulis pasal baik je kan. 
Ath : Baik, maksud kau?
Kawan : Tentang agama, tentang Tuhan.
Ath : Jadi?
Kawan: Tak ada apa, saje..baik la kau ni.
Ath: aku tulis apa saje yg aku rasa. Tu je. 
Kawan : Bagus-bagus. Hehh

apa maksud dengan kata-kata seumpama itu . Secara terus terang saya tiada apa-apa anggapan untuk ucapan itu. Malas nak pikir.

saya, manusia beku yang tahu menulis apa yang saya rasa , saya perlu luahkan pada dunia. Mungkin tidak menarik bagi kebanyakan manusia lain, tapi yang merasa dan membaca berkongsi asas sama, pasti dapat menilai apa ia sekadar repekan atau tulisan munasabah. Ah, itu bukan persoalannya kn?

Ada sesuatu yang menarik minat saya dalam dunia maya ini, salah satunya adalah perbalahan antara manusia yang berterusan tanpa ada sebab yang munasabah selalunya. 
hmm, manusia memang makhluk aneh bukan? Benda sedikit yang tidak menganggu mereka akan dibesarkan menjadi satu pertengkaran yang berterusan padahal masalah besar ditutup sebelah mata.
Hasil penulisan = identiti itu hak peribadi masing-masing.
Identiti setiap penulis adalah hak peribadi mereka. Siapa mereka di sebalik tulisan mereka tidak menjadi masalah buat saya.
Ya, ada yang dengan terang-terangan menonjolkan diri mereka dan ada pula yang lebih gemar duduk menulis di belakang skrin tanpa mendedahkan siapa mereka kepada dunia. Pada saya asalkan penulis selesa, itu lebih baik kerana mereka akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

saya memilih hasil penulisan. Kenapa? saya akan beri justifikasi berdasarkan pendapat peribadi saya sendiri

Mode sebel : Lihat adik-adik lelaki dan perempuan bersenda gurau tanpa batas, menggunakan ayat-ayat dan bahasa melampau didalam bus dan di complex beli belah..

Saya tegur bila azan di radio bus kedengaran dan suara mereka bergelak ketawa tak reda-reda..
Ath : Erm adik, dengar tak azan tu?
Budak sekolah : Dengar..
Ath : bagus..jadi? (sambil mengangkat kening..minta kepastian)
Budak sekolah : Wei, wei.. diam lah azan tu..


Bergurau senda begitu membuatkan saya rasa nak makan seorang demi seorang hingga sendawa. Boleh begitu? =)


saya minat dia dulu

satengok-tengok FB rakan semasa zaman sekolah rendah tadi.. ternampak Profile budak yang saya minat dulu.

boleh tak kalau tiba-tiba saya conteng kat wall dia "IMY =)"
Boleh ke camtu?

Tak ke tekejut beruk dia nanti.. hehe tu semua idea giler. Kalau rasa diri tu setaraf dengan miss world, dipersilakan dengan gayanya untuk berbuat demikian cantas akal panjangku.

Seingat saya, dia je lelaki yang pernah saya minat dialam persekolahan dulu. hmm kejap nak ingat.. Yup, dia sahaja.
Saya suka dia kerana dia pengawas. haha takde ke sebab lagi konkrit dari itu wahai diri?

Kita sukakan seseorang mula-mula mestilah sebab kita Lihat dia didepan mata kn.
Saya selalu nampak dia waktu rehat. Biasalah, tugas pengawas, Jaga Laluan tangga, bila murid lain rehat.
Saya suka tengok dia dalam uniform biru tu. Dengan cermin mata dia. Dia cute .. Walau ada rakan saya kata muka dia macam cartoon. 

Kini dia di University Malaya. Mendalami ilmu Farmasi.
Rasa nak Post pic dia tapi tak berani.. takut ada rakan lain ziarah ke Blog saya. Kantoi la=p
Kini dia bertambah ensem ehehe.. gatai!!

Dia. Kenagan je

Ni adik saya. Ada x iras Dia? hehe


Ah, menulis ini sama juga seperti Saya yang berkongsi serba sedikit tentang diri.

Saya banyak masa harini. 
Tak boleh buat apa.Rumah sedan di ubah suai.
Nak keluar tak tahu kemana.

hai

hai Blog!!
hari ni saya cuti.. cuti semperna Thaipusam. Best!!

Pagi-pagi lagi, lepas solat Subuh, dah mula kemas. Kemas macam nak pindah .
Penat.
Serabut betul bila kenangkan nk renovate rumah ni..

Tanya
Ibu, camane kita nak makan nanti?
camane nak tengok tv? 
cmne nak pegi kerja Esok? nak mandi? nak keluar rumah?

Banyak soalan yang "enggak-enggak" di ajukan

Jawapan ..  
laa, apa susah nya? bukan kita yang nak buat, orang tu yang buat. Pekerja abah kn yang buat.
Kalau hang buat memang tak siap la.

Betul jugak kn.. Risau tak kena gaya
Sudahnya,

Lepas dah kemas apa yang patut tadi, Adik ku siap dah ke FRIM jogging dengan kawan2 dia,...
Aku dah lepaq dalam bilik.. Yahoooo.. makan nasi bungkus!! noo..

Hari ni bukan tahun baru nak pasang tekad atau azam.

Tapi bila tengok TV9 tadi..Saffiya. Hati ni bersemangat nak buat sesuatu.
  • Nak achieve sesuatu untuk diri sendiri. Nak keluar dari kebiasaan.
  • Nak buat benda yang besar.
  • Nak jadi orang yang lebih bermotivasi.
  • Nak jadi Gadis yang sebenar-benarnya tanpa takut untuk melakukan kesilapan.
  • Nak buat aktiviti Lasak.
  • Be a beautiful/cute/sweet someonespecial in my own way.

Dalam buku yang saya baca semalam tu cakap,
Hari Esok belum turun lagi untuk menjadi milik kita, maka mengapa kita risaukan hal yang demikian? 

Whatever the future holds, our todays make the memories of tomorrow.

Hidayah

Dah rasa macam saya update diary pulak kat blog ni.. Yela mana taknye.. hari2 macam bagi laporan pulak.
Apa yang jadi, apa yang saya rasa. Tapi saya rasa tak pe kowt. Ni space saya..Berjuta-juta orang yang ada blog pun mungkin melakukan perkara yang sama..
Blog saya kan. Hehe.. saya suka nak share tentang apa yang saya baca harini.. apa yang saya Nampak juga sebenarnya.
 
Rentetan peristiwa begini, saya baca dulu, baru perkara tu terjadi.
 
Mula-mula di pejabat tadi, saya dapat E-mel berkenaan salah seorang Guitarist dari band SO7 . I’m sure everyone of you heard about it.
Personaly, saya tak kenal beliau ni. Maksud saya, saya tak tahu pun dia wujud dalam band tu, sebab yang saya tahu Vokalist utama saje. Tu pun, namanya saya tak tahu. Haha sorry la. Dengar lagu je..
 
Emel tu tentang perubahan Sakti..
Sakti tu nama beliau..
Perbualan wartawan bertanyakan Perubahan mendadak beliau
 
“Saya tidak mahu menyesal di akhirat kelak dan tidak terbayang panas api di sana,”
Dia membaca sebuah buku yang berjudul “menjemput sakaratul maut bersama rasulullah” buku ni dia baca semasa dilapangan terbang Yogjakarta.
“Saya bayangkan kalau kapal terbang saya terhempas dan saya mati, apa bekalan yang saya ada? Saya tiada apa-apa.
Tapi saya percaya mati tetap akan datang kepada saya pada bila-bila masa”
 
Dan beliau menyatakan yang dia tidak menyesal melepaskan kemewahan, kemasyuran di zaman kegemilangan band itu. Dia kini kerap menangis mengenang dosa silam. Usai rasmi keluar dari SO7, anak kedua daripada tiga beradik ini berangkat ke Pakistan (menuntut di sebuah masjid di Rewin) dalam usahanya mendasari semula asas seorang Islam sejati selama dua bulan sebelum kembali ke Indonesia dan menimba ilmu daripada para ulama di negara sendiri. “Di Pakistan saya diajar menyayangi agama Islam sebagai sebuah agama yang indah.”
 
sebaik mendapat hidayah dan memahami disiplin kehidupan yang telah ditentukan Tuhan, dia cukup takut untuk meninggalkan solat. Apa lagi saat mengenangkan kalau tiba-tiba dirinya dijemput ‘pergi’ tanpa sempat ‘bermanja’ dengan Tuhan.

Tambah beliau, “Nikmat punya agama seindah Islam memberi efek luar biasa dalam hati saya. “Apa yang saya bimbangkan kini jika Tuhan menterbalikkan hati saya seperti dahulu. Nauzubillah, kerana saya mahu terus berada dalam hidayahnya sehingga saya mati.”

Itu semua antara bait-bait dialog beliau dengan wartawan.
 
Yang saya ingin tekankan disini ialah.
Hidayah boleh datang dalam pelbagai cara. Pada sesiapa yang Allah kehendaki.
 
Bahasa yang digunakan cukup indah seumpama HAMKA. Teringat semalam semasa dalam perjalana balik ke rumah, di IKIM, ustz Zahazan ada menyatakan, orang berilmu ni, akan berkata2 menggunakan bahasa yang indah.
 
  •       dijemput ‘pergi’ tanpa sempat ‘bermanja’ dengan Tuhan
  •        “Nikmat punya agama seindah Islam memberi efek luar biasa dalam hati saya”
 
Benarlah kata cerdik pandai, Siapa kita 5 tahun akan datang ditentukan dengan siapa kita bergaul, dan apa bahan bacaan kita.
Oleh itu, amat penting untuk kita semua memilih bacaan yang elok-elok sahaja. Ketahuilah.. semua yang kita lakukan ini dikira oleh Allah.
 
 
Rasa kecil/rendah diri bila baca Article perubahan Sakti ini yang mendapat Hidayah  dan kita yang sudah berdekad2 tahu Islam tapi belum dapat mengamalkan sepenuhnya. Malu!

i'm Done

 Kamu cuma melihatku berubah tetapi kamu lupa aku berubah disebabkan kamu yg berubah
Dah banyak kali cakap benda yang sama kat diri sendiri. tapi masih lagi berharap!
Kali ni pun tak tahu la.. saya harap saya kuat untuk cakap "Tak or No"
i give you so many chances. Saya sabar dengan kamu.
Kali ni saya rasa cukup la, nak tumpukan perhatian untuk diri sendiri. Penat.
Ego kamu terlalu tinggi. saya tak berhasrat nak tawan Keegoan anda tu. saya dah cuba.. tapi hasilnya tiada. Maafkan saya. saya harap kamu sedar satu hari nanti. Lihat saya sebagaimana saya Lihat kamu selama ini. Saya tak mampu nak pecahkan "batu" yang ada di dalam karekter kamu tu. Saya RALAT..
Sekian. YOU SUPRISE ME BY acting like that!!

Bus tggu saya

 
Lima enam kali saya tukar tajuk Posting ni..
 
Mula-mula nak letak
 
·         A lil complaining
·         Oh Keretapi Tanah Melayu
·         Berhimpit
·         Kegeraman
 
Biasanya saya tulis dulu kemudian baru letak tajuk.. tapi tak tahu kenapa Kali ni, nak pikir tajuk dulu..
Tak patut sebenarnya.
Cara ni salah.
 
Sebab terlalu ikutkan rasa.. GERAM dengan KTM.
Dengan jalan Jem sebenarnya..
Banyak betul tenaga negatif keluar pagi Selasa ni.. cmne nak topup balik? Sebab pakar motivasi kate, 1 aura negatif seperti marah, geram klu nak ganti kena buat org tersenyum 10 kali..
 
Tapi kalau aura positif keluar.. akan membawa sel2 baik ke dalam diri. Humm
Saya banyak menyungut pagi ni..
Salah kan org yang buat jalan .buat  jalan banyak2 tapi jem jugak.
 
Memikirkan bus di KLSENTRAL yg bergerak sharp 8;35 membuatkan kepala saya sesak.. rasa nak terbang. Haha
 
Tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya.
Saya minta abah hantar saya di stesen Kepong sebab tgok jalan jem giler .
 
7:30 Abah melencong ke MRR2 arah kepong lepas saya cakap KTM kat sana 7:50 masih ada.
Bila sampai je Nampak kepala kereta api.
 
Memang tak sempat la jawapnya..
 
Humm redah je la. Dalam kepala dah bayangkan
-Bus Rapid U82
-Van Sapu tah dekat mana transitnya
-Teksi.. Oh nooo!!!
 
Abah Call
 
Abah : Sempat tak?
Ath : hmm takk , xpela
Abah: habis cane? Boleh ke naik
Ath : Boleh memang boleh bah, tp kt KLsentral nnt tu yg tak tahu..xpe la, dah beli tiket pon. InsyaAllah sampai ofis.hehh
 
(Senyum tawar tanpa gula)
 
Abah: hmm ok la camtu, abah nk ke Rawang ni
Ath : Ok thanks Assalamualaikum
 
Lepas end Call
 
Kesian pulak dekat abah, buat dia risau.
Alahai, dah terlepas cakap nak buat cane..
 
 
Nampak x? kesan tenaga negatif?
Tak berfikir sebelum cakap.
 
Humm, bawak keluar Earphone. Dengar Lagu dalam Fav List yg saya buat semalam.
Nak tahu?? Adalahh.. ;p
 
Hurm dalam otak ligat buat postmoterm KTM ni..
 
KTM ni dah lama beroperasi, kenapa dorang tak improve?
Dorang kan ada staff2 yang muda. User KTM jugak then why nOt diorang buat survey & enhance the operation due to high consumption in peak hour?
KTM boleh buat. Saya yakin Boleh kalau orang atas tu tahu.
Masalah nya, sesetengah user pon diam je, sebab ape? Dah biasa. Sinonim!
KTM=LEMBAB
KTM=LaMBAT
KTM=DELAY
KTM=BERHENTI SECARA TIBA2
KTM=MURAH..
 
Hmm tak guna jugak kalau saya sorang je pikir camni. Yang lain diam seribu bahasa. Siapa la saya ni. Budak 22 tahun 7 bulan,
Diploma Holder, Hanya bekerja sebagai Pembantu Admin, Buat part Time study . Datang dari keluarga bahagia & sederhana.
 
No!! I’m nobody. Can’t do anything.

Perkara biasa yang tak boleh di biarkan berleluasa
 
Astaghfirullahalazim,
Dalam KTM tadi doa tak henti2 , minta sempat sampai dan naik bus BIMB
Saya berdiri betul2 depan Pintu train. Cuba bayangkan?
Tu baru di kepong , ada lagi 4 pit stop untuk sampai ke Destinasi.
 
Di segambut ada lagi yang nak masuk. Memang kena rempuhhhh. 

Sepanjang Hidup saya, selain peluk keluarga, kenalan dekat.
Ni la tempat yang saya didekati sehampir itu.. sampai nak angkat tangan Tgok HP pon tak boleh.
Bila dalam situasi tu, saya cakap “ Don’t Push”… tapi bila fikirkan mereka pun nak ke tempat kerja.f
Nak kejar masa. Saya minta kalau-kalau ada lagi ruang didalam untuk mereka muatkan.
 
Saya senyum bila ada dua-tiga mata memandang kearah saya. Hairan agaknya saya bersuara. Sorry la, Telinga bersumbat dengan EarphonE sONy-E. tak dengar tone sendiri.
Hey they smile back to me.
I’m sure I’m doing the right things kn?
 
Pastu terbayang kak Shu .. Haha hampir tergelak sebab dalam otak nak cakap 
“ Don’t Push, ada orang mengandung ni” hehe nakal athirah.
 
Lepas stesen Bank Negara baru la lega.
Tengok rail train, KENAPA DIORANG LETAK BATU? masyaAllah otak ni fikir sampai kesitu..
Tapi kalau ikut teka teki, jawapannya.. kalau diletakkan Emas, nanti dicuri orang.
 
Tapi kenapa batu?? Mesti ada explaination .suhu perhaps..Kena tanya enginiur ^_^
(teringin nak ada someone special as Engineer)
 
Berjalan selaju yang boleh, Alhamdulillah sempat naik bus BIMB, syukur sangat2. And guess what , I’m the only one yang naik paling last
 
Nampak tangan Kak shu berbandage.. What Happen?! She is pregnant.. and its really catched my concern.
 
Kereta. I need a car.

Amaran : Segala tindakan negatif yang dinyatakan diatas, jangan ditiru.